Jiwa Menulis...

by - Tuesday, June 09, 2015

Assalammualikum... Ada ke yang menunggu-nunggu coretan terbaru Ai... hehehe.. Nak perasan kejap...

Actually, Ai masih hutang 1 story tentang hari pengembumian bonda.. Tak tau la bila nak buat entry tu.. Bukan apa, bila Ai nak tulis je mesti Ai nangis.. huhuhu.. Masih segar dalam ingatan kesengsaraan yang bonda lalui.. So Ai pun tak pasti bila dapat share story tentang tu...

Ni print screen komen kengkawan yang baca entri Coretan Kepada Teman.. Ai pun tak sangka ada yang sudi baca blog Ai.. Okit, kali ni nak story macam mana Ai boleh terjebak dengan blogger ni..

Ai sebenarnya memang suka menulis cerpen masa sekolah dulu.. Setiap tahun Ai hantar cerpen kat majalah sekolah.. hehehe.. Tapi setiap tahun jugalah cerpen Ai tak tersiar di majalah sekolah.. Mungkin editor majalah tak faham tulisan Ai.. Ai hantar cerpen tulisan tangan je coz masa tu Ai masih lagi budak sekolah yang 'pejam' IT... Disebabkan cerpen Ai tak pernah tersiar, so Ai anggap Ai memang tak ada bakat menulis...

So  Ai pun buanglah semua buku-buku cerpen Ai.. Dah masuk U, Ai pun mula belajar chatting guna hub Alamak... Tak tau la wujud lagi ke tak hub tu??? Okit, sambung balik.. So setiap kali lepas chatting, kami akan bertukar-tukar email.. Setiap kali ada kelapangan je, Ai akan singgah CC untuk menghantar email kepada kengkawan chat.. Dalam ramai-ramai tu, ada seorang (Mr. A) yang memang menunggu email Ai setiap hari.. Katanya orang lain semuanya hantar email  berantai.. Ai je hantar email yang tulis sendiri.. Macam-macam Ai story.. Dari masalah belajar sampai la masalah kewangan keluarga.. Errmmmm, rasanyalah... huhu.. Ai pun dah tak ingat.. Kena tanya Mr. A betul ke tak.. hehe.. Coz dia memang ingat apa yang Ai pernah story (email) kat dia..

Bila dah habis belajar, Ai dah mula jarang pergi ke CC dan bermakna semakin jaranglah Ai hantar email kepada Mr. A.. Tapi bila ada masalah dan tak tau nak story kat siapa, Ai akan hantar email kat Mr. A... Then tahun 2011 masa dah kerja di upnm, Ai mula belajar buat blog.. Dan sejak ada blog, Ai dah jarang hantar email kepada Mr. A coz semuanya Ai dah share di blog..

Mula-mula menulis blog, ada kawan komen cara penulisan Ai yang terlalu panjang.. Katanya readers tak suka tulisan yang meleret-leret.. Owwwhhhh... So Ai assume tak ada la yang nak baca blog Ai.. Tak pelah.. Ai menulis bukan untuk mencari followers.. Ai menulis sekadar suka suki untuk hilangkan tekanan..

Lebih kurang setahun selepas Ai mula berblog, Mr. A call Ai... Katanya rindu nak dengar berita daripada Ai.. Coz Ai dah lama tak hantar email kat dia.. Ai dengan selamber jawab, "bukan pe  malas nak hantar email coz semua dah story kat blog.." So Mr. A minta link blog Ai.. Selepas dia mula membaca blog Ai, dia mesej Ai;  "Terubat rindu dapat baca kisah Ai..".. hehehe..

Since daripada tu, Ai tau blog Ai ada seorang followers... hehe.. Kalau lama je Ai tak mencoret, mesti Mr. A akan mesej or call bertanyakan tentang cerita terbaru Ai.. Katanya dah 10 kali ulang coretan Ai dari 1st entry ke latest entry tapi masih juga tak ada entry baru.. hehe.. Kekadang siap boleh request entry lagi... hahaha.. Entry Blacklist tu, Mr. A la yang request.. Bila dah siap entry tu, ada sorang kawan (Cikgu ZE) pm mukabuku Ai.. Then pada hari yang sama, Ai tulis pula entry Nilai RM50... Daripada situ, Ai dapat tau blog Ai ada followers yang kedua..

Ni pula print screen whatsapp dengan kawan rapat (Mrs. Z) masa sekolah dulu.. Mrs. Z whatsapp Ai tanya tentang kanser my mom.. Ai malas nak story panjang coz nanti Ai nangis.. So Ai minta dia baca di blog je..

Dan tak sangka, dia sangat suka baca blog Ai.. Ni ayat dari dia ye.. Ai tak de paksa untuk suruh dia puji.. kuang..kuang..kuang.. Dia teman rapat Ai, so dia memang kenal Ai macam mana... Anggap je dia puji ikhlas tau.. Jangan pula ada yang nak termuntah pula nanti.. hehehe..
 
Yang atas ni pula print screen kengkawan yang baca entry Menyusuri Kehidupan.. Siap kata Ai ada bakat menulis coz ayat Ai dapat menggambarkan perasaan sebenar.. Then cadangkan Ai buat buku or novel dan hantar ke syarikat untuk diterbitkan.. Katanya agar orang lain dapat mengambil iktibar dan motivasi dari kisah hidup Ai.. 

Ha... Nak declare ni.. Reader ni pun Ai tak paksa puji Ai ye.. Ai pun tak kenal dia, dia pun tak kenal Ai tau.. Alhamdulillah... Memang tak sangka ada yang sudi baca cerpen hidup Ai yang panjang berjela ni.. Kekadang Ai baca balik, Ai pun ikut sama menangis.. Macam tak percaya itulah yang Ai lalui.. huhuhu..


Yang ni lagi 1 print screen, ada sorang reader add friend mukabuku Ai.. Ai approve je la.. Lepas Ai approve, terus dia pm mukabuku Ai.. Sembang panjang juga la.. Tapi Ai tak print screen semua la.. huhuhu.. Adik ni pun cakap, dia jadi inspired bila baca blog Ai.. Dan dia rasa tak percaya tengah chat dengan Ai.. hehehe.. Ai lagi la tak percaya ada orang admire kat blog Ai!!! hehehe.. Rasa macam terawang-awang je ni.. Okit, ni pun statement yang membolehkan orang rasa nak muntah..

Mesti ada yang kata, penat je baca panjang berjela.. Rupanya nak cerita konon Ai bagus sangat.. huhuhu.. Bukan itu niat Ai ye.. Cuma tertanya-tanya, betul ke semua statement yang diberikan dalam print screen kat atas-atas ni?? Coz terkadang, kita tak sedar kelebihan kita.. Dan sering kali, orang di sekeliling kita yang menyedari kelebihan kita tu..  

Kalau kengkawan rasa Ai ada bakat menulis, boleh tak rekemen kan syarikat penerbitan.. hehehe.. Mr. A kata dia akan beli kalau Ai terbitkan buku.. Kalau masuk wayang pun, dia nak jadi orang pertama beli tiket.. hehehe...



Nota Jari: Sementara nak siapkan entry ni pun, Mr. A dah whatsapp tanya tak de entry baru ke?? Tak sabar katanya nak baca.. Entry pasal review produk dia tak nak baca... huhuhu.. Takut terbeli la tu..kuang.. kuang.. kuang...

You May Also Like



2 ulasan

  1. memang sah Ai ada bakat dalam penulisan... semua coretan Ai ada "jiwa" .. bukti "jiwa" tu, coretan Ai boleh jadi inspirasi pd sesetengah org.. pembaca mcm sya ni seolah boleh menyelami liku2 kehidupan yang Ai lalui... saya sampai skrg mcm boleh ingat tiap story yg kita duk berbalas email... citer psl luahan hati Ai... mula ngan 'sailormoon'... last2 guna blog...

    Tiada ucapan atau kata semangat yg lebih berharga atau bermakna buat Ai dalam mengharungi liku2 kehidupan, takdir.... berserah n tabah.. insyaAllah langit x selalunya mendung... betul kata pepatah berat mata memandang, berat lagi bahu memikul... tapi Ai tau saya sentiasa ada disisi Ai... even kita berjauhan... harap perasaan ni akan kekal dlm diri sya.. all the best

    ReplyDelete