Balik Raya.....

by - Thursday, July 16, 2015

As'salam... Selamat hari raya semua.. Agak-agak Ai raya di mana tahun ni?? Hehehe.. Raya tahun ni pun di pahang juga.. Dah menetap di perak, raya di pahang la.. Last balik pahang masa raya tahun lepas.. Mampu balik pahang setahun sekali je... huhu..

Bukan pe, cuti dah tak banyak.. Kalau nak balik sabtu & ahad, memang Ai tak upaya la.. Jadi takde rehat langsung la.. Balik ni pun, Ai asyik tidur je.. Penat kerja tak hilang lagi..

Plan Perjalanan

Memula plan nak bergerak lepas berbuka isnin 13 Julai 2015 coz kami nak singgah KL dulu.. HM nak pergi mindef ambil IC awam.. Sebenarnya, Ai apply cuti dari hari selasa sampai isnin berikutnya.. Tapi bila sampai masanya, barang pun tak packing lagi.. So HM decided cancel plan.. Tukar plan, gerak lepas berbuka esoknya pula.. 

So hari selasa tu, Ai pergi kerja dan batalkan cuti.. Balik kerja tengok HM masih tak packing barang.. Ai tanya HM, tak jadi ke nak gerak lepas berbuka nanti?? HM jawab nak gerak lepas sahur esoknya pula.. Malam tu lepas rehatkan badan kejap.. Pukul 11pm, Ai ajak HM packing baju.. Kemas rumah apa yang patut.. Then Ai ajak HM gerak malam tu juga.. Ai plan bersahur nanti di R&R tapah..

HM diam tapi tak membantah.. Rasa macam Ai pula yang terlebih excited nak balik raya.. hehe.. Dah siap packing semua barang, kejut HB dan HK suruh siap-siap pakai baju.. HB memang tak sabar nak balik pahang.. HB pun sama macam Ai, rindu nak jalan jauh-jauh..hehe...

Kami bergerak dalam pukul 1.30am.. Singgah isi fuel dan top up touch n go dulu.. Then dalam pukul 2am baru gerak.. Sepanjang perjalanan Ai tidur.. Tersedar masa HM singgah pam tayar di bukit gantang.. Pastu sambung tidur lagi.. Sedar pula, pukul 4am, masa HM dah mula masuk ke R&R tapah untuk bersahur.. 

HB seronok sangat.. Tengok la muka ceria dia.. hehe.. HK pula tak sedap perut.. Asyik muntah-muntah je.. Selesai bersahur, kami sambung perjalanan.. Dalam pukul 6.15am kami berhenti di R&R sungai buloh pula.. Kali ni kami berhenti untik mandi dan solat subuh.. Sambung perjalanan dalam pukul 7.15am.. 

Then sebelum pukul 8am, kami dah sampai depan sogo.. hehe.. Ai nak lepas gian jejalan kat sogo.. Saja minta HM tinggalkan Ai dan anak-anak kat sogo sementara HM pergi mindef.. Terlajak awal terpacak depan sogo.. Rupa-rupanya sogo buka pukul 10am.. huhu.. Dah la susu HK ada dalam kereta.. HK duk merengek lapar.. 
Sogo buka je, Ai terus bawa anak-anak ke bahagian makanan.. Belikan air kotak milo dan waffle untuk HK.. Disebabkan susah nak window shopping bawa budak berdua tu, so Ai bawa dorang main di sogo playland sementara tunggu HM datang.. 

HM datang, baru Ai ada peluang window shopping.. Coz HM jaga anak-anak.. Nak balik tu HM berkenan seluar jeans 70% diskaun.. So HM grab 1.. Lepas tu, kami sambung semula perjalanan.. Kali ni pun, Ai tidur.. Sedar masa HM singgah R&R genting sepah je.. Lepas tu, Ai sambung tidur lagi.. Kami selamat sampai rumah MIL dalam pukul 4.15pm...



Nota Jari: Start pagi tadi, Ai sakit tekak.. Sekarang dah takde suara.. Sakit tekak..

You May Also Like



0 ulasan