Terima Kegagalan Untuk Menuju Kejayaan
Hari ni berlangsungnya Pemeriksaan Fizikal, Pancaindera dan Kecergasan untuk jawatan Pegawai Penguatkuasa KP41 Jabatan Perkhidmatan Haiwan (MOA)..
Disebabkan ramai yang bagi semangat (walaupun ada juga yang Ai paksa suruh bagi semangat), hari ni Ai ambil cuti untuk menghadiri pemeriksaan ni.. Pemeriksaan dilakukan di Penjara Seberang Perai.. Ai tak pernah sampai kawasan tu.. Tapi Ai pernah pergi mesyuarat kat Bukit Jawi Golf Resort..
So masa minta encik waze tunjuk jalan, dia suruh ikut jalan yang Ai tak biasa guna.. Ai ikut je jalan yang Ai biasa lalu.. Akhirnya, encik waze mengalah.. Boleh je guna jalan yang Ai biasa lalu.. Hahahaha.. Moralnya, tak perlu sangat ikut peta encik waze kalau tak yakin.. Nanti dia akan ubah haluan ikut kita..
Ok, Ai sampai lewat 5minit dari jadual yang SPA tetapkan.. Sepatutnya start pukul 8.00am.. Tapi Ai sampai tu masih tak mula lagi.. Peserta semuanya wanita.. Ada sorang India dan seorang Cina.. Yang lain-lain semua Melayu.. Rata-rata datang dengan family.. Ai je datang dengan encik waze.. Hahahaha.. Selain KP41, ada juga KP29.. Peserta KP41 ada 19 orang.. Lebih ramai dari KP29.. So Ai berbual-bual la dengan peserta lain.. Ada yang datang dari Sik, Baling, Manjung dan Ai dari Bagan Serai.. Hahahaha.. Rasanya semua zon utara buat kat situ.. Ai tanya tinggi dorang.. Sebab Ai sah-sah la tak cukup tinggi.. Berat pun tak cukup.. Ada yang risau, ujian penglihatan sebab rabun..
Pukul 8.30am, baru urusetia minta kami beratur ambil borang.. Nama Ai atas sekali sebab dorang susun ikut abjad.. Tapi Ai dapat giliran no 14.. Sebab Ai datang lambat kan, so bagi la orang yang awal beratur dulu..
Lepas ambil borang, ketua penguji pun bagi taklimat serba sedikit.. Ketua penguji tanya, kalau ada yang mengandung diminta tarik diri dari melakukan ujian.. Peserta yang tarik diri tidak akan disenarai hitam oleh SPA.. Masa tu, memang Ai rasa nak tarik diri.. Bukan sebab pregnant ye.. Sebab Ai memang tau BMI Ai kurang dari 19.. Hahahaha.. BMI yang normal adalah 19-26.. Tapi peserta lain kata, cuba je dulu.. Kena fikir positif..
Kemudian peserta no 1 hingga 10 dipanggil masuk ke dalam dewan.. Lama juga la, ada 2 orang peserta keluar dan berjalan terus ke parking lot.. So kami boleh agak peserta tu gagal ujian.. Then peserta dari no 11 hingga 19 pula dipanggil masuk ke dewan.. Penguji minta buka sanggul (means jangan ikat rambut tinggi-tinggi), buka kasut dan stokin..
Seorang demi seorang dipanggil untuk ukur tinggi dan timbang berat.. Sampai giliran Ai je, Ai terus berjalan ke tempat ukur tinggi.. Penguji minta Ai berdiri rapat ke tiang.. Means tumit Ai kena pada tiang.. Ukuran pun diambil.. Ai kurang jelas, dia sebut 150.2 atau 152.. Hahahaha.. Bukan pe, rasa terkejut coz ada pertambahan tinggi.. Kuang.. Kuang.. Kuang.. Ni mesti sebab hari-hari minum i-Sihat susu kambing..
Disebabkan tinggi minimum 153cm, Ai anggap dorang akan terus suruh Ai balik.. Rupanya dorang suruh Ai timbang berat pula.. Berat masa timbang tadi 42.24kg.. Hehehe.. 2 minggu lepas Ai timbang, berat Ai 40kg je.. Syarat berat minimum adalah 46kg.. Lagi sekali, Ai anggap dorang akan terus suruh Ai balik.. Tapi dorang suruh Ai beratur dengan yang lain-lain untuk tunggu peserta lain diuji.. Selesai semua peserta diuji, ketua penguji datang dan bawa 2 borang.. Ai memang agak salah satu mesti borang Ai.. Ai dah melangkah ke depan sedikit dari barisan..
Ketua Penguji: "saya minta maaf.. Ada 2 orang yang gagal.. Sorang tak cukup tinggi dan berat...."
Ai menyampuk: "Ai la tu..".. Ketua Penguji pandang Ai atas bawah sambil senyum.. Kemudian sambung cakap; "sorang lagi BMI terlebih 1 je.. Balik ni pergi jogging turunkan sikit BMI.."
Sambil berjalan ke tempat kasut, Ai tanya soalan; "macamna nak tambah tinggi???..".. Semua penguji ketawa dengar soalan Ai.. Pukul 9.40am, Ai dah kena balik.. Nak masuk kerja, Ai pakai baju sukan.. So buat keputusan teruskan je la cuti dan balik rumah..
Nota Jari: Ramai yang tanya Ai dah kahwin ke?? Sebab terkejut Ai kata Ai merasa paling berat 54kg masa pregnant 9 bulan.. Lepas habis pantang berat jadi macam asal balik..
0 ulasan