Kembali Kepada ALLAH

by - Sunday, March 05, 2017

Hohohohoho.. Punyalah semangat Ai bawa balik pendrive sebab nak buat kerja kat rumah.. Sekali nak buka, maklumat dalam pendrive tak boleh buka.. Tak tahu lah apa masalahnya.. Sudahnya, tidur je lah..

Beberapa minggu ni, Ai asyik dengar perkhabaran yang kurang baik.. Saudara sebelah HM sakit, ibu KN sakit (patah tulang peha), suami KW sakit dan perlu di bedah, family KG pun ada yang sakit dan perlu di bedah..

Terbayang-bayang dalam ingatan Ai tahun 2014.. Tahun yang banyak menguji kami sekeluarga.. Tanpa diduga, mak yang selalu mengadu sakit disahkan sel kanser payudara menyerang bahagian paling lemah dalam badan mak, iaitu tulang.. Mak menghidap kanser tulang.. 

Ya Allah.. Betapa lemah Ai rasakan.. Mak sakit tatkala Ai perlukan sokongan untuk menghadapi ujian yang berat dalam hidup Ai.. Mak yang menjadi penguat semangat Ai selama ini, semakin lemah.. Tak mungkin Ai mampu untuk menceritakan segala kekusutan pada mak.. Ai tak nak mak bertambah gundah.. Bimbang kesihatan mak semakin merudum.. Sebab mak terlalu menyayangi kami semua.. Sakit dan perit yang kami lalui, pasti turut terasa di jiwanya..

Mak memang tak gemar minum susu.. Ai pun sama.. Susu bukanlah suatu keperluan bagi mak.. Namun masa berlalu tanpa disedari, selepas 15 tahun mak menjalani pembedahan membuang sel kanser payudara, sel tersebut menyerang bahagian tulang mak pula.. Siapa sangka sel kanser tak mati sepenuhnya.. Doktor menyalahkan mak kerana tidak menjalani kimoterapi seperti yang disarankan.. Mak berhenti menjalani kimoterapi selepas kali yang ke-3.. Sewaktu doktor memarahi mak, hanya my sis yang ada kerana my sis yang tunggu mak di hospital.. My sis tak tau nak jawab apa?? Mak pula, hanya menangis.. Dan mak minta Ai ambil mak bawa balik.. Mak tak nak terus kena marah dengan doktor.. Ai bergegas ke hospital untuk bawa mak balik tapi doktor pakar tak benarkan..

Masa kali terakhir mak di masukkan ke hospital, Ai dengar sendiri rungutan doktor berkaitan mak tak menjalani kimoterapi seperti yang disarankan. Lantang mulut Ai berkata; "doktor.. jangan tengok keadaan kami sekarang ni, sebab hal ni berlaku 16 tahun yang dulu.. masa tahun 1998, Ai baru form 4, my sis 17 tahun.. adik-adik masih kecil.. kami bukan orang senang.. nak datang hospital pun kena naik bas..".. Kemudian doktor tu tersedar.. "ye la.. masa tu saya pun masih sekolah menengah..", jawab doktor tersebut..

Ai tak nak orang lain lalui dan rasa apa yang Ai telah hadapi.. Selepas pemergian mak, Ai berangan-angan nak menternak kambing (boleh baca ni: Pengembala Kambing Moden).. Dan Ai selalu berdoa nak keluarkan makanan tambahan untuk pesakit kanser dan ibu yang menyusukan bayi.. Kerana Ai tahu, pesakit biasanya akan jadi down dan hilang selera makan.. Jadi mereka perlukan sesuatu yang mengenyangkan dan mudah dihadam.. Dan semasa mak kerap masuk hospital, HK masih menyusu badan.. Disebabkan Ai terlalu risau dan sibuk, susu badan semakin merudum..

Alhamdulillah, Ai ditemukan dengan i-Sihat susu kambing.. Susu terbaik selepas susu ibu.. Nak tau apa khasiat susu kambing?? Boleh baca Kenapa Susu Kambing???



Nota Jari: Ai doakan kesihatan dan kebahagiaan untuk semua orang.. Yakin dan redha dengan ketentuan Allah..

You May Also Like



0 ulasan