Assalammualaikum.. Salam ramadan.. Syawal akan menjelang tidak lama lagi.. Disebabkan masih dalam tempoh PKP, so semangat nak raya memang takde.. Tak buat persipan raya pun..
Semalam keluar dengan kawan-kawan setelah sekian lama berkurung dalam rumah.. Ikut pergi kedai bakery.. Tiba-tiba ternampak tepung florentine.. So beli la tepung florentine dan kacang-kacang.. Biskut paling mudah nak buat tapi modalnya mahal..
Lepas puas mencari bahan untuk buat biskut raya, kami pergi kedai baju pula.. Cadang nak beli baju jubah untuk Hamy dan Hafiy.. Tapi tak jumpa.. Puas pusing kedai, yang banyak baju perempuan je..
Berkenan tengok telekung, pilih satu dan usung bawa pusing satu kedai.. Tiba-tiba nampak baju pasang cotton harga RM39.90.. Ok la.. Terus call encik kanda, bagi tau nak beli baju raya.. Dan nak beli untuk mama sekali.. Nak tau saiz.. Encik kanda suruh call mama tanya sendiri..
Bila call mama, mama kata mama dah buat 2 pasang baju raya sebelum puasa.. Tak payah la belikan mama baju raya, beli je untuk diri sendiri dan anak-anak.. Pastu call pula my sis, tanya dah ada baju raya ke??
Katanya untuk anak-anak dah ada baju raya.. Kalau nak belikan baju raya untuk dia, dia nak warna coklat sebab anak-anaknya baju raya warna coklat.. Nak nampak sedondon la dengan anak-anak..
Ai dari family yang susah.. Zaman kanak-kanak Ai, baju raya pakteh (adik mak) yang belikan.. Bila acu (adik bongsu mak) dah kerja, acu pula belikan baju raya untuk Ai dan kakak.. Baju raya bukan suatu kemestian untuk Ai, memandangkan nak makan pun susah.. Tapi belum pernah kami berlapar tiada makanan..
Bila dah remaja, my sis dah kerja.. Dia pula belikan baju raya untuk Ai.. Baju raya kami mesti sama atau hampir sama sebab kami hanya 2 orang perempuan dari 7 adik beradik.. Bila my sis dah kahwin, Ai beli sendiri baju raya.. Selalu sangat pagi raya, Ai masih sibuk alter baju raya.. hahaha..
Lepas habis belajar dan dah berkahwin, baru la tiap-tiap tahun mesti beli baju raya.. Masa arwah mak ada, kalau ada duit lebih, Ai belikan mak baju raya.. Balik kampung, bawa mak ke bagan serai.. Suruh mak pilih nak baju mana?
Nota Jari: Memang takde semangat nak raya tapi beli baju raya 3 pasang.. Pantang nampak sepasang RM15.. hahaha