Perniagaan Online!!!

by - Saturday, November 29, 2014

Sebenarnya dah lama Ai berminat dan bercadang untuk memulakan perniagaan.. Since dari 2007 lagi.. Ai juga pernah menghadiri kursus untuk memulakan perniagaan.. Tapi masalah yang Ai hadapi, Ai tidak mempunyai modal.. So terpaksalah Ai melupakan hasrat tu walaupun permohonan Ai untuk menjadi francais sebuah syarikat dobi berjaya pada tahun 2008.. Kerana pinjaman hanya diberikan 90% sahaja..

Keinginan untuk berniaga tidak pernah padam.. Setiap hari, ada sahaja idea untuk memulakan perniagaan.. Namun seperti biasa kengkangannya adalah modal.. 

Pada minggu lepas, Ai telah mengorak langkah untuk memulakan perniagaan online sebagai agen dropship.. Idea menjadi agen dropship telah disarankan oleh seorang rakan yang mengerti kesulitan yang Ai hadapi.. Tujuan Ai menjadi agen dropship bukanlah untuk mencari keuntungan, cuma berharap dapat cover kos perjalanan Ai ke tempat kerja.. Tak dapat cover banyak, sikit pun jadilah... huhuhu.. Ye lah, hampir separuh gaji Ai diperuntukkan untuk kos minyak dan tol.. Permohonan tukar pula, ketua jabatan luluskan dengan pengganti datang serentak.. Maksudnya tak benarkan bertukarlah.. huhuhu...

Oleh itu, Ai telah lancarkan FH Nur Collections di page mukabuku.. Enggan berpaling ke belakang lagi, Ai telah lancarkan pula blog www.fhnur.blogspot.com agar penggemar online shopping dapat melayari perniagaan online yang Ai jalankan dengan mudah.. Sehari suntuk Ai habiskan masa untuk mereka blog dan mereka logo.. Kuang3.. Bila mood berkobar-kobar memang tak boleh tangguh-tangguh dah.. 
Amacam??? Ok tak logo yang Ai reka untuk perniagaan online Ai??? Ai memilih nama FH Nur kerana ianya pangkal nama Ai dan HM.. Dan ia juga merupakan pangkal nama 2 orang putera kami.. Bulan di dalam logo adalah menggantikan perkataan nur iaitu cahaya.. Bintang pula merujuk kepada harapan dan impian Ai untuk berjaya dan dapat membesarkan anak-anak sebaiknya.. Latar belakang yang gelap bermaksud dengan adanya nur (bulan) malam yang kelam akan menjadi terang dan indah..

Ai harap suatu hari nanti Ai dapat menghasilkan perniaagan sendiri (ada syarikat dan pejabat) dengan nama FH Nur dan menggunakan logo di atas.. Errmmm, bab logo tu mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.. hehehe.. Almaklumlah, kekadang idea kreatif datang tiba-tiba..


Nota Jari: Hope usaha kecil Ai ini akan membawa kejayaan kepada Ai agar Ai dapat meneruskan impian untuk menjalankan dan mengusahakan perniagaan sendiri..

You May Also Like



2 ulasan

  1. Replies
    1. hehehe..business kecil-kecilan je dulu..nak tau business apa boleh klik link dalam entry...

      Delete