Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
Objektif Pembelajaran :
1. Mengenal pasti ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia
2. Membandingkan badan pemerintah dan fungsinya
3. Menyatakan proses pilihan raya
4. Menghuraikan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri memantapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
5. Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara
Jelaskan Ciri-ciri Utama Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen
1. Raja Berperlembagaan
2. Perlembagaan
3. Parlimen
4. Pilihan Raya
5. Kuasa Pemerintahan
6. Parti-parti Politik
7. Kebebasan Asasi
Apakah yang dimaksudkan dengan demokrasi ?
1. Pemerintahan atau kerajaan yang ditadbir oleh wakil yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
2. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya
Nyatakan dua corak pemerintahan negara demokrasi .
1. Sistem Raja Berperlembagaan
2. Sistem Republik
Apakah yang dimaksudkan dengan Sistem Raja Berperlembagaan ?
1. Sistem pemerintahan yang mengekalkan raja sebagai pemerintah tertinggi negara dan negeri.
2. Pemerintah dibantu oleh Perdana Menteri
Jelaskan ciri-ciri Sistem Republik.
1. Menolak institusi beraja
2. Kerajaan diketuai oleh presiden
3. Presiden dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya
4. Terdapat presiden memegang dua jawatan iaitu sebagai ketua kerajaan dan ketua negara :
a. Perancis
b. Korea Selatan
c. India
d. Filipina
Apakah corak sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia ?
1. Demokrasi Berparlimen
2. Raja Berperlembagaan
Jelaskan maksud Demokrasi Berparlimen.
1. Rakyat melibatkan diri dalam sistem pemerintahan negara
2. Raja-raja Melayu lambang taat setia rakyat
3. Rakyat berpeluang membentuk kerajaan
4. Rakyat bebas memilih perwakilan melalui pilihan raya
5. Rakyat berhak menyokong, mengekalkan atau menukar kerajaan yang sedia ada melalui pilihan raya
Nyatakan kebaikan amalan demokrasi berparlimen.
1. Berjaya mengekalkan kerajaan yang adil
2. Berjaya membawa keamanan dan suasana harmoni
3. Rakyat yang menentukan teraju pemerintahan
4. Rakyat berhak memilih pemimpin yang adil dan bijak
5. Menjamin keselamatan negara.
Apakah yang dimaksudkan dengan perlembagaan ?
1. Undang-undang tertinggi
2. Asas pembentukan kepada sesebuah kerajaan
3. Dijadikan dokumen rasmi
4. Terkandung segala peraturan dan prinsip sebagai panduan kepada kerajaan melaksanakan kuasanya dan mentadbir negara
5. Menentukan hala tuju pentadbiran negara
6. Menjamin kerajaan menunaikan tanggungjawab kepada rakyat
Huraikan latar belakang Perlembagaan Malaysia.
1. Diperkenalkan pada 16 September 1963.
2. Mengandungi 183 perkara
3. Mengandungi pelbagai peruntukan :
- Senarai Kerajaan Persekutuan
- Senarai Kerajaan Negeri
- Institusi Yang di-Pertuan Agong
- Parlimen
- Jemaah Menteri
- Badan Kehakiman
4. Perlembagaan Malaysia memperuntukkan :
- Senarai Persekutuan
- Senarai Negeri
- Senarai Bersama
Jelaskan maksud keluhuran perlembagaan.
1. Keagungan dan ketertinggian undang-undang atau perlembagaan itu sendiri.
2. Ketertinggian dilihat pada peruntukan kuasa parlimen, kedudukan Yang di-Pertuan Agong, kuasa perundangan dan kebebasan asasi.
3. Parlimen memperoleh kuasa daripada perlembagaan.
4. Yang di-Pertuan Agong tertakluk kepada Perlembagaan Malaysia.
5. Mengatasi Yang di-Pertuan Agong, Parlimen, Jemaah Menteri dan Mahkamah
6. Semua jenis undang-undang yang bercanggah dengan perlembagaan Malaysia adalah tidak sah
7. Undang-undang negeri mestilah selaras dengan Perlembagaan Persekutuan.
8. Perkara 75, menyatakan, undang-undang negeri yang bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan adalah terbatal dengan sendirinya.
9. Mahkamah berkuasa menentukan kesahihan setiap undang-undang bagi menjamin keluhuran dan ketertinggian undang-undang.
Kredit untuk Cikgu RMY
Nota Jari: Sejarah adalah satu-satunya subjek yang Ai tak dapat kredit (just sekadar lulus je), masa SPM dulu..huhu..
15 ulasan
Terimakasih banyak atas informasi yang telah disampaikannya
ReplyDeleteBermanfaat atas informasi yang telah disampaikannya
ReplyDeleteTerimakasih banyak atas informasi yang telah disampaikannya
ReplyDeleteterima kasih kerana mebekalkan ilmu yang berat ini kepada saya...
ReplyDeleteberat tapi perlu ambil tahu.. hehehe..
DeleteTerimakasih telah membantu saya dalam mencari tugas...
ReplyDeletesama-sama..semoga berjaya..
Deletethank you so much for sharing the info with us, I hope this website is always crowded visited and liked by many people
ReplyDeleteobat diare pada anak
obat flu untuk anak
obat amandel pada anak
obat mimisan pada anak
obat penyakit kulit anak
obat alergi debu
obat sering mual
obat nyeri perut
Terimakasih banyak atas informsi yang telah disampaikannya gan
ReplyDeleteSangat betmanfaat. Mohon mintak izin buat bahan rujukan belajar. Terima kasih.
ReplyDeletesilakan..semoga berjaya dalam pelajaran..
DeleteThank you for the best and helpful information..
ReplyDeletetqvm...
Deletethanks
ReplyDeleteu welcome..
Delete