Harta Dunia
As'salam.. Hari ke 7 dalam tahun baru.. Kengkawan sihat ke?? Ai dah tiga hari takde suara.. Hari ni ok sikit.. Boleh bercakap tapi masih perit.. So Ai lebih pilih untuk diam je..
Inilah harta Ai, dunia dan akhirat... |
'Hidup di dunia, Tuhan jadikan.. Ada yang susah, ada yang senang.. Pada yang taat, Dia janjikan.. Hidup akhirat aman dan tenang..'
Bait-bait lirik yang amat terkesan dalam hati Ai.. Bila my mom rasa tertekan, inilah lagu yang my mom selalu nyanyikan.. Mungkin mencari kekuatan untuk terus melangkah.. My mom selalu pesan supaya Ai belajar pandai dan dapat pekerjaan yang bagus.. "Kakak kena belajar dan dapat kerja bagus.. Kakak kena ubah taraf hidup keluarga kita.." Dan my mom selalu cakap; "kita orang susah takde siapa nak mengaku saudara.. Kalau kita orang kaya, orang yang tak kenal pun mengaku kita saudara.."
Adakalanya, my mom akan rasa tertekan sangat dan my mom akan tidur.. Selepas bangun dari tidur, my mom akan cakap.. "mak dah fikir.. Kita hidup susah pun, kita anak beranak hidup rukun.. Kita boleh melawak sesama kita.. Boleh makan berebut.. Tu pun dah cukup bahagia bagi mak..".. "Memang kadang-kadang, mak rasa susah hati sebab kita takde simpanan langsung.. Macamna kalau bapa hang mati, bapa hang tu dah tua.. Mana kita nak dapat duit uruskan kematian.. Mak pun mungkin mati awal.. Mana hangpa nak cari duit??.." Ai hanya mampu kata; "mak jangan risau.. Allah kan ada.. Dia yang akan bantu kita sebab dia yang takdirkan hidup kita macam ni.."
Air mata mak akan mengalir laju.. "Mak rasa syukur kita hidup macamni.. Takde duit pun, mak boleh tidur lena setiap malam.. Kalau kita orang kaya, mesti mak duk susah hati takut orang rompak rumah kita.. Jadi mesti mak tak boleh tidur lena.. Tidur tak cukup boleh jadi penyakit.." Ai rasa lega bila my mom boleh bergurau dan tenang..
Jadinya Ai memang tak pandai berkawan dengan orang yang nampak mewah.. Sebab tu la, Ai menyekat pergaulan Ai dan Ai tak ada ramai kawan..
Kadang-kadang Ai sendiri tertanya-tanya, Ai ada ke kawan yang boleh susah senang dengan Ai??? Yang boleh berkongsi masalah, boleh pinjamkan telinga utuk mendengar masalah Ai.. Yang boleh pinjamkan dada untuk Ai menangis.. Yang boleh ceriakan Ai pada saat-saat, Ai tak mampu lagi untuk terus tersenyum.. Yang boleh terima semua kelemahan Ai tanpa mentertawakan Ai.. Yang boleh simpan semua rahsia Ai..
Ai dah dididik dari kecil supaya tak meminta-minta.. Dan Ai sendiri faham akan takdir Ai.. Ai tak kan dapat sesuatu dengan mudah.. Maksudnya, Ai perlu berusaha untuk dapatkan sesuatu.. Pinjam meminjam perkataan yang paling Ai tak suka amalkan.. Susah macamna sekali pun, Ai tak kan meminjam dari orang.. Kerana Ai yakin dan berserah diri kepada Allah.. Ai yakin Allah akan berikan apa yang Ai perlukan pada masa yang paling tepat..
Adakalanya, Ai susah hati coz Ai takde simpanan.. Tapi bila Ai ingat arwah mak.. Ai jadi kuat.. Apa yang Ai perlukan hanyalah tawakal dan usaha.. Harta dunia akan datang sendiri bila kita mengejar akhirat.. Coz kalau kita kejar harta dunia, kita hanya akan dapat harta dunia.. Tapi kalau kita kejar harta akhirat, harta dunia pun akan datang kepada kita.. Kerana Allah pemilik semua harta yang ada..
Nota Jari: Jangan pandang hina pada kesulitan orang lain, kerana kita tak tahu ganjaran apa yang Allah berikan atas kesabarannya menghadapi kesulitan tu..
0 ulasan