Bayi yang baru lahir adalah sangat sensitif
terhadap perubahan persekitaran. Terdapat beberapa perkara yang anda
perlu tahu tentang penjagaan bayi baru lahir.
Terdapat banyak perkara yang masih belum berfungsi dengan sempurna
ketika bayi baru dilahirkan. Seseorang bayi itu memerlukan beberapa
minggu untuk menyesuaikan diri dengan persekitaran baru setelah 9 bulan
berada di dalam rahim ibunya.
Seram sejuk Apabila anda memegang tangan atau kaki bayi anda, anda akan berasakan
betapa sejuknya tangan dan kaki mereka. Ini adalah kerana sistem
peredaran darah bayi anda belum sempurna dan ini tidak bermakna bayi
anda berasa sejuk. Warna kulit bayi anda juga akan berubah. Terdapat
juga bulu pada badan yang akan gugur dari semasa ke semasa. Anda juga
akan melihat tompok-tompok merah seperti ruam di hidung dan beberapa
bahagian badan yang lain. Perkara-perkara ini akan hilang apabila bayi
anda semakin membesar.
Baby HK; yang ni, Ai kurang perasan pada badan baby HK..
Kulit kering seluruh badan Kebanyakan bayi baru lahir akan mengalami kulit kering yang mengelupas,
seperti ular bersalin kulit. Ini adalah proses semulajadi dan tidak
memerlukan krim atau losyen yang khas. Kandungan minyak yang dihasilkan
oleh kulit bayi tidak begitu stabil lagi, dan penggunaan losyen akan
mengganggu kestabilan tersebut. Apa yang penting adalah senantiasa
menjaga kulit bayi agar sentiasa bersih. Bintik hormon Bintik hormon
adalah bintik-bintik merah yang terdapat pada badan bayi di beberapa
bulan pertama kelahirannya. Ini adalah berpunca daripada hormon si ibu
yang terdapat di dalam susu ibu yang diberikan kepada bayi. Bintik
hormon ini akan hilang apabila bayi anda semakin membesar.
Baby HK; perasan kulit baby HK kering tapi tak berani nak sapu losyen..
Penjagaan pusat Basuh pusat bayi anda dengan air dan pastikan ia selalu bersih dan
kering. Tali pusat bayi anda tidak mempunyai saraf, oleh itu bayi tidak
akan merasa sakit apabila anda membersihkannya. Tali pusat tersebut akan
tercabut dengan sendirinya selepas 8 ke 12 hari kelahiran. Adalah
menjadi kebiasaan sekiranya tali pusat tersebut berdarah atau berbau
sedikit.
Baby HK; dah tanggal tali pusat pada hari ke-4, iaitu hari keluar wad.. Masa nak keluar wad tu, nampak tali pusat dia tinggal sikit je lagi nak tanggal.. Sampai je rumah, tengok tali pusatnya dah takde.. Tak tau jatuh kat mana.. huhuhu..
Susu badan bayi baru lahir Kelenjar susu bayi baru lahir boleh menghasilkan susu. Ini adalah
berpunca daripada hormon si ibu yang terdapat di dalam susu ibu yang
diberikan kepada bayi. Bayi anda akan turun berat badannya. Kebanyakan
bayi akan kehilangan berat badan pada tiga atau empat hari pertama
selepas lahir. Susu ibu tidak keluar dengan sempurna dan bayi akan
kehilangan berat badan ketika itu. Bayi akan kembali dengan berat badan
semasa lahir selepas dua minggu kelahiran. Bidan anda akan mencatatkan
berat bayi anda dari semasa ke semasa untuk memastikan bahawa bayi anda
bertambah berat badannya dan penyusuan badan berjalan dengan lancar.
Baby HK; sebelum bersalin ritu, Ai tak sempat belajar teknik penyusuan yang betul.. So akibatnya, nipple Ai melecet disebabkan salah teknik.. Bayangkan dari 1st day bagi susu, 3rd day baru tau salah teknik penyusuan dan susu dah mula bengkak masa tu.. Bila nurse tunjuk cara perah susu, tengok-tengok yang keluar susu colostrums.. So maknanya, selama 3 hari tu baby HK tak minum susu.. Dia cuma menghisap tapi tak keluar susu kerana salah teknik..
Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..
0 ulasan