Lagu Raya....

by - Wednesday, July 23, 2014

Sedar tak sedar, dah 26 hari umat islam berpuasa.. So bermakna lagi 4 hari je lagi, dah nak raya.. Tahun ni, Ai nak beraya di rumah MIL.. Ai dah lama tak beraya di kampung HM.. Rindu sangat nak makan nasi dagang MIL.. Walaupun boleh makan nasi dagang kat mana-mana kedai tapi nasi dagang MIL tetap menjadi pujaan hati Ai.. hehehe..

Bila dah dekat raya ni, rata-rata radio, shopping kompleks or kedai-kedai, memang hari-hari pasang lagu raya.. huhuhu.. Alkisahnya, Ai tak berapa suka kat lagu raya.. Dulu sebelum duduk asrama, Ai memang suka dengar radio dan Ai cukup marah bila semua radio asyik siarkan lagu raya..huhuhu..

Then, tahun pertama duduk matrik adalah tahun pertama Ai menghargai lagu raya.. Sebab tu kali pertama Ai duduk berjauhan dengan family.. Dengar je lagu raya, rasa hiba hati.. Rindu kat family and kampung.. Memang Ai nangis gila-gila masa tu.. huhuhu.. Mula-mula takde lah rasa sedih sangat tapi lepas tengok ada kengkawan balik selepas habis kelas, Ai terus rasa sebak.. Ai pun rasa nak balik petang tu juga.. Dah tak boleh sabar nak kena tunggu esok hari..

Gila-gila punya menangis.. Ai call kawan (kenalan dalam radio pada tahun 1998.. dan kami masih berhubung sehingga sekarang).. Dia la duk pujuk Ai.. Suruh sabar, dia janji esok dia esok dia datang jumpa Ai di stesen.. huhu.. Ai call dia dari Ai menangis dan tak boleh cakap sampai Ai reda dari menangis..

Nasib baik boleh reda nangis.. huhuhu.. But now penyakit tu datang balik coz sekarang hari-hari Ai balik kampung.. Entahlah, takde perasaan nak raya, tapi perasaan nak cuti lama ada la.. hahaha..


Nota Jari: Tahun ni excited nak cuti raya coz nak makan nasi dagang..

You May Also Like



3 ulasan

  1. bookmarked!!, I like your site!

    Here is my website ... jual saldo paypal

    ReplyDelete
  2. Selamat Hari Raya Aidilfitri... tertunggu2 coretan raya awk
    Salam dr amir

    ReplyDelete
  3. selamat hari raya amir n family.. kebelakangan ni terlalu sibuk (dengan kerja n masalah yang dtg bertimpa2).. so Ai tak sempat nak mencoret.. huhuhu..

    ReplyDelete