As'salam.. Apa khabar semua.. Sorry minggu lepas tak sempat nak mencoret.. Minggu ni Ai sempatkan juga coz ada entry yang terlalu lama duk dalam draf.. hahahaha... Jangan marah aaaaaaa.....
Bulan lepas Ai plan bulan ogos nak berulang kerja naik komuter tapi selepas buat test perjalanan, Ai terpaksa batalkan niat tu.. Coz lebih penat daripada Ai ride setiap hari.. 1st nak kena keluar ke stesen komuter pukul 6am coz nak kena naik komuter pukul 6.21am.. Kos RM5 sehala.. Then sampai butterworth pukul 7am.. Kena menapak pula ke jeti dan tunggu feri.. Kos feri RM1.20.. Haaahhhhh... Jangan lupa sediakan duit syiling..