ku bermohon pada-Mu...!!!!!

by - Thursday, May 26, 2011

Pagi semalam, berlangsungnya interview for pegawai (yang Ai xlayak selepas tapisan dibuat)... Petang tu, MBMiK cakap la kat my friend bercerita tentang interview yang dia buat... Dia kata rata-rata interviewee nya kerja kontrak, klu dpt tetap kat sini dorang sanggup jadi kerani cabuk macam Ai... Dia kata dengar macam tu, rasa insaf & beruntungnya yang kja kerani kat sini walaupun ada degree... Aikkkkssss... Ni tuju kat Ai sebenarnya... Tapi buat-buat macam sembang dengan kawan Ai...

Hahahaha... Nak tergelak Ai dengar... Ai buat bodo, buat-buat tak dengar & buat-buat  sibuk dengan kerja... Ai respect dia cakap macam tu klu dia sendiri tak mengejar pangkat... Dia yang dah pegawai pun masih mengejar jawatan yang lebih tinggi.. Gaji dia sekarang 6x ganda gaji Ai!!!! Ni kan pula Ai yang gaji SPM je.. Tak kan Ai nak duduk di bawah selamanya...

Mungkin ada yang kata Ai tak bersyukur... Ai bersyukur sangat dengan rezeki yang ada ni... Tapi cubalah fikir keadaan Ai macam mana... Mak kerja cleaner, bapa dah xlarat buat bendang... Along OKU, kakak Ai suri rumah tangga (suami dia kerja kampung je, xde pendapatan tetap), adik Ai kerja kilang (yang ni mungkin ada bantu mak Ai sikit), adik yang ke-2 buat kerja kampung (buat bendang sebab bapa dah xboleh buat bendang.. ritu Ai mintakan kja kat opis Ai tp xde rezeki dia..), adik yang ke-3 kerja tukang kebun sekolah (duduk dengan kakak Ai, so dia bantu ekonomi kakak Ai sikit-sikit) & adik yang bongsu masih sekolah tahun ni ambil SPM...

So, sekarang faham x kenapa Ai nak sangat guna degree yang ada, nak sangat jadi pegawai????!!!! Agar Ai dapat pendapatan lebih.. Boleh la Ai kirim duit lebih kat mak n kakak Ai... Pagi tadi saja call mak.. Dia tanya, Ai dah masuk kan duit ke??? Ai kata Ai masih belum ambil duit gaji... Dia kata, "mak dah pokai sangat, barang dapur semua dah habis, gaji lagi 2 minggu baru dapat... Kalau kakak ada duit lebih, kirim la lebih sikit kat mak.."... Ai terdiam & jawab, " mak, akak bukannya pegawai kat sini...."

Sebagai anak, Ai rasa geram, benci, malu sebab mak sampai meminta dari Ai... Sepatutnya dah memang jadi tanggungjawab Ai untuk sara dia... Ai rasa sedih sangat... Sampai sekarang Ai xmampu nak bagi kesenangan pada mak n family Ai... Dorang dah banyak berkorban untuk Ai belajar masuk U... Kat U, Ai makan megi bahagi 2.. Kat rumah, dorang makan ubi kayu rebus... Dari sekolah menengah sampai nak habis matrik, along (masa tu along masih sihat) & kakak Ai (masa tu dia kerja kilang) yang kirim duit untuk Ai... Sem 7, Ai xdpt PTPTN... Adik Ai yang kerja kilang tu bayarkan yuran pengajian Ai... Kakak Ai & suami dia (masa tu dorang masih kerja kilang) yang kirim duit untuk belanja Ai... Ai dah banyak makan rezeki dorang...So, dah tiba masanya Ai bantu dorang pula dengan rezeki yang Ai ada...


KU BERMOHON PADA-MU, YA ALLAH... PERMUDAHKANLAH SEGALA URUSAN, RAHMATILAH SEGALA PEMBERIAN, KURNIAKANLAH KAMI DUNIA & AKHIRATI!!! AMIN.. AMIN.. AMIN.. AMINNNNNN!!!.....

You May Also Like



5 ulasan

  1. amir kagum ngan Ai.. kagum ngan perjuangan hidup, dugaan yg Ai alami... membuatkan amir bersyukur ngan apa yg Allah berikan buat amir.. betul kata hadis di bwh... nk turut kongsi ngan Ai..

    “Melihat kepada orang yang lebih rendah darimu dan jangan melihat orang yang lebih tinggi. Itulah tembok kukuh supaya kamu tidak menghina pemberian Allah kepadamu"

    (Sahih Muslim)

    ReplyDelete
  2. terima kasih..Ai tetap berusaha walau Ai kecewa coz Ai tahu rezeki Ai xpernah datang bergolek..

    ReplyDelete
  3. akak..sedih sgt baca coretan yg ni..sy pula ibubapa dah xbekerja lgi dn sy kakak2 yg menghulurkn duit setiap bln utk parents dn support adik2 yg masih bljr..ape pun syukur pada Allah atas segala nikmat kurniaanNya...dan utk pengetahuan..sy mmg pengikut setia blog akak..selalu jgk bukak blog ni kot2 ada entry terbaru akak..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pmbetulan...sy dan kakak2..huhu

      Delete
    2. terima kasih sudi baca coretan Ai.. hehehe.. tak sangka ada follower setia.. terharu ni.. siapa nama?? kalau sudi add la mukabuku Ai..

      Delete