Salam Aidiladha 2014...

by - Saturday, October 04, 2014

Coretan kali ni, Ai nak story tentang pengorbanan.. Pada bulan Mac yang lalu, Ai ada story sikit tentang my mom yang telah disahkan mengidap kanser tulang dalam entry Doa-doa Untuk Memusnahkan Sel-sel Kanser..

Beberapa minggu sebelum ni, kesihatan mak semakin merudum.. Sebelum Ai berpindah ke rumah sewa, mak masih boleh berjalan.. Tak lama selepas Ai berpindah, mak mula ada masalah pada kaki.. Kemudian, kami buat keputusan, bawa mak tinggal dengan my sister.. Coz rumah my sister and Ai dekat je.. So boleh la nak datang tengok selalu.. Selepas 2 minggu di rumah my sister, mak mula gaduh nak balik ke rumah sendiri.. Katanya, nak mati di rumah sendiri.. Tak ada pilihan coz walaupun selepas dipujuk, mak masih berkeras nak tinggal di rumah sendiri..


Sejak mak balik ke rumah sendiri, keadaan mak semakin teruk.. Kakinya langsung tak dapat digerakkan.. Mak seolah-olah lumpuh dari pinggang ke bawah.. Mak perlu memakai lampin pakai buang.. Beberapa hari sebelum balik dari rumah my sister, my mom dah memang menggunakan lampin pakai buang.. So kalau mak balik rumah sendiri, siapa nak salinkan nanti.. Alhamdulillah... Walaupun adik-adik Ai semuanya lelaki, setiap hari adik-adik Ai dan along bergilir-gilir membantu bapa Ai menyalinkan lampin pakai buang untuk mak..

Hari minggu yang lepas, Ai tidur di rumah mak.. Dan berbincang untuk membawanya ke hospital bagi mendapatkan rawatan.. Pada hari selasa (30/09/2014), my hubby, along and Ai bawa mak ke hospital.. Pada mulanya, mak minta bawa untuk ke klinik sahaja... Ai berkeras tak mahu kerana semasa Ai masih tinggal dengan mak, dah pernah bawa mak ke klinik dan mereka sarankan mak di bawa ke hospital mereka tidak tahu rekod perubatan mak.. Begitu juga semasa mak tinggal di rumah my sister.. Apabila dibawa ke klinik bagan serai, mereka tidak tahu rekod perubatan mak..

So pada pagi tu, kami terus bawa mak ke wad kecemasan hospital taiping.. Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, lewat petang baru mak di masukkan ke dalam wad.. Oleh kerana kami (adik-beradik Ai) bekerja, kami tak dapat nak tunggu mak di hospital.. Hanya pada sebelah petang kami boleh datang melawat.. Ai pula, langsung tak dapat ziarah mak selepas hari selasa tu.. So pada hari jumaat tu, Ai minta balik half-day kerana mak kata nak balik dan doc pakar marah-marah suruh mak balik..

Oleh kerana Ai sampai selepas pemeriksaan doc, so mak tak boleh di bawa balik pada petang tu.. Mak kata sabtunya boleh balik.. Dan malam tu, my sister temankan mak di hospital.. Malam sebelum tu, my cousin yang temankan mak.. Tengah hari semalam kami memang bersedia nak bawa mak balik.. Tiba-tiba my sis call bagi tau, my mom dipindahkan ke wad kanser pula.. Kerana doc baru jumpa rekod perubatan mak.. Di wad kanser, katil mak lebih selesa dan memang khas untuk kanser tulang..

So bermakna pada hari ni, kami beraya di hospital menemani mak.. Pengorbanan yang kecil untuk mak yang dah banyak bekorban untuk kami adik beradik..



Nota Jari: Today is my besday.. Ai wish my mom will get well soon..

You May Also Like



0 ulasan