Nilai RM50

by - Monday, November 12, 2012

Last year, Ai pernah bergaduh dengan kawan opis kerana RM50.. Bukan kerana Ai pinjam duit dia or dia pinjam duit Ai.. Tapi kerana desakan dia menyuruh Ai bayar pitipitiend.. Ye kakak tu memang baik dengan Ai.. Cuma dia terlalu mendesak menyebabkan berlakunya perang mulut antara kami.. Masa tu MBMiK ada kat dalam biliknya dan pertengkaran kami memang dia dengar dengan jelas..

Ai cuba jelaskan, 2011 adalah tahun pertama Ai dapat kirim duit pada mak.. Ai cuma dapat kirim RM50 x 2 je sebulan.. Then kawan Ai tu suruh Ai bayar pitipitiend RM50 sebulan.. Ai kata daripada bayar pitipitiend lebih baik Ai tambah jumlah kiriman wang pada my mom.. Tapi my pren tetap bertegas dengan pandangannya... Dan Ai juga tetap dengan pendirian Ai.. Semasa my pren tinggal sendirian di dalam opis, MBMiK ambil kesempatan tu untuk meracun fikiran kawan Ai.. (kat opis Ai ni dah jadi lumrah double standard, my pren tu satu-satunya officer yang bergaul dengan kerani but dia unit lain).. MBMiK kata Ai kurang ajar sebab melawan cakap pegawai, katanya kalau ikutkan hati dia nak je panggil Ai & marah Ai.. But my pren tadi kata la kami berdua adalah kawan, lagi pun apa yang kami tengkarkan xde kaitan dengan kerja..

Kenangan Lama
My family langsung xde wang simpanan.. Rezeki yang diperolehi sekadar cukup makan.. Bagaimana dengan bantuan?? Untuk pengetahuan, my family xdapat apa-apa bantuan on that time.. Mak selalu mengeluh bila tengok orang lebih senang daripada kami dapat bantuan, kami yang susah xdapat apa-apa pun..

Ai kata; "biarlah mak.. Kalau betul dia layak xpelah.. Kalau dia xlayak tapi dia dapat bantuan kerana ada orang dalam, kat akhirat nanti dia akan dipertanggungjawabkan atas apa yang dia ambil.. Orang dalam tu kena bertanggungjawab juga sebab tidak amanah dengan kerjanya.. Kita hidup, jangan asyik ingat nak senang dunia je.. Kena ingat juga hidup kat akhirat nanti.."

Mak akan terdiam dan berasa lega hati.. Mungkin kerana kebenaran apa yang Ai katakan tu..
...................................................

Masa Ai belajar ramai yang nak bantu Ai.. Tapi Ai berpegang pada kata-kata mak; "kakak jangan terhutang budi dengan orang takut nanti tergadai body..".. My mentor pernah beri duit untuk belanja makan Ai.. Tapi Ai tolak sekeras-kerasnya walaupun ketika tu Ai betul-betul xde duit untuk makan.. 

Pada semester 5, Ai repair subjek pengantar pengurusan coz dapat D+.. That lecturer sangat prihatin pada Ai.. Masa Ai pergi hantar assignment kat bilik dia, he ask me beli buku rujukan supaya boleh score.. Harga buku tu around RM50.. Sambil berseloroh Ai berkata; "nak makan pun xde duit macamna nak beli buku..hahaha..".. Dia pandang muka Ai, then dia ambil buku rujukan dia & berikan pada Ai.. "Nah ambil buku ni.. Janji pada saya, kamu akan lulus.. Markah assignment kamu, saya akan tolong.. Kamu cuma perlu fokus pada final exam je..".. "ehh, xnak la encik.. Nanti encik mengajar nak pakai buku apa??".. "xpe saya ada lagi 1 buku.. Lagi pun buku ni saya dapat free..".. Alhamdulillah, Ai dapat B+ untuk subjek tu.. Dan Ai sangat berterima kasih pada that lecturer..

Pada sem. 7 (2005), desktop Ai rosak.. Kena tukar mother board RM50 x 5.. Sem. 7, Ai xdapat loan.. Ai memang berikat perut.. Duit yang ada buat bayar yuran.. So Ai call mentor merayu nak pinjam duit.. Tapi dia kata dia pun tengah nak pakai duit (dia nak bertunang & kawin).. Ai rasa malu sangat, rasa macam xde muka kena merayu nak pinjam duit kat orang.. Tapi Ai terpaksa coz ada projek assignment yang perlu Ai siapkan.. Then Ai try tanya Firul (my junior, Ai anggap dia macam adik Ai).. Alhamdulillah, dia sudi pinjamkan duit & xkisah bila Ai boleh bayar balik.. Dalam awal tahun ni (2012), baru Ai habis bayar hutang kat dia.. Can u count how many years Ai take to pay back his money??
.......................................

Selepas bertunang Ai decide cari kerja kat Penang.. Kerja jual insurans, Ai xde income langsung.. Sewa rumah harap HM bayarkan.. Askar bujang ada makan di kantin, so HM tapaw nasi & lauk untuk beri Ai makan.. (huhuhu... macam bagi kucing makan je kan).. Pernah HM dah xde duit sangat (gaji bersihnya cuma RM300 & nak kena bayar rumah sewa Ai lagi), Zamsul (my cyber pren) bank-in RM50 ke akaun maybank Ai.. Tapi disebabkan that account dah lama x aktif, Ai xdapat keluarkan duitnya.. Sedang Ai bersedih.. Tetiba Amir call Ai (another my cyber pren.. instinct dia ni memang kuat sikit, dia macam tau je bila Ai ada masalah & bila Ai gembira).. Masa dia call tu, Ai tengah menangis.. So Ai sembang dengan dia sambil tersedu-sedu.. Bila tau apa yang terjadi, dia terus minta no akaun Ai.. Then dia bank-in RM50 x 2 untuk Ai.. Dia tau pasti Ai memang dalam keadaan terdesak sangat coz Ai xpernah meminta apa-apa sebelum ni..

Awal bulan September 2006, Ai perlu menghadiri majlis konvokesyen di UUM.. Memandang Ai masih xbekerja, so Ai pergi ke sintok bersama dengan HM hanya dengan menaiki motor je.. Masa tu mak beri RM50 untuk perbelanjaan ke sana.. Teringat masa ambil jubah, Ai bersama dengan Yana.

Ai     : depa buat apa kat situ??
Yana : daftar untuk ambil gambar atas pentas..
Ai     : Ye ke?? saya xdaftar lagi.. Kena bayar ke??
Yana : Aahh, RM50..
Ai     : Ooohhh.. xpe la kalau macam tu..xjadi la saya nak daftar..
Yana : kenapa pula?? nanti xde la kenangan Linz naik pentas ambil ijazah..
Ai     : saya mana ada duit.. duit yang ada cuma untuk tambang pergi balik & makan je..
Yana : nah, Yana bagi pinjam duit..
Ai     : xnak la saya.. xtau bila saya boleh bayar balik.. duit Firul pun saya xbayar lagi ni..
Yana : xpe ambil je.. kalau xboleh bayar balik pun xpe.. Yana halalkan, ni ari Linz, mana nak tau esok lusa
           ari Yana pula..




Nota Jari: RM50 mungkin sedikit bagi yang mampu.. Tapi RM50 adalah suatu rahmat bagi yang tidak berkemampuan.. Ai bersyukur dapat kawan-kawan yang baik & sentiasa prihatin pada Ai.. Kepada insan-insan yang telah menolong Ai, Ai amat-amat menghargainya & berterima kasih..

You May Also Like



4 ulasan

  1. alhamdulillah.. Ai dikelilingi oleh orang yang pemurah... org baik2 mmg Allah permudahkan.. insyaAllah
    one gentle reminder... Ai can count on me... i m always there for you.. jgn segan2 nk minta nasihat or bantuan... selagi termampu... selagi terdaya.. amir akan cuba

    ReplyDelete
  2. thanks amir.. Ai bersyukur ada teman-teman yang pemurah..

    ReplyDelete
  3. Pengalaman yang berharga untuk diri Ai. Sesungguhnya Allah menhadirkan stp ujian adalah bersesuaian kepada hamba2Nya. Bersyukurlah krna dberikan pglmn yg bsr mknanya itu =) Mmg sukar utk dterima namun itulah realiti d fana ini. Utk meraih kejayaan tidak dtg spt hembusan udara. Bagitu jugalah yg d selusuri oleh Nabi Junjungan kita yakni Muhammad S.A.W. (malah lebih hebat ujian drpdNya utk syariat Islamiah)

    Sy mmhami bgmna yg dirasai oleh Ai krna sy prnh melaluinya. D kala usia yg seperti dedaun pucuk pisang namun pnglmn mendewasakan diri kita dari segi menaakul malah meningkatkan ketaqwaan kita kpdNya bg mereka yg berfikir secara bijaksana.

    Pesanan utk diri Ai& ingtn diri sy juga. Semoga terus tabah menghadapi hari2 yg mendatang, insyaAllah =)

    ReplyDelete
    Replies
    1. terima kasih...
      ramai kengkawan yang mendengar or membaca kisah Ai akan cakap, pasti suatu ari nanti Allah akan berikan kejayaan kpd Ai lebih drp kengkawan lain..Aminnnn...

      Delete