Kerani Siswazah....
Halllloooooo.... hehehe... Ai dah lama nak story tentang tajuk ni... Ni Ai curi peluang masa rehat.. Kebetulan lunch ari ni, dorang lupa nak ambil order makan untuk Ai... huhu.. Cuti sekolah, kantin sekolah tak buka.. So ber'diet' je lah tengah hari ni ye.. Lagi pun minggu depan dah mula puasa.. So sabar je lah...
Errmmm... Sebenarnya memang banyak cerita yang Ai nak story.. Sepanjang pejalanan duk plan nak tulis entry tajuk Kerani Siswazah (cabaran siswazah yang bekerja sebagai kerani), Ganjaran sebalik Dugaan (setiap ujian pasti ada ganjarannya), Jaga Lidah (nak story tentang menjaga tutur kata dalam perbualan) dan beberapa tajuk lagi...
So hari ni, Ai nak share tentang pengalaman Ai seorang siswazah yang bekerja sebagai kerani.. Sebelum tu nak declared awal-awal.. Entry ni adalah berdasarkan pengalaman Ai.. Takde buat kajian or soal selidik ye.. Mungkin apa yang Ai lalui tak sama kerani siswazah yang lain.. Pic kat atas ni pula, macam biasa lah.. Ai godek dalam laci pakcik google.. Ai cantum 2 pic dan letak la tajuk sikit.. Biasa Ai letak qoute.. Kali ni malas nak fikir perkataan yang ala-ala peribahasa.. huhuhu..
Okit, Ai nak story tentang kisah Ai bergelar Kerani Siswazah.. Sebelum kerja di upnm, Ai pernah bekerja di beberapa tempat.. Yang tu, kengkawan boleh baca dalam entry Pengalaman Hidup... Okit, Ai bukan nak cerita tentang macam mana Ai pergi interview upnm dan SPP.. Coz yang itu nanti Ai akan buat satu entry khas.. Cuma kalau Ai terlupa tolong remind Ai balik, ye... hehehe..
Ai dapat kerja di upnm selepas 4 tahun menganggur.. Memang Ai bersyukur sangat.. Ai macam tak percaya je.. Alhamdulillah.. Permulaan yang bagus.. Tapi bergolakan mula berlaku.. Apabila PBMiK kerap mengenakan Ai.. Ditambah pula dengan KBTB yang sering menjadikan Ai kambing hitam..
Walaupun Ai bekerja sebagai kerani.. Tetapi Ai tak dibenarkan bekerja sebagai kerani.. Ai kena kerja lebih dari kerani biasa.. Means?? Semua tatacara kerja kena belajar sendiri.. Tiada tunjuk ajar A to Z.. Yang ada hanyalah pakcik google.. Sebab tu la Ai jadi rapat dengan pakcik google.. huhuhu..
Kesilapan langsung tak boleh diterima.. Yang betul atau yang elok, dorang diamkan je.. Yang silap or yang salah tu lah yang dorang duk canang.. Selama Ai bekerja di bawah PBMiK dan KBTB, memang stress setiap hari.. Balik kerja mesti menangis.. Tapi esoknya tetap datang kerja seperti biasa.. Pada mula episod ni, PBMiK pernah mencucuk teman-teman Ai.. Membuatkan dorang pandang serong pada Ai.. Seolah-olah Ai yang bersalah, Ai yang berdosa, Ai yang kurang ajar.. Tambahan pula, Ai bukan jenis yang bawa mulut.. So Ai diamkan je sandiwara PBMiK.. Episod hidup Ai bertambah parah apabila wujudnya KBTB.. Yang memang sengaja mengenakan Ai tak kira masa..
Walaupun Ai bekerja sebagai kerani.. Tetapi Ai tak dibenarkan bekerja sebagai kerani.. Ai kena kerja lebih dari kerani biasa.. Means?? Semua tatacara kerja kena belajar sendiri.. Tiada tunjuk ajar A to Z.. Yang ada hanyalah pakcik google.. Sebab tu la Ai jadi rapat dengan pakcik google.. huhuhu..
Kesilapan langsung tak boleh diterima.. Yang betul atau yang elok, dorang diamkan je.. Yang silap or yang salah tu lah yang dorang duk canang.. Selama Ai bekerja di bawah PBMiK dan KBTB, memang stress setiap hari.. Balik kerja mesti menangis.. Tapi esoknya tetap datang kerja seperti biasa.. Pada mula episod ni, PBMiK pernah mencucuk teman-teman Ai.. Membuatkan dorang pandang serong pada Ai.. Seolah-olah Ai yang bersalah, Ai yang berdosa, Ai yang kurang ajar.. Tambahan pula, Ai bukan jenis yang bawa mulut.. So Ai diamkan je sandiwara PBMiK.. Episod hidup Ai bertambah parah apabila wujudnya KBTB.. Yang memang sengaja mengenakan Ai tak kira masa..
Masa Ai mula bertugas di ppd ni pun, KU Ai buat perkara yang hampir sama.. Baru bekerja 3 bulan, Ai dah diberi surat amaran.. Ai tak diberi tunjuk ajar langsung.. Semuanya Ai kena belajar sendiri.. Ai call sana sini untuk menuntut ilmu.. Kerana setiap kali KU bertanya, Ai perlu sediakan jawapan.. Tak boleh kata "tak tahu".. Ai menangis juga.. Tapi tidak seteruk masa di upnm.. Atau mungkin Ai dah semakin tabah.. Alhamdulillah.. Selepas Ai cuti bersalin, KU mula menghargai kerja Ai.. Kerana sepanjang tempoh Ai bercuti bersalin, baru dia sedar betapa pentingnya kerja Ai.. Pengganti Ai pula tidak bekerja seperti Ai..
Ai pernah berbual-bual dengan pegawai-pegawai dari ppd lain semasa berkursus di JPN.. Memasing mengatakan; "kerani tak sepatutnya diarah bekerja seperti Ai.. Sepatutnya diberi tunjuk ajar.. Ni KU nak buat Ai macam pegawai pula.. Bagi arahan, cara kerja dan tindakan belajar sendiri.. Yang penting kerja siap..."
Mendengar ungkapan tersebut, Ai terus tersentak.. What do Ai aspect?? Ai not spm level.. Ai degree level.. So Ai must react as degree level.. Sejak tu, Ai dah tak pernah mengeluh.. Apa sahaja arahan KU, Ai akan turuti.. Ai anggap itu sebagai trainning untuk Ai.. So mudahlah, kalau suatu hari nanti jika ada rezeki Ai jadi pegawai.. Ai dah tau cara bekerja macam mana.. Takdelah jadi culture shock pula nanti..
Cuma yang tak best tu, semua orang nak mengarah Ai, nak jadi ketua Ai.. Yang sama gred pun berlagak hebat.. Ada sijil je tapi postnya dinaikan gred.. So dah sama taraf dengan orang diploma.. Semua benda main arah-arah je.. Pastu suka mengaku pakar.. Kalau buat silap tak boleh ditegur.. Terlalu ego.. Benda yang dia buat salah pun dia tetap nak kata betul.. Siap guna nama audit lagi.. Ai pun hairan juga, dulu Ai kerja audit takde pun pasal benda tu.. Tapi silap banyak la, bila tak sanggup mengaku bodoh tapi akhirnya orang dapat tau juga jawapan yang diberi tu jawapan orang tak berilmu.. huhuhu.. Yang sorang lagi pula suka mengaku hebat.. Gred tinggi la daripada Ai tapi bukan pegawai.. Kadang-kadang arahan dari dia dah mengalahkan arahan dari KU..
Baru-baru ni, KJ dan timblan KJ ada pesan pada Ai.. Sekarang ni, Ai cuma perlu dengar arah daripada KU sahaja.. Minta apa-apa arahan yang nak diberikan kepada Ai mestilah melalui KU.. Dah dorang kata Ai orang kanan KU pula.. Ai kata; "ermmm.. Ai pun tak tau orang kanan ke orang kiri.."..
5 ulasan
Sorry, Ai xsengaja terpadam komen awk..huhu.. sedihnya.. guna hp, nak klik lain terklik lain.. huhu...
DeleteW'salam wbkt..
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi baca coretan Ai.. Dan terima kasih atas kata2 semangat serta doa... Ai amat menghargainya..
saya pun lulusan degree tapi bekerja sebagai kerani.dari sekolah belajar susah payah dapat gelaran best student,straight A dalam upsr.pmr,spm last2 jadi kerani je.hati memang sedih tapi apa nak buat.semoga ada hikmah disebalik semua ini.
ReplyDeleteInsya-Allah, pasti ada yg lebih baik.. yakin perancangan Allah adalah yg terbaik utk kita.. kadang2 rasa geram jg, kwn yg pointer lebih rendah dr Ai blh dpt kja bank.. huhu..
DeleteTapi Ai yakinkan hati pasti ada hikmah semua ni..