Takdir Dan Waktu....

by - Wednesday, May 11, 2016

As'salam.. Apa khabar semua?? Hehehe.. Ai sihat walafiat.. Baru lepas excercise tolak Ego.. huhuhuhu.. Basah mandi peluh juga la dibuatnya..
Aduhai.. Ego yang disayangi... Kenapa sakit lagi??.. huhuhu.. Sorry, Ai tau Ego dah buat yang terbaik.. Kali ni dah sampai parit buntar tiba-tiba Ego tak mampu untuk terus bergerak.. Enjin boleh hidup cuma tak nak bergerak.. Kalau motor biasa mungkin rantai putus.. Disebabkan Ego motor automatik, Ai rasa mesti belting yang putus.. kuang.. kuang.. kuang..Tetiba ada bakat jadi mekanik la pula..

Mesej HM, tapi dia tengah kerja confirm dia tak baca mesej tu.. So call my sis.. My sis kata budak pomen yang repair Ego minggu lepas takde rumah.. So tak boleh la nak minta dia datang ambil Ego dan Ai.. Call atam pula minta ambil.. So dari jalan besar, Ai terpaksa tolak Ego ke kawasan bangunan kedai.. Ok la tu.. Kali kedua tolak Ego.. 

Perasaan Ai?? Malas la nangis.. Masalah datang bertimpa-timpa.. huhhhhhhuuuuu.. Setakat Ego rosak, esok pergi kerja jalan kaki je.. hahahaha.. Tengah tunggu atam datang ambil Ai, Iz mesej Ai.. Biasalah Iz memang selalu tenggelam timbul.. Errrrmmmm.. Dia tukar no lagi.. Tapi no Ai memang dia ingat sangat.. Ok, back to the main story.. Ai bagi tau Iz motor rosak.. Baru repair minggu lepas, minggu ni rosak lagi.. Dan cakap kat dia, esok pergi kerja kena jalan kaki tapi 2 hari baru boleh sampai... Terkejut dia dengar.. hahahaha..

Ok.. Means esok kena cuti la.. Nak drive, enjin Kenari pun macam nak luruh.. Nanti tak pasal-pasal enjin mati tengah-tengah highway.. Dah tambah masalah lagi.. So better ambil emergency leave (EL).. Kaki pun rasa lenguh sangat..

Mujur la hari ni Ai tak singgah makan di juru.. Kalau tak, tak tau la siapa pula yang nak tumpangkan Ai.. Dah la tengah gaduh-gaduh manja dengan KG.. huhuhuhu.. Mesti lagi penat, kalau kena balik jalan kaki.. huuuuuhhhhhhhh... Tak sanggup nak bayangkan.. Mau cuti sakit seminggu dua.. Ye la, nak kena ketatkan balik 'skru' kat lutut yang longgar.. Tak lupa juga kena 'welding' balik otot-otot kaki.. hahahaha..

Memang dugaan betul.. Ai harap, Ego still boleh berfungsi sehingga Ai dapat beli motor baru.. Tapi takdir dan waktu yang menentukan.. Nak tak nak kena hadapi juga lah.. "alhamdulillah.. kali ni dekat sikit.. hahahaha..", kata Ai sambil membuka pintu kereta atam.. "errrrmmm.. akak pun tak tau nak nangis ke nak sedih ke nak gelak.. tapi tadi akak dah gelak, kan.. hahahaha..", sambung Ai sebaik masuk dalam kereta atam..



Nota Jari: Errrmmm... Ai malas nak nangis.. Tapi kenapa ntah?? Air mata dan hingus duk meleleh ni...

You May Also Like



2 ulasan

  1. salam akak..jauh ke perjalanan akak?. berapa minit nak ke tempat keje?

    ReplyDelete
    Replies
    1. w'salam.. perjalanan ke tempat kerja 1jam 40minit (motor).. jarak hampir 80km sehala..

      Delete