Domestic Violance
Assalammualaikum.. Pagi ni terasa nak mencoret bila terpandang rak buku di ruang tamu..
Domestic violance atau keganasan domestic lebih dikenali sebagai keganasan rumahtangga yang dilakukan oleh pasangan..
Secara umumnya domestic violence merupakan kekerasan yang berlaku dengan maksud (dengan niat) untuk menyebabkan kerosakan fizikal atau psikologi .
Jenis-Jenis Penderaan Fizikal ;
❗Pemangsa mungkin menyerang pada muka, tangan, badan atau kaki mangsa.
❗Membaling atau merosakkan harta benda. Pemangsa selalunya membaling alat perkakas atau apa-apa sahaja yang mudah dicapai dan memusnahkan harta di rumah.
❗Mencekik antara perkara biasa yang dilakukan pemangsa. Perbuatan ini memberi makna jelas bahawa pemangsa lebih berkuasa dan kuat sementara mangsa merayu memohon belas kasihan.
❗Penderaan yang memalukan dengan menggunakan kata-kata yang tidak senonoh sebelum mendera secara fizikal.
Selama bertahun-tahun Ai pendam sendiri.. Tak tahu nak cerita pada siapa kerana bimbang membuka aib.. Akhirnya semua ditelan sendiri hingga menjadi parut yang dalam..
10 tahun bukan tempoh yang singkat.. Tak terhitung berapa banyak tumpahnya air mata menahan penderan mental dan emosi.. Sentiasa dalam ketakutan.. Rumah dirasakan bukan tempat yang selamat untuk berlindung..
Ai tak kata HM langsung tak baik.. Dia baik tapi dia juga pendera mental dan emosi Ai.. Disebabkan itu juga, Ai minta tukar balik kampung.. Masa tu Ai dah give up sangat.. Ai balik untuk uruskan fasakh.. Tapi tak dijangka Ai mengandung HK.. So Ai anggap itu petunjuk dari Allah untuk beri peluang kepada HM..
Ai kuatkan semangat untuk terus harungi toxic marriage.. Terus pendam sendiri, asalkan anak-anak membesar ada ayah disisi.. Family Ai pada mulanya menyalahkan Ai kerana 'lari' balik kampung.. Sikit pun Ai tak cerita punca sebenar.. Bagi Ai biarlah orang bersangka buruk pada Ai, asalkan Ai tak buka aib HM..
Tapi bila dah duduk dekat, family Ai nampak sendiri apa yang berlaku.. Ai kerja jauh setiap hari.. Anak-anak terabai walaupun HM ada dirumah.. Since tahun 2016, Ai mula berkurung dalam bilik.. Buku-buku motivasi yang Ai beli dari tahun 2011 tak lagi dapat membantu Ai untuk terus positif.. Ai tak lagi mampu untuk terus berada dalam toxic marriage..
Family in law cuba sabarkan Ai tapi sungguh Ai dah tak mampu bertahan.. Sabar Ai dah sampai ke penghujungnya.. Lebih baik Ai hidup dengan anak-anak sahaja kerana ada suami pun macam takde suami, anak-anak pula macam takde ayah..
Family Ai tak pernah masuk campur hal rumahtangga Ai.. Sebab semuanya Ai pendam sendiri.. Lama Ai tak pergi rumah kakak Ai yang jaraknya tak sampai 1km dari rumah Ai.. Rumah atam yang selang 3 buah rumah pun Ai tak pergi.. Ai putuskan hubungan dengan dunia luar.. Ai betul-betul nak sendirian.. Sampai bapa rasa rindu pada Ai, sebab terlalu lama tak balik rumah bapa yang 15 minit dari rumah Ai..
Siapa yang sedar perubahan Ai??? Dah tentu lah takde yang perasan.. Sebab Ai sorokkan semua kesedihan tu.. Di depan orang Ai berlakon bahagia, senyuman tak lekang dibibir.. Tapi tahukah mereka senyuman itu tidak lagi ada serinya.. Senyuman paksa untuk sembunyikan kesedihan hati..
Alhamdulillah, tahun 2017 Ai dapat keluar dari toxic marriage.. Allah permudahkan urusan Ai setelah hampir 2 tahun Ai mohon pertunjuk-Nya.. Dan pada 18 Januari 2019, Ai selamat bernikah dengan MSI.. Bujang yang muda 5 tahun daripada Ai.. Pada 01 November 2019 pula, lahirlah puteri sulong kami..
Cabaran MSI berkahwin dengan Ai adalah perlu bertarung dengan trauma Ai dan Ai mudah trigger.. Insya-Allah, demi anak-anak Ai akan usaha untuk sihat.. Tolong doakan keluarga kecil Ai terus bahagia, ye..
Untuk ex, tak perlu mesej Ai minta padam post ni.. Tolonglah berubah demi anak-anak.. Jadilah ayah yang bertanggungjawab.. Anak-anak sihat je, kalau sakit, ayah tiri dorang akan bawa ke hospital..
Nota Jari: Terlalu penat memendam akhirnya menjadi depression..
0 ulasan