Kelebihan Berzikir...
1.
Menjauhkan diri daripada syaitan
dan menghancurkan kekuatannya.
2.
Menyebabkan seseorang cinta kepadanya.
3.
Menjauhkan rasa kegelisahan dan
kesedihan hati.
4.
Menjadikan hati lapang, gembira
dan berseri-seri.
5.
Menguatkan tubuh dan hati.
6.
Menjadikan cahaya dalam rumah dan
hati.
7.
Menarik rezeki.
8.
Mendapat kehebatan dan kegagahan
(berkarisma & berwibawa)
9.
Zikir adalah sarana bagi kembali
kepada ALLAH dan membuat seseorang itu berserah diri kepada-Nya.
10.
Mendekatkan seseorang kepada ALLAH.
11.
Zikir adalah pintu makrifat kepada
ALLAH.
12.
Dengan berzikir, kehebatan dan
kebesaran ALLAH dapat masuk ke dalam hati.
13.
Zikir membuatkan kita ingat pada
ALLAH.
14.
Zikir dapat menghidupkan hati.
15.
Zikir adalah makanan bagi hati dan
nurani.
16.
Menjauhkan diri dari kesusahan dan
kesalahan.
17.
Menjauhkan diri dari perasaan
takut dan was-was.
18.
Apabila seseorang berzikir
mengingati ALLAH, empat penjuru ‘Arasy berzikir mengingatinya.
19. Apabila seseorang berzikir
mengingati ALLAH pada waktu senangnya, ALLAH mengingatinya pada saat dia berada
dalam kesusahan.
20.
Zikir adalah sarana bagi
menyelamatkan diri daripada azab ALLAH.
21.
Dengan berzikir, lidah seseorang
jauh daripada ucapan-ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong,
perkataan kotor dan juga perkataan sia-sia.
22.
Majlis zikir adalah majlis
malaikat, manakala majlis lalai dan sia-sia adalah majlis syaitan.
23.
Dengan berzikir, seseorang menjadi
lebih bahagia dan baik.
24.
Pada hari kiamat, orang yang
selalu berzikir terhindar daripada bencana dan penyesalan.
25.
Zikir adalah pohon di syurga.
26. Seseorang yang berzikir secara
konsisten selamat daripada kealpaan yang menyebabkan kecelakaan dunia dan
akhirat.
27.
Dengan berzikir, seseorang dapat
mencapai kemajuan dan kejayaan.
28.
Nur zikir sentiasa bersama orang
yang berzikir.
29.
Dalam hati manusia, ada bahagian
yang boleh subur hanya dengan berzikir.
30.
Zikir dapat mengumpulkan kembali
apa yang sudah bercerai, menceraikan apa yang terkumpul, mendekatkan yang jauh
dan menjauhkan yang dekat.
31.
Zikir menggerakkan hati manusia
daripada tidur dan menyedarkannya daripada kelalaian.
32.
Zikir adalah pohon yang berbuah
makrifat.
33.
Zikir adalah ubat penyakit hati.
34.
Zikir adalah sumber kesyukuran.
35.
Yang paling mulia antara orang
yang bertakwa di sisi ALLAH adalah orang yang asyik berzikir, kerana balasan
takwa adalah syurga, sedangkan balasan zikir adalah penyertaan ALLAH.
36.
Zikir adalah sumber persahabatan
dengan ALLAH.
37.
Allah menurunkan rahmat-Nya kepada
orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.
38.
Sesiapa yang mahu menikmati
syurga, sedangkan ia masih berada di dunia, dia perlu menghadiri majlis-majlis
zikir kerana ini adalah taman syurga di dunia.
39.
ALLAH membanggakan orang yang
berzikir di hadapan malaikat.
40.
Orang yang berzikir masuk syurga
dengan tersenyum.
41.
Zikir adalah pengganti dan
pendorong bagi ibadat-ibadat nafilah.
42.
Sekiranya seseorang berzikir di
atas gunung ataupun tanah datar, tempat itu pasti berasa bangga.
43.
Di dunia, wajah orang berzikir
kelihatan gembira dan bercahaya semasa di akhirat.
44.
Zikir adalah nikmat pada hati dan
kelazatan iman dalam jiwa.
45.
Menimbulkan kejernihan, kemanisan
pada hati dan wajah.
46.
Zikir memurahkan rezeki.
47.
Dapat merasakan betapa besar,
agung, hebat dan berkuasanya ALLAH.
48.
Mendapat pertolongan ALLAH apabila
seseorang itu berada dalam kesusahan.
49.
Mendapat penghormatan dan doa daripada
para malaikat.
50.
Mendapat cahaya daripada ALLAH
dalam kehidupan di dunia, di alam barzakh dan juga titian sirath.
51.
Menjadi perisai daripada neraka
jahanam.
52.
Mendekatkan diri kepada ALLAH bagi
membuka pintu segala kebaikan.
53.
Menghilangkan kegelisahan dalam
hati.
54.
Membersihkan hati daripada segala
kekotoran dan penyakit.
55.
Menjauhkan diri daripada segala
jenis ketakutan dan kebimbangan.
56.
Menghapuskan dosa-dosa kecil dan
maksiat kecil.
57.
Terhindar daripada sifat munafik.
58.
Apabila seseorang itu menyertai
majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
59.
ALLAH sentiasa mengingatinya
seperti dalam penjelasannya, “Ingatlah Aku supaya Aku akan Mengingatimu.
RUJUKAN: DIARI HIDUP RASULULLAH S.A.W; TERBITAN: PTS MILLENNIA; M/S: 121-125
7 ulasan
nice
ReplyDeletethankssss...
Deletesy suke background music blog ni.. bole sy tau tajuk die? please...
Deleteterima kasih.. ni sebenarnya lagu ending Anime Bleach (episod berapa x ingat).. Tapi Ai memang suka lagu ni..hehe.. Kalau nak tau tajuknya boleh klik link ni:
Deletehttp://linzkushina.blogspot.com/2012/11/no-body-know_26.html
This comment has been removed by the author.
DeleteNice sharing ;) thanks...semoga hati kite semua tenang dengan amalan zikir..
ReplyDeleteterima kasih..
Delete