PIXY Truly Asian Beauty...

by - Wednesday, June 11, 2014

Sebelum ni Ai ada story tentang Bio Essence Tanaka White (BETW).. Ai dah lama tak guna BETW coz boleh dikatakan mahal juga la.. huhuhu..
Sekarang ni Ai guna PIXY pula, yang lebih ekonomi dan sesuai dengan kemampuan Ai..
Sedikit keterangan mengenai PIXY yang Ai copy paste dari web PIXY:

Serlahkan kecantikan wanita Asia melalui kulit yang sihat, bersih, licin dan cerah. PIXY memahami prinsip kecantikan sebenar ini dan menggunakan kepakaran Jepun untuk menghasilkan kosmetik berkualiti untuk wanita-wanita Asia. Dengan menyerlahkan kecantikan wanita Asia, PIXY secara tidak langsung memberikan seri kebahagiaan kepada setiap pengguna yang memancar dari dalam sanubari.



Produk-produk PIXY dicipta dengan kualiti piawaian tertinggi daripada Jepun dan menggunakan bahan-bahan semula jadi untuk kulit yang sihat dan cantik. Kesemua produk telah dihasilkan supaya ianya bersesuaian dengan kulit wanita Asia dengan formula yang telah diuji secara klinikal dan terbukti selamat untuk kulit. Tahap piawaian Jepun juga telah digunakan untuk pembungkusan produknya yang telah direka untuk mencerminkan gaya Tokyo.

Antara produk-produknya adalah :
1.  Single Step Liquid Foam for Makeup
2.  Gentle & Moist Cleansing Lotion
3.  Eye & Lip Makeup Remover 
4.  Radiant Finish Lightening Cream - Spotcare Beauty
5.  Radiant Finish Lightening Cream - Complete Barrier
6.  UV Whitening Two Way Cake - Perfect Fit
7.  UV Whitening Two Way Cake - Perfect Fit (Refill)
8.  Ultimate Makeup Cake
9.  Ultimate Makeup Cake - (Refill)

Setakat ni, Ai guna no. 1, 2 & 8 je.. Esok nak beli no. 4 pula.. Barulah lengkap set PIXY Truly Asian Beauty Ai.. Bagi Ai, memang selesa guna PIXY ni.. Baunya pun harum tak menusuk hidung.
Ai letak barang make up kat dalam breast pump bag je.. hehehe..


Nota Jari: Dah ada anak kecil ni, malas nak bermake-up sangat.. Tapi kena juga la pakai bedak, kalau tak makin teruk la muka bila kena matahari.. 
 

You May Also Like



0 ulasan