Tak Putus Asa BerBLOG..
Adoiiii.. Sakit pinggang.. Sekarang kan Ai berulang naik motor.. Penatnya berkali ganda dari drive kereta.. Hari cuti pula, Ai sibuk belajar untuk merakam screen laptop.. Kenapa???
Ramai yang kata untung Ai pandai berblog.. Errrmmm.. Sebab tak ramai yang pandai berblog.. So nak story la alkisah macam mana Ai boleh terjebak dengan dunia blog ni..
Ok, jom masuk mood hitam putih.. Tapi bukan zaman batu, ye.. Kisah bermula pada tahun 2011.. Masa tu Ai baru kerja di UPNM.. HM ambil talian internet letak di rumah.. Wahhh.. Bahagianya.. Kat opis tak boleh main mukabuku.. So balik rumah mula mentelaah mukabuku.. Then Ai nak cuba cantikkan template mukabuku Ai.. Cari punya cari, Ai terjumpa template yang berkenan di hati.. Tapi rupa-rupanya template mukabuku tak boleh diubah..
Then Ai godek-godek lagi.. Template tu boleh digunakan untuk blog.. So Ai pun cuba sign up blog.. Masa tu Ai tak berapa rapat lagi dengan pakcik google.. Makanya, Ai tak tanya apa-apa pada pakcik google macam mana nak berblog.. Ai cuma godek setiap benda yang ada dalam blog.. Masa Ai mula berblog, ada yang kata; "takde siapa nak baca blog yang macam ni!!!.." .. "cuba blogwalking tengok cara penulisan blog orang lain..".. "blog Ai tak menarik langsung.."
Ai diam je.. Since that day, Ai tetapkan tujuan Ai berblog.. Ai cuma nak meluahkan apa yang Ai rasa melalui tulisan.. More kepada online diary.. Lantaklah orang nak kata apa, ada Ai kesah.. 'Blog Ai, Cerita Ai, Cara Ai'.. Ai tak pernah mengharap ada follower.. Sebab daripada komen di atas tadi, Ai memang beranggapan tiada siapa nak baca blog Ai.. Tapi sangkaan Ai meleset.. Dalam diam ada yang follow story Ai.. Dalam entry, Hasil Potong & Jahit Ai ada coretkan perubahan theme yang Ai gunakan dan ada yang bertanya perkembangan Ai berdasarkan cerita yang Ai coretkan di dalam blog.. So macam terkejut juga la; eehhhh!! ada orang baca cerita Ai??? Errmmm, mesti orang tu suka baca cerpen.. hahahahaha.. Maklum la, story Ai kan selalu panjang berjela..
Dalam bulan September 2012, Ai mula bertanya pakcik google macamna nak
buat blog.. Means nak cantikkan blog.. So pakcik google kenalkan Ai
dengan blog; Jom Bina Belog..
Banyak ilmu yang Ai sedut dari blog ni.. Termasuklah ucapan; 'Selamat
Datang' dan buih-buih semasa cursor digerakkan.. Sejak tu, dari semasa
ke semasa, Ai cuba belajar perkara yang baru (bagi Ai) dalam dunia
blog.. Tambahan pula sekarang ni, ada beberapa komen di entry-entry Ai yang menyatakan beliau pembaca setia blog Ai dan selalu tertunggu-tunggu entry baru Ai.. Ai macam; woooowwww.. Biar betik... Memang tak sangka betul la.. hehehehe..
Nak tau tak??? Masa lepas SPM, ramai yang pergi kelas komputer.. Tapi Ai sibuk bekerja kilang.. Masuk matrik tahun 2000, semua kawan-kawan pandai guna komputer.. Ai??? Errrmmmm.. Nak gerakkan mouse pun tak pandai.. Akhirnya, Ai sorang je tak siap tugasan kelas komputer.. Cikgu IT terpaksa buat kelas tambahan untuk Ai sorang je.. Nak gerakkan mouse, cikgu tu terpaksa pegang tangan Ai.. Cikgu tu kata; "jangan takut.. Tak payah malu.. Semua orang bermula dari bawah.. Bukan terus pandai..".. "Cikgu, kenapa mouse ni tak nak ikut cakap Ai???" .. "Lembutkan tangan tu.. Gerakkan perlahan-lahan je.. Komputer ni tak susah pun.. Cuma baca apa arahan nya.. Jangan takut komputer ni tak kan mudah rosak.. Kecuali kamu saja guna screw driver.." .. hahahahahaha..
~~~~~~~~~~~~~~~~~
Rata-rata yang mengenali Ai akan menganggap Ai celik IT.. Ai pandai guna komputer.. Kat opis, kalau ada masalah dengan PC, dorang minta Ai tolong betulkan.. Walhal Ai bukan kerja bahagian ICT.. Katanya Ai pandai bab PC dan printer..Nak tau tak??? Masa lepas SPM, ramai yang pergi kelas komputer.. Tapi Ai sibuk bekerja kilang.. Masuk matrik tahun 2000, semua kawan-kawan pandai guna komputer.. Ai??? Errrmmmm.. Nak gerakkan mouse pun tak pandai.. Akhirnya, Ai sorang je tak siap tugasan kelas komputer.. Cikgu IT terpaksa buat kelas tambahan untuk Ai sorang je.. Nak gerakkan mouse, cikgu tu terpaksa pegang tangan Ai.. Cikgu tu kata; "jangan takut.. Tak payah malu.. Semua orang bermula dari bawah.. Bukan terus pandai..".. "Cikgu, kenapa mouse ni tak nak ikut cakap Ai???" .. "Lembutkan tangan tu.. Gerakkan perlahan-lahan je.. Komputer ni tak susah pun.. Cuma baca apa arahan nya.. Jangan takut komputer ni tak kan mudah rosak.. Kecuali kamu saja guna screw driver.." .. hahahahahaha..
Sejak tu, perasaan ingin tahu dan perasaan nak menggodek tu tinggi dalam diri Ai.. Ai belajar buat email.. Ramai juga kawan-kawan yang minta Ai buatkan email.. Masa tu, kalau Ai buatkan email, Ai akan letak tanda.. Means Ai reka alamat email menggunakan nama kawan (yang minta buatkan email) dan gabung nama Ai.. Ada sorang teman yang sangat suka pada nama gabungan tu.. Sampai sekarang teman Ai masih guna nama tu.. Fidahana.. Nama panggilannya Fidah, Ai tambah Ana dibelakang namanya merujuk pada nama Ai.. Nak cakap ni; "Fidah, terima kasih sebab suka pada nama ni.."
Amboi... Panjangnya bercerita.. hehehehe.. Kepada yang sudi baca, terima kasih.. Hari ni, Ai dah sediakan video toturial Cara Buat Blog.. Sebab ramai yang minta ajar.. "Macamna nak buat blog??.. Macamna nak buat entry baru.. Macamna nak letak pic pada entry..".. Dan ada juga yang tanya; "Ai sibuk tak?? Nanti tolong kak masukkan pic dalam blog kak.. Kak dah baca panduan blog yang Ai bagi tu.. Tapi kak tak faham la..".. huhuhuhuhu.. Sorry sangat.. Sekarang Ai sibuk sangat.. Banyak kerja di opis mahupun di rumah.. So Ai plan nak buatkan video agar ramai yang dapat manfaatnya.. Hari ni, tercapai juga hajat nak nak ngajar orang buat blog..
Nota Jari: Bukan nak nama.. hehehehe.. Nama blog pun nama cyber je, kan...
Nota Jari: Bukan nak nama.. hehehehe.. Nama blog pun nama cyber je, kan...
0 ulasan