Kekecewaan....

by - Saturday, February 26, 2011

Pengalaman hidup ini, membuatkan Ai rasa frust sangat... Rasa Ai ni xlayak untuk hidup di dunia ni.. Sedari lahir, Ai sentiasa hidup dalam kekurangan & kedaifan.. Ai anak ketiga dari 7 adik beradik.. Bapa xde pekerjaan tetap (buat bendang je), mak pula suri rumah tangga sepenuh masa.. Makanan kami sentiasa bercatu agar cukup untuk semua orang.. Setiap kali nak makan je,  kami mesti bertanya pada mak "seorang berapa potong or biji or bahagian.."

Ai boleh dikatakan pelajar pintar la juga.. So mak menaruh harapan yang tinggi agar Ai berjaya dalam hidup & mampu untuk merubah kehidupan kami sekeluarga.. Mak berharap Ai dapat menyenangkannya suatu ari nanti.. Bila dapat keputusan SPM, mak sangat gembira.. Kemudian Ai dapat menyambung pelajaran di matikulasi yang berada di utara tanah air.. Tamat matrikulasi, Ai menyambung pelajaran di peringkat ijazah di universiti pengurusan yang juga berada di utara semenanjung.. Ai menamatkan pengajian pada awal tahun 2006..pelbagai pekerjaan telah Ai  cuba tapi xde satu pun yang bersesuaian dengan A.. Dan kesemua pekerjaan tu tidak menggunakan ijazah yang Ai ada..

Syukur, dengan keputusan nekad Aiuntuk berhijrah ke ibu kota akhir nye setelah 5 tahun habis belajar, Ai mendapat pekerjaan di ibu kota.. Sebelum ni Ai tinggal di negeri yang di huni oleh  majoritinye bermata sepet, Ai lsangsung xberpeluang untuk bekerja di pejabat coz mereka terlalu memilih perkauman.. Mereka memilih mata seperti mereka sahaja.. Walhal mereka adalah pendatang pada asal nye.. Tanah yang dimiliki oleh kaum Ai suatu masa dulu telah menjadi tapak mereka.. Peribumi di sana ditindas.. Mereka yang lebih berkuasa.. Ai menjadi bertambah benci pada kaum mereka.. Mereka bijak mengambil kesempatan pada kaumku..

Berbalik pada pekerjaan Ai sekarang,  walaupun hanya menggunakan SPM,  Ai terpaksa berpuas ati.. Coz mungkin memang dah takdir Ai perlu melalui ujian & dugaan yang berat sebelum berjaya.. Namun Ai berasa sangat kecewa kerana sampai sekarang Ai masih belum dapat berbakti kepada orang tua Ai.. Ai berasa menyesal menyambung pelajaran.. Dulu mak berharap aku menyambung pelajaran kerana mak xnak Ai kerja operator di kilang.. Mungkin xdijangkau oleh fikiran pada masa tu, bahawa dengan menggunakan SPM masih layak untuk bekerja di pejabat..

Penyesalan yang xada gunanya.. Yang pastinye nama Ai telah disenarai hitam & Ai tak boleh keluar dari negara ni.. huuhhh.. Ai nak keluar ke mana?? Sedangkan dalam negara ni pun Ai belum habis jalan.. Di sebabkan itu, Ai merasakan kehidupan realiti memang perit untuk diharungi.. Ai mula mahu melupakan keperitan itu dengan menyamarkan diri menggunakan nama yang ntah dari mana wujudnya.. Ai berimpian untuk berada dalam dunia animasi.. Kerana ia adalah dunia ciptaan imaginasi  manusia.. Yang mana semuanye layak untuk gembira & menerima kesudahan yang baik..

You May Also Like



0 ulasan