Isu Viral
Al-kisahnya, sebelum raya ritu kan ada viral kisah bapa tunggal gigih bawa anak-anak pulang beraya menaiki motosikal dari selangor ke penang.. So Apis (adik Ai) bagi cadangan supaya Ai pun viralkan kisah Ai.. huhu.. Masalahnya bukan bapa tunggal tu yang viralkan kisah dia.. Tapi orang sekeliling yang tengok dan viralkan..
Lain dengan kisah Ai.. Ai berulang setiap hari dan dah jadi rutin.. Lagi pun sepanjang perjalanan bukan ada yang berhenti tanya buat banci or apa-apa.. So memang tak kan ada yang tahu, sebab beban tu tak nampak secara zahir..
Sepanjang setahun lebih berulang hampir 80km sehala, Ai takde ambil apa-apa supplement.. Rutin Ai hari-hari sampai rumah, terus baring.. Tunggu solat maghrib dan isyak.. Lepas solat isyak, terus tidur..
Ai sampai rumah dalam pukul 7pm.. Ai tidur dalam pukul 9pm lebih.. Esok pagi bangun pagi pukul 5.30am.. Anak-anak masih belum bangun.. Bertolak pergi kerja pukul 6.30am.. Sebelum pergi kerja, Ai akan kiss dulu HB dan HK.. Kerana itulah sumber kekuatan Ai.. So anggaran masa bersama anak-anak cuma 2jam sehari (weekday).. Sedih sangat.. huhu...
Ai memang penat.. Sampai opis dah tentulah kena kerja macam biasa.. Klu Ai penat sangat or tak sihat, baru Ai ngelat tidur dalam surau.. Itu pun, Ai maklum pada KU dulu.. Tapi ramai yang tak puas hati.. Masing-masing duk kata Ai takde kerja.. Dorang bengang coz dorang nak minta Ai tolong kerja dorang.. Tapi KJ dengan tegas menolak cadangan dorang coz KJ tau Ai tengah banyak kerja..
So setiap kali ternampak Ai, mula la perli kata Ai kerja banyak mana boleh jalan merata... huhu.. Sedih betul la.. Tak kan la nak pergi toilet or pantry pun tak boleh.. Ok, Ai faham.. Setiap orang akan ketepikan penat perjalanan yang Ai tanggung.. Coz bila di opis semua orang perlu buat kerja.. Ai pun tak minta orang faham.. Tapi janganlah duk anggap Ai takde kerja nak buat.. Ai sorang je kerani kat unit tu.. Kerja Ai memang Ai sorang je la yang boleh buat.. huhu..
Kekadang masa jalan ke hulu ke hilir, terasa berat je kaki.. Kaki dah penat sangat.. Tapi tetap terpaksa bergerak untuk siapkan kerja.. Balik rumah memang nak nangis minta HB urutkan.. Tapi HB urut macam dia main doh tepung je.. huhu.. Tak rasa apa-apa.. Sebab tu, kalau takde hal penting, Ai lebih suka terperuk je kat meja opis Ai..
Kesimpulannya, Ai memang dah lama viralkan kisah Ai.. Tapi viralnya setakat di blog ni sahaja.. Takde sampai masuk berita.. huhu..
Nota Jari: Klu masuk berita, confirm boleh terus dapat tukar... kuang3...
0 ulasan