Cara Ikhtiar Jodoh Di Hari Raya

by - Thursday, June 14, 2018

As'salam.. Yeeaaahhhh... Konpem esok raya.. Errrrmmm.. Amboi, tuan blog.. Rajin pula mencoret.. Hehehehe..
So apa plan korang untuk esok.. Ziarah saudara mara, jiran tertangga.. Mana lah tau, terjumpa jodoh kan.. Hehehehe..

Eeerrrmm.. Macam mana cara ikhtiar jodoh di hari raya???

1. Menziarahi rumah saudara dan jiran

Hari raya ni sesuai sangat la menziarahi sanak saudara dan jiran tertangga.. Jagalah ada sopan semasa berkunjung ke rumah orang.. Budi bahasa kan budaya kita.. Eeehhhh.. Cewah..

Mana lah tau, kan.. Tiba-tiba ada saudara jauh yang terbekenan kat korang.. Allah aturkan pertemuan kita dengan seseorang sentiasa bersebab.. Good luck..


2. Pergi open house

Ni pula untuk buka lebih banyak peluang korang untuk bertemu dengan jodoh.. So jangan la tolak jemputan rumah terbuka.. Mungkin jodoh korang tengah menunggu korang di sana.. Kan langkah kanan tu.. Kenyang dapat, jodoh pun dapat.. Hehehehe..

3. Sentiasa bermanis muka

Jaga kelakuan.. Jangan biadap dengan orang sekeliling.. Sentiasa bermanis muka.. Mana la tau, makcik sebelah rumah berkenan nak jadikan korang sebagai menantu.. Haaahhhh.. Apa lagi, beruntunglah badan..

4. Guna khidmat makcik bawang

Jangan marah kalau ada makcik bawang bertanya tentang jodoh korang.. Apa kata korang merendah diri dan minta makcik bawang tolong carikan jodoh.. Makcik bawang kan kepoci.. Mesti dia kenal ramai orang.. Hehehehe.. Untung-untung, tahun depan dapat beraya dengan pasangan hasil guna khidmat makcik bawang..

5. Daftar baituljannah

Dah buat semua di atas tapi masih tak nampak hasil?? Errrmmm.. Meh la daftar baituljannah.. Klik SINI untuk daftar.. Insya-Allah, pasti ada calon yang sesuai dengan korang..


Nota Jari: Teruskan berusaha dan berdoa.. Semoga Allah permudahkan urusan korang membina masjid..

You May Also Like



0 ulasan