Ragam...
Manusia ada pelbagai ragam, kan.. Ada yang yang sangat merendah diri.. Tidak langsung berasa bangga dengan apa yang
dimilikinya.. Kerana baginya itu semua milik ALLAH... Tapi ada juga yang suka berbangga dengan harta kemewahan, pengalaman kerja yang ada, ilmu agama/ibadah yang dibuat dan macam-macam lagi..
Misalnya PBMiK (Ai change M kat depan tu kepada P.. Kepada kengkawan yang nak tahu maksudnya, boleh pm Ai..hehehe) yang sangat berbangga dengan ijazah yang dia ada dan menganggap graduan UiTM adalah yang terbaik coz dia graduan UiTM.. Sehinggakan dia memandang hina kelayakan orang lain.. ( huhuhu.. Pandang hina kat Ai la sebenarnya..)
Ai rasa ramai juga yang memandang hina pada graduan UUM, kan.. Sebab ada sorang pegawai kat opis Ai kata graduan UUM memang ramai yang xdapat kerja, kawan dia yang belajar kat UUM pun xdapat kerja juga.. (xtau la maybe dia ni sama spesis dengan PBMiK kut..).. Then he story la, dia graduan dari USIM.. Habis belajar je terus dapat jadi pegawai tadbir di UPNM..
KBTB pula amat berbangga dengan pengalaman kerja yang dia ada.. Dia selalu membandingkan pengalaman kerjanya dengan Ai.. And he always blame Ai on everything.. Actually, Ai dapat 3 email layang dari dia.. Tapi Ai cuma cerita 1 je kat blog ni.. 1st email Ai dapat bulan Nov. 2011 (Ai luahkan dalam entry Bintang Di Langit Dapat Dibilang).. 2nd email Ai dapat bulan Dis. 2011 (yang ni Ai xtulis apa-apa but isunya ada kaitan dengan Tuntutan Perjalanan) and the 3rd email, Ai dapat bulan Mei 2012 (Ai luahkan dalam entry Mencari Redha ALLAH).. Isi kandungan emailnya hampir sama je dengan email yang 1st.. But the 3rd email adalah yang paling teruk... Disebabkan email yang ketiga tu, PBMiK terus tanya penasihat perundangan opis Ai, how to terminate the contract staft?? That why, Ai memang dah xde hati nak kerja sini.. huhuhu...
Ai rasa sesak sangat dada terpaksa bekerja dengan orang yang macam tu.. Tidakkah mereka sedar, apa yang mereka miliki & apa yang Ai miliki adalah qada' dan qadar ALLAH.. Ketetapan yang xmungkin dapat dihalang oleh sesiapa pun..
Apa pun Ai bersyukur kerana bekerja di sini Ai dapat berkenalan dengan ramai orang termasuklah my sifu.. hehehe.. Actually, dia xbagi Ai panggil dia sifu.. Katanya; "Mana layak sy jd sifu..... sy masih byk benda kena belajar.".. For Ai, dia lagi banyak pengalaman kerja berbanding PBMiK & KBTB.. Tapi tak membangga diri bak kata pepatah melayu; ikutlah resam padi semakin berisi semakin tunduk... Itulah yang terbaik, kan..
Nota Jari:- Sebenarnya, apa yang penting
adalah sentiasa bersyukur dengan segala pemberian daripada-Nya & jangan sesekali berasa riak or berbangga dengan pemberian tersebut..
0 ulasan