Selami Hati Seorang Isteri!!!

by - Thursday, February 21, 2013

Sesaja nak mencoret alkisah hati/jiwa seorang isteri.. Harap-harap para suami di luar sana akan lebih memahami dan menghargai para isteri..

1. Priority
Seorang isteri biasanya mengharapkan mereka menjadi keutamaan dalam hati anda!! So jangan sesakali bersikap/mempamerkan anda meletakkan si isteri di tempat terkahir dalam hidup anda.. Means jangan la tunjuk sangat yang anda sanggup bertegang urat dengan isteri semata-mata kerana rakan anda.. Hal itu amat mengguris perasaan si isteri.. 

Kecintaan pada keluarga itu penting.. Tapi jangan biarkan keluarga anda memfitnah si isteri tanpa pembelaan dari anda.. Itu juga amat mengguris perasaan si isteri.. Jadilah suami seperti masa mula-mula anda mahu mengoratnya dahulu.. Itu yang isteri mahukan..

2. Pamerkan
Sayang bukan hanya sekadar ucapan, tapi ianya juga perlu dipamerkan.. Tunjukkan padanya, anda sangat mencintainya sama seperti dulu.. Renungkan kembali perkara-perkara yang anda sanggup lakukan dahulu (masa nak ngorat or sebelum berkahwin).. Mengapa tidak anda lakukan sehingga sekarang ni, walaupun dah 10 tahun berkahwin.. Perlu diingatkan, cinta perlu dipupuk setiap hari agar ianya tetap subur mekar dan bahagia sepanjang masa..

3. Pendengar
Jadilah pendengar setia kepada setiap keluhan isteri anda.. Ingat tak dulu, anda sanggup tadah telinga sebelum dia sempat bercakap?? Kenapa sekarang anda amat sukar untuk menadah telinga apabila dia hendak bercakap?? Jangan biarkan ego anda menguasai diri..

4. Pelukan
Percaya atau tidak, pelukan seorang suami dapat melegakan hati seorang isteri.. Selain itu, pelukan juga memberikannya perangsang untuk bangkit dari segala permasalahannya.. Peluklah isteri anda setiap hari walau hanya untuk 10 saat.. Kerana ia amat mendamaikan hati seorang isteri..

5. Perhatian
Seorang isteri ingin mendapat perhatian daripada anda.. Janganlah bersikap acuh tak acuh aje.. Lumrah wanita memang ingin dibelai dan dimanja.. Walaupun dah berumur tapi naluri seorang isteri/wanita tetap sama.. Kenapa para suami lebih suka membelai orang lain, sedangkan si isteri yang halal sentiasa mengharapkan perhatian tidak pula diendahkan??

6. Perasaan
Wanita mempunyai hati yang unik.. Hanya sedikit ingatan daripada anda dapat menggembirakannya.. Dan kadangkala hanya kerana sepatah perkataan anda telah mengguris hatinya tanpa anda sedar.. Sentiasalah cuba menjaga hatinya..

7. Pujuk
Selain mempunyai hati yang unik, wanita mempunyai hati yang lembut.. Setiap kesalahan anda akan segera dilupakan sekiranya anda pandai memujuk.. Pujuklah dan rayulah padanya seperti mana anda berusaha untuk mendapatkannya suatu masa dahulu..

8. Pendam
Sudah menjadi lumrah kebanyakkan wanita / para isteri suka membebel.. Itu adalah cara wanita meluahkan perasaannya.. Namun ada juga segelintir para isteri yang tidak pandai membebel.. Sebaliknya lebih suka memendam perasaan dan meluahkannya melalui tangisan.. Bagi suami yang mempunyai isteri sebegini, anda sebenarnya amat bernasib baik kerana tidak perlu mendengar leteran.. Namun anda sebagai suami perlu memainkan peranan dengan mengambil pendekatan membuat perbincangan secara berkala dengan isteri.. Ini bagi mengelakkan isteri tersebut terus memendam perasaan yang mungkin akhirnya akan merosakkan hubungan anda suami isteri..

Oleh kerana isteri anda bukan jenis yang berleter, jangan pula anda yang jadi gemar berleter.. Jangan sesekali mengungkit dengan berkata; "sekali abang buat silap, itu je la yang awak nampak.. Semua baik abang semua awak dah tak nampak!!".. Sebelum berkata perlulah berfikir dahulu.. Adakah isteri anda bercakap mengenai 1 perkara buruk or habis semua buruk anda?? Apabila dia bercakap mengenai 1  perkara buruk anda, bermakna yang lain-lain itu tidak dikaitkan sama sekali.. Dia mengharapkan perubahan pada diri anda agar keharmonian rumahtangga dapat diperkukuhkan sehingga akhir hayatnya..

9. Pembimbing
Setiap wanita memerlukan bimbingan.. Berusahalah membimbing isteri anda ke jalan yang diredhai oleh ALLAH.. Baik buruk perangai or amal ibadah isteri adalah berkait rapat dengan cara didikan anda.. Setiap noda yang dilakukannya, anda sebagai suami turut mendapat sahamnya.. Oleh itu, bimbinglah mereka sebaiknya.. Ajarlah mereka membaca Al-Quran dan amal ibadah lainnya...

10. Pemimpin
Sebagai suami, anda merupakan pemimpin keluarga.. Seorang isteri amat mengharapkan suaminya dapat memimpin solatnya dan bertanggungjawab terhadap keluarga.. Anda perlu sedar tanggungjawab sebagai suami.. Sekiranya isteri bekerja, itu bukan bermakna anda boleh menggunakan wang gaji isteri dengan sewenang-wenangnya.. Isteri bekerja untuk membantu anda.. Namun setiap sen yang dibelanjakan menggunakan duit isteri perlulah dengan kerelaannya...


Rasanya setakat ni je la dulu.. Mungkin apa yang Ai coretkan tidak menggambarkan keseluruhan sikap wanita or para isteri.. Sebaliknya lebih kepada diri Ai sendiri.. Diharap coretan ini, boleh menjadi manfaat kepada semua pasangan suami isteri dalam menjaga kerukunan rumahtangga anda...


Nota Jari: Sekadar coretan dari Ai yang hanya pakar motobesi je.. hehehe.. Keluhan ini ditujukan khas untuk para suami, terutamanya to HM..

You May Also Like



0 ulasan