Karnival Promosi & Jualan Produk Industri Asas Tani

by - Thursday, May 11, 2017

Minggu lepas masa layan mukabuku, ternampak mukabuku fama batu kurau.. Ai memang follow page dorang sejak 2015.. Senang nak tau bila dorang buat lelongan durian.. Hahahaha..
Ye la.. Ai kan gemar giler makan durian.. Dulu masa bujang berangan nak kahwin dengan anak tauke durian.. Tapi nak buat macamna, tak dapat cari.. Yang ada anak tauke kedai makan je.. Hehehehe..

Ok, sambung balik.. Memandangkan Ai memang berhajat besar nak jadi pengedar susu kambing i-Sihat yang berjaya, so Ai mesej admin page.. Tak puas dengan tu, hari selasa lepas Ai ambil cuti semata-mata nak call dorang.. Sebab Ai nak sangat joint program ni.. Kalau call masa kat opis nanti, ada la yang kata Ai bergayut.. Gaji tak berkat lah, apa lah.. Errrmmmm.. Ai cakap phone pasal urusan kerja pun, ramai yang buat cerita.. Untuk mengelakkan lebih ramai buat fitnah, so ambil je cuti untuk settle urusan peribadi.. Senang..

Alhamdulillah, pagi-pagi semalam urusetia program ni dah call Ai.. Ai boleh joint program ni.. Pesan Encik tu (lupa tanya nama dia), bawa alas meja dan bangku.. Ya Allah.. Rasa berbunga-bunga hati.. 

Rezeki Allah tu amat luas.. Dia boleh beri kepada kita rezeki dalam pelbagai bentuk dan cara.. Seberat mana pun ujian, mesti Allah dah sediakan jalan keluar.. Pesan pada diri, sentiasa tawakkal kepada Allah..

Ok, ni Ai kongsi serba sedikit info tentang program KARNIVAL PROMOSI DAN JUALAN PRODUK INDUSTRI ASAS TANI

13-14 Mei 2017, Laman Changkat Jering.

Anjuran MOA Inc Daerah Larut Matang Selama.

Istimewa : Ceramah Ustaz PU Yeop, 13hb Mei 2017, Sabtu, 8.30 Malam.

Semua Dijemput Hadir. Sokong produk Tempatan.

Menurut kata Encik urusetia, program ni untuk barangan IKS.. Target untuk tempahan raya.. Nanti pengunjung yang datang boleh cuba sampling produk dan kalau dorang berminat boleh order untuk raya nanti...

So esok peluang keemasan untuk Ai mempromosikan produk susu kambing i-Sihat, IQ-1st.. Dan Ai juga akan bawa koleksi terkini tudung muslimah.. 



Nota Jari: Jom kita pakat-pakat datang.. Meriahkan program anjuran Fama Daerah Larut Matang & Selama..

You May Also Like



0 ulasan