Duit Raya

by - Sunday, June 17, 2018

As'salam.. Salam raya ke-3.. Huhuhu.. Hari ni duduk bertapa dalam bilik je la.. Semalam penat tempuh jem.. Balik terus tidur.. Hari ni pun masih lemau lagi.. 
Eeerrrrmmm.. Sebenarnya masih banyak entry yang tertangguh.. Macam biasa la, tuan blog kan suka buat pekasam.. Hehehe.. Sorry la.. Raya pertama tak sempat mencoret.. Dari pagi sibuk layan orang datang.. Hahaha.. Percaya ke??

Takde la.. Memang dari zaman kanak-kanak, raya Ai akan duduk rumah je.. Rumah yang kami duduk tu, rumah pusaka.. So adik beradik mak semua balik beraya kat rumah tu.. Disebabkan Ai pemalu, so Ai tak gemar ikut pergi beraya.. Lebih suka duduk rumah.. Sebab tu kadang-kadang, baju raya Ai baju t-shirt je.. Kalau tak pun, pagi raya masih sibuk menjahit baju raya.. Hahahaha..

So zaman kanak-kanak Ai berlalu tanpa pengalaman mengutip duit raya.. Hahahaha.. Sodeh baitu.. 




Tahun ni, raya kami agak meriah setelah bertahun raya kami suram.. Terima kasih kepada pak sedara, mak sedara dan sepupu sepapat yang datang beraya.. Mulanya Ai risau ketupat dan nasi impit yang kami masak tak habis.. Alhamdulillah, habis juga.. Petang raya kami semua dah balik ke rumah sendiri..
Raya kedua, Ai pergi beraya ke rumah ma.. Wah!!! Rindunya, lama tak jumpa.. Yang paling best bukan anak-anak je dapat duit raya.. Ai pun dapat duit raya..  Rasa nak lompat bintang masa dapat duit raya.. Hahaha.. Tiba-tiba Ai rasa muda 20 tahun dari umur sebenar.. Dan jangan tanya berapa umur Ai sekarang.. Hahahaha.. Dah ada cucu (sedara).. Haaahhhh, sah-sah la dah tua..
Cia..cia..cia.. Ayat ni sesuai untuk korang yang nak merancang bina masjid.. Ai doakan raya tahun depan korang dapat beraya sebagai suami isteri.. Amiinnnn..

Kepada yang masih tercari-cari calon.. Meh daftar kat SINI.. Insya-Allah, ada jodoh yang sesuai untuk korang..


Nota Jari: Teruskan berdoa.. Kerana Allah tak pernah jemu untuk memakbulkan doa hamba-Nya..

You May Also Like



0 ulasan