Blacklist???
Sebenarnya dah lama Ai nak bercerita tentang hal ni.. Ari ni, Ai coretkan kisahnya coz ada pren yang bertanya tentang blacklist yang Ai mention dalam entry Kekecewaan.. So di sini Ai buat penjelasannya..
My name already blacklisted since 2008.. Do u know why?? It just becoz pitipitiend.. huhhhhh.. Terlalu panjang keluhan yang ingin Ai keluhkan... Ai buat pinjaman pitipitiend semasa sambung belajar di peringkat ijazah.. Terpaksa coz my parent xmampu nak membiayai Ai sendiri.. Coz masa tu my mom harap sangat Ai dapat belajar tinggi & dapat kerja jawatan tinggi..
Pitipitiend membiayai pelajaran Ai untuk 3 tahun (pertengahan tahun 2002 - pertengahan tahun 2005).. Dalam perjanjian tu menyatakan Ai perlu membuat bayaran selepas 6 bulan tamat belajar.. Tapi masalahnya, pengajian Ai yang sepatutnya tamat selepas 6 semester namun terpaksa + one semester atas nasihat mentor Ai supaya Ai dapat maintain 3 pointer.. Ai menerima ijazah pada 11 September 2006 & pada awal tahun yang sama Ai telah menerima surat tuntutan bayaran semula pinjaman.. Sedangkan Ai baru sahaja menamatkan pengajian & masih tercari-cari pekerjaan.. Tahun 2007 semakin banyak surat yang dihantar kepada Ai termasuk surat lawyer dari pitipitiend menyatakan keengkaran Ai membuat bayaran balik akan menyebabkan nama Ai disenarai hitamkan & caj perkhidmatan peguaman akan ditanggung oleh Ai.. Bertapa dukanya hati.. Kenapa cari Ai je?? Kenapa xcari yang dah lama kerja?? xkan xboleh semak kat elihsdiend tengok la senarai nama peminjam yang kena bayar cukai.. So that person confirm dah ada kerja yang bagus, kan.. But Ai still reply surat seperti yang di arahkan dengan menyertakan salinan penyata keydouble-u espi..
Percaya atau tidak nama Ai telah disenarai hitamkan since 2008.. Cekapkan orang-orang pitipitiend buat kerja.. Memang respect giler ler sampai Ai memang nak naik giler dibuatnya.. Boleh x tolong jawab soalan berikut untuk Ai:-
1. Sebelum buat penyenaraian hitam tu, orang-orang yang berkaitan dah ambil kira keadaan semasa si peminjam ke?? (this story related to another story, please click HERE for more details)
2. Kenapa kejar peminjam baru yang masih terkial-kial mencari pekerjaan untuk menyara hidup & keluarga berbanding peminjam lama yang mungkin dah berjaya sekarang ni??
3. Adakah sistem pengurusan tuntutan semula pembayaran bersikap telus terhadap semua peminjam??
4. Kenapa pengiraan jadual pembayaran tidak mengikut kemampuan peminjam?? do they espect all borrower easily get a job after graduation??
5. Kenapa masa isian permohonan pertukaran ke ujrah, hanya perlu isi sudah bekerja or belum serta nama syarikat tanpa mengambil tahu gred jawatan & gaji yang diperolehi??
Rasanya cukup la 5 soalan tu.. Yang pastinya hanya kerana membiayai Ai selama 3 tahun dorang senarai hitamkan Ai xboleh ke luar negara.. Last year Ai ada call pitipitiend tanya boleh x Ai nak buat ujrah tapi bayar sesikit memandangkan Ai masih xdapat kerja menggunakan degree.. Tapi jawapan yang diberikan sangat mengecewakan.. Secara logiknya, xkan Ai nak bayar RM200 per month for something that Ai xpernah guna.. Ye la buat loan kereta, Ai bayar coz memang guna.. Macam tu juga dengan pitipitiend, Ai buat loan untuk dapatkan degree.. Ai xkerja guna degree lagi, so for me belum masanya Ai bayar.. (but this year Ai bayar RM50 tapi xberturutan la)
For me sekarang ni, Ai cuma perlu bayar hutang to my mom & family.. Hutang mengandungkan Ai, melahirkan, membesarkan, berjaga malam, membelikan pakaian, menyediakan keperluan hidup Ai dari kecil sehingga berjaya masuk U.. Ce fikir macamna kalau Ai disenarai hitamkan oleh my own mom?? Setakat disenarai hitam oleh pitipitiend, Ai just xboleh keluar negara.. Tapi kalau Ai disenarai hitamkan oleh my mom, pasti Ai xkan dapat keluar dari neraka jahanam kan???
Kesimpulannya, Ai sama sekali tidak menyokong sekiranya ianya dimansuhkan kerana ia membantu anak melayu untuk belajar tinggi.. Ai cuma berharap pihak berwajib menjalankan kajian semula berkaitan kadar tuntutan bayaran agar lebih telus & tidak membebankan kerani macam Ai ni...
Nota Jari: Perlu di ingatkan, this story adalah about my feeling & xde kena mengena dengan hal-hal negara ye...
4 ulasan
ooo... pitipitiend rupanya.. amir lak blacklist psl jadi penjamin loan mara... kwn punya hal.. lama dh start keje dulu... tp yg hebatnya... so far loan kete.. loan rumah ok je lps... mmg ada rekod tp kena pandai explain ngan officer bnk... alhamdulillah, skrg cuma risau psl ank2 nk sambung beljar ke mrsm ke... risau sgt
ReplyDeleteAi nak sangat bayar hutang pitipitiend, tapi geram atas tindakan dorang yang xberperikemanusiaan..huhuhu.. Ai hope anak-anak Ai xperlu berhutang utk bljr tinggi.. Ai cuba sedayanya menabung utk pelajaran mereka (tapi skrg baru sorang la, hehehe..).. Ai xnak anak2 Ai menerima nasib yang sama mcm Ai..
ReplyDeleteIts pity to u. Btw, u may ref. again to PTPTN about ths matter. ths issue were included through the conference at IKIM.fm. InsyaAllah, hopefully u may got the best answer about ths. Gud Luck!
ReplyDeletetqvm for ur advice...Ai really appreciate it..
ReplyDelete