Teduhan Kasih...

by - Thursday, June 06, 2013

Beberapa minggu kebelakangan ni, kengkawan opis Ai asyik bercerita tentang slot Akasia kat TV3 bertajuk Teduhan Kasih.. Ai pun naik heran juga la.. Best sangat ke ceritanya?? Ai memang jarang tengok cerita melayu.. Rasanya last follow cerita bersiri melayu tajuknya 'Tentang Dhia'.. My favourite channel sudah semestinya ANIMAX.. HB pula asal on tv je mesti nak tengok Disney Junior.. Tu pasal la gaya bahasa percakapannya macam ayat dalam buku sebab banyak belajar dari tv..huhu.. 

Balik ke topik asal.. (huhu.. Suka melalutkan..).. Katanya cerita ni adaptasi daripada novel 'Teduhan Kasih' yang ditulis oleh Marissa.. Kengkawan yang gemar membaca novel, mesti tau jalan cerita ni kan..
Minggu lepas, Ai ada la try tengok sikit.. Ermm.. Bila tengok heroinnya SI, Ai teringat cerita bersiri 'Cik Ah Cik Nen' yang ditayangkan di Astro tak lama dulu.. Dalam cerita tu, SI bergandingan dengan El.. SI membawa watak Cik Nen yang sangat suka berangan-angan terkadang tak dapat bezakan antara khayalan anganannya dengan realiti.. Memang berjaya la dia bawa watak yang sedikit bendul.. So bila tengok SI berlakon membawa watak yang agak heavy kerana perlu bermain dengan emosi membuatkan Ai sedikit ragu akan kemampuannya.. 

Hari ni, Ai sekat HB daripada menonton channel kegemarannya dengan mendapat sokongan daripada HM.. Coz Ai nak tengok cerita ni.. Almaklumla AP yang berlakon.. Memang la ada semangat nak tengok..hehehe.. Tapi Ai akan lebih tertarik untuk tengok kalau AP digandingkan FS/ND/RR.. AP juga dah pernah bergandingan dengan NH dalam cerita 'Mahar Untuk Mu' pada tahun lepas.. Apa-apa pun, kita patut beri peluang kepada SI untuk tunjukkan kemampuannya..

Kengkawan boleh klik SINI kalau nak tau sipnosis cerita ni dan boleh klik SINUN untuk download cerita ni.. Kredit tu ADMYA...



Nota Jari: Ini bukan blog hiburan sepenuh masa.. hehehe.. Rasanya, ni kali kedua Ai mencoret tentang program tv or movie..huhu..

You May Also Like



0 ulasan