Terhenti Di Sini

by - Saturday, June 09, 2018

As'salam.. Salam Ramadhan.. Lagi 6 hari kita akan menyambut Syawal.. Korang dah siap ke persediaan raya?? Ai macam biasa la.. Takde semangat nak raya.. Tapi Ai tetap belikan baju raya anak-anak.. Baju raya untuk Ai terbeli masa ikut my pren pergi ziarah kilang gene martino.. Hehehehe.. Tudung raya memang tak pernah beli.. Pakai je tudung yang ada..

Sorry, bulan ni Ai kurang mencoret.. Bukan kekeringan idea.. Tapi macam biasa la.. Ai lost my rational to emotional.. Huhuhuhu..

Adakalanya tak seorang pun dapat meneka isi hati kita.. Adakalanya kita tak tahu pada siapa yang kita boleh percaya.. 

Untuk sekian kali nya.. Hanya pada Allah, tempat mengadu.. Hanya Allah yang mengerti.. Hanya Allah yang akan sentiasa ada dengan kita..

Hari ni ada appointment service Iriz.. Balik tu singgah mydin.. Balik mydin pergi beli tikar getah pula.. Baru 2 tahun duduk rumah ni, tikar getah dah koyak sana sini.. Tak tahu la anak bertuah Ai yang mana yang buat kerja tu..

Baru nak berehat, tiba HB panggil.. Ada orang datang katanya..

Ai terpingga-pingga masa kakak tu perkenalkan diri.. Kak Mun cerita, dia minta sedekah dari rumah ke rumah untuk tampung kos rawatan suami dia.. Jadi dia ambil upah bersihkan rumah.. Bayarannya RM10 untuk 1jam.. Ai terus cakap; "ya Allah.. Alhamdulillah, kak..".. Giliran kak mun pula tercenggang tengok reaksi Ai..

Ai ajak kak mun masuk.. Ai bagi tau, Ai kerja berulang jauh.. So memang tak sempat nak kemas rumah.. Yang tukang sepah pula lagi rajin dari Ai.. Huhuhuhu.. Then Ai tunjuk tempat yang Ai nak minta kemaskan.. 

Pastu terbuka cerita, Ai pula yang tersedu-sedu menangis.. Dah kak mun pula kena tenangkan Ai.. 

Insya-Allah, hari rabu nanti kak mun datang kemaskan rumah.. Huhuhu.. Syukur sangat.. Memang Ai stress bila anak-anak buat sepah.. Ai dah la perfectionist.. Mujur ada penyakit M.. Kalau tak, memang OCD la jawabnya..

Alhamdulillah.. Allah tahu Ai tengah bersedih.. Dia hantar kan hamba-Nya yang menempuh ujian lagi hebat dari Ai.. Supaya Ai sedar, jangan terlalu fokus pada ujian yang menimpa.. Tapi fokus pada ganjaran yang Allah berikan.. Fokus pada nikmat-nikmat lain yang Ai perolehi..

Adakalanya terasa dah penat untuk terus melangkah.. Penat, letih, longlai.. Nak menangis sepuas-puasnya.. Tapi kalau terhenti di sini, Ai akan menyesal di kemudian hari..

Mendung tak bererti akan hujan.. Hujan tak kan selama nya suram.. Kerana hasil biasan hujan lah yang menghasilkan indahnya warna-warna pelangi..


Nota Jari: Selagi kita bersangka baik dengan Allah, pasti baik yang akan datang..

You May Also Like



0 ulasan