Satin Pilihan Hati...
Yeeaaaaaa... Semalam perak cuti pertabalan sultan.. Hari penang pula cuti.. So dikesempatan ini, Ai nak buat review salah satu koleksi yang ada dalam FH Nur Collections & QueMuslimah (this is My Own Online Business - MO2B)..

Memang sibuk sangat buat persediaan untuk meeting.. Kena jadi pencatat minit pula tu.. Satu pengalaman baru untuk Ai.. huhuhu... Mujurlah pakaian yang Ai pilih sangat selesa.. Kalau tidak mesti spoil mood satu hari..
So, Ai pilih untuk memakai baju kurung dull satin warna baby soft pink dan tudung bawal satin printed.. Bagi Ai, ia gabungan yang sangat ideal.. Ada yang memuji Ai nampak elegant.. Wah, bertambah semangat nak buat kerja..
Sangat selesa kerana kainnya yang lembut, mudah di iron, tidak mudah renyuk (almaklumlah, Ai kan naik motor je ke opis..), tidak terlalu tebal atau jarang.. Langsung tidak mengganggu pergerakan Ai..
Bagi tudung pula, pada mulanya Ai bimbing juga akan renyuk kerana Ai pakai helmet.. Alhamdulillah, tudung Ai terletak elok je.. Sibuk buat kerja pun, tudung masih ok.. So takde la asyik nak pergi toilet untuk betulkan tudung.. Kengkawan sebelah pantai timur panggil 'bela tudung'..
Nota jari: Untuk lebih banyak warna pilihan kain pasang dull satin boleh kunjungi blog FH Nur Collections & untuk tudung boleh kunjungi blog QueMuslimah...
0 ulasan