Jauh Perjalanan.....
Alhamdulillah.. Dah sebulan Ai kerja selepas bercuti panjang selama 3 bulan.. Dan bermakna dah sebulan juga la Ai berulang alik kerja dari Semanggol ke Georgetown.. Semoga ALLAH mengurniakan kesihatan yang berpanjangan kepada Ai.. Agar Ai dapat terus tabah mengharungi dugaan ini..
Kalau ikut pakcik google, perjalanan yang perlu Ai lalui setiap hari adalah 85km.. Cuma anggaran masa tiba tu tak sama dengan Ai.. Coz biasanya Ai akan sampai dalam masa 1jam 45minit.. huhuhu
Apa yang paling menyedihkan setiap kali nak pergi kerja, adalah menatap wajah anak-anak yang lena tidur.. Sedih sangat nak tinggalkan mereka.. Sedih kerana apabila mereka buka mata/ bangun dari tidur, Ai tiada di sisi mereka..
Namun adakalanya, HB akan terjaga awal dan akan melihat Ai pergi kerja dari dalam rumah.. Dan ada masanya, HK pula yang terbangun awal.. Senyum-senyum nak ajak berbual atau kekadang meregek nak minta susu.. So sebelum bergerak ke tempat kerja, Ai akan susukan baby HK dahulu.. Tapi selalunya, mereka masih tidur tatkala enjin kereta Ai dihidupkan.. huhuhu..
Semasa sebelum puasa, Ai akan bergerak dari rumah pada pukul 6.00am iaitu selepas solat subuh.. Dan akan selamat sampai opis pada pukul 7.45am.. Balik pula Ai solat asar siap-siap di opis dan akan sampai rumah sebelum pukul 7pm.. Sempat la main-main dengan baby HK dan berbual-bual dengan HB..
Hari ni, hari kedua berpuasa dan hari pertama kerja dalam bulan puasa.. Ai keluar rumah pukul 5.30am dan selamat sampai opis pada pukul 7.15am.. Solat subuh di opis.. huhuhu..Coz keluar rumah sebelum azan subuh.. Bulan puasa masuk kerja pukul 7.30am so boleh balik pukul 4.30pm.. Harap Ai dikurniakan kesihatan yang berpanjangan di sepanjang bulan ramadhan ni..
Nota Jari: Selamat Berpuasa kepada semua umat ISLAM di seluruh dunia.. Semoga kita semua mendapat keberkatan di bulan barakah ini..
0 ulasan