Bukan Yang Terbaik

by - Friday, June 22, 2018

As'salam.. Tengah sedih ni.. Terlalu menghayati drama Dr. Stranger.. Geram tengok.. Kenapa sawitttt sangat??? Kat realiti tak wujud kesawiiitttan yang macam tu..
Kali ni pun, Ai lost my rational to emotional.. Huhuhuhu.. Ni yang payah jadi ratu air mata.. Tengok drama pun boleh nangis.. 




Bukan apa, Ai terbandingkan dengan realiti.. Memang cinta secuci  dalam debu dan semanis gula-gula kapas susah nak jumpa dalam realiti.. Kalau dapat, memang beruntung la.. Yang banyak nya, kalau lelaki baik perempuan pula buat perangai.. Kalau perempuan pula baik, lelaki pula buruk perangai.. Mula la bagi alasan, Bukan Yang Terbaik..

Makanya banyaklah kisah-kisah putus cinta.. Putus cinta boleh cari yang baru.. Sebab takde terikat dengan apa-apa.. Tapi lain kisahnya kalau melibatkan perceraian.. Siapa yang dapat hak penjagaan anak.. Berapa nafkah bulanan anak.. Macamna pula dengan hak lawatan anak..

Takde siapa inginkan perpisahan.. Semua orang nak bahagia.. Semua orang tak nak kehilangan.. Biasanya ada yang sedaya upaya pertahankan hubungan yang dibina..

Hubungan terjalin di atas persetujuan bersama.. Maka untuk mengekalkannya juga memerlukan usaha bersama.. Jika hanya seorang sahaja berusaha dan berkorban, pasti hubungan itu akan berakhir juga akhirnya..

Apabila kita membuat keputusan untuk membina hubungan, pasti kita meletakkan sepenuh hati dan kepercayaan padanya.. Tapi apabila ianya mulai retak, menunding jari bukanlah penyelesaian yang terbaik.. Sebaliknya sama-samalah memperbaiki retak tersebut..




Sekiranya segala usaha telah dilakukan tapi masih tak memberi kesan.. Belajarlah untuk melepaskan.. Adakalanya, kita sedar hubungan tu tak dapat diselamatkan.. Tapi kita tetap berkeras untuk bertahan dan enggan melepaskan.. Sedangkan si dia telah lama memilih untuk pergi..

Bersikap jujurlah pada hati.. Tanya pada hati.. Adakah hati masih mampu untuk menanggung semua kesedihan dan rasa terhimpit.. Kalau hati dah tak mampu, belajarlah untuk melepaskan dan redha.. Pasti hati akan lebih tenang selepas itu..


Nota Jari: Ni semua salah Dr. Park-Hoon.. Huhuhu.. Ai terlajak menghayati..

You May Also Like



0 ulasan