Kata dulang paku serpih.....

by - Tuesday, September 13, 2011

Ermmmm....
mana lebih penting???
menilai diri sendiri or menilai diri orang lain???

Ramai orang lebih suka menilai orang lain...
Kerana mungkin beranggapan diri sendiri sudah cukup sempurna..
Atau mungkin malu/takut nak mengakui kelemahan diri sendiri...


Nak dijadikan al-kisah...
Ada yang sanggup menghentam orang luar,
Semata-mata nak lepaskan geram tentang kekurangan diri or orang yg disayangi...
Tapi yang bestnya, orang yang disayangi tu pun turut menghentam orang luar tadi...
Kepada orang yang suka menilai orang lain...
Adakah anda rasa diri anda sudah cukup bagus???
Adakah anda cukup sempurna sebagai manusia di dunia ni???
Adakah anda seorang yang terlalu hebat???
Atau sebenarnya anda seorang yang pengecut, riak, takhbur, bongkak???
Sedarkah anda, walaupun siapa anda atau siapa pun dia,
Kita semua hamba ALLAH...sedangkan Allah tidak menilai hamba-Nya dari segi harta, darjat mahupun warna kulit tetapi menilai kita melalui amalan2 kita...
Justeru, siapalah kita untuk menilai sesama manusia..

Kepada orang yang dianiaya (orang yang dihentam)...
Tabahkanlah hati, kuatkanlah keimanan, yakin dan percayalah ALLAH sentiasa bersama2 dengan orang yang teraniaya..
Yakinlah bahawa doa orang yang teraniaya itu diantara doa2 yang ALLAH makbulkan..
Berbesar hati lah menerima ujian ALLAH ini kerana itu tandanya ALLAH masih menyayangimu dan bersedihlah tatkala tiada lagi ujian melanda kerana ketika itu mungkin anda telah jauh dari RAHMAT-NYA...

Kepada diri sendiri or sesiapa yang membaca...
Renungkanlah kebenarannya dan ambillah yang baik sebagai panduan...
Sesungguhnya kita semua sama sahaja...
Tidak perlu berbangga dengan apa yang kita miliki sekarang,
Kerana semuanya hanyalah dipinjamkan sementara...
Sebaliknya, berusahalah untuk membuat lebih banyak amalan dan kebaikkan dengan jujur & ikhlas agar kita berjaya memperolehi ganjaran yang maha hebat (SYURGA) di sana kelak...

Bak kata pepatah...
KATA DULANG PAKU SERPIH, KATA ORANG DIA YANG LEBIH...
so renung-renungkan dulu siapa anda sebelum merenung orang lain...

You May Also Like



2 ulasan

  1. something to share...

    Janganlah engkau berjalan di muka bumi dengan sombong, sesungguhnya engkau itu tiada dapat menembus bumi dan tidak akan engkau sampai setinggi gunung".

    (Surah Al- Isra', : Ayat 37)

    bykkan bersabar... dugaan Allah.. hanya Allah yg tau hikmahnya.. langit x selalunya mendung! sinar mentari pasti uncul... but maybe bukan di dunia ini... dunia yg sementara ini...

    ReplyDelete
  2. tqvm...insya-Allah, selagi terdaya Ai akan terus bersabar & redha dengan takdir-Nya...

    ReplyDelete