Sabor Je Lah...
Sejak kerja kat opis baru ni, Ai tak pernah story apa-apa tentang kerja kan.. huhuhu.. Actually, Ai masuk kat unit tu menggantikan staff yang bermasalah..
Malang juga la, Ai masuk kerja hujung tahun tatkala unit tengah sibuk melunaskan segala bagai bayaran agar tak tertungak.. Biasalah takut kena buat AP 58(a), akan memburukan nama jabatan.. Lapor diri je kat unit tu, Ai terus di ajar menyemak tuntutan perjalanan sekolah di bawah jagaan staff yang bermasalah tu.. Bayangkanlah Ai kena buat kerja dia yang tertunggak sepenuhnya dari bulan 9/2012.. Bulan sebelum-sebelum tu ada juga yang tertunggak, cuma tak banyak sangat..
Disebabkan terlalu banyak kerja dia yang tertunggak, dorang bahagikan kerja kat semua 'checker', oleh kerana Ai orang baru and dorang cuma sempat ajar Ai macamna nak semak tuntutan perjalanan je.. Sebab tuntutan tu yang paling banyak.. Apa yang membuatkan Ai hangin adalah budak tu boleh sambil lewa je buat kerja dia (banyak menung, main game & selalu hilang).. Sedangkan Ai sanggup tak keluar rehat nak siapkan kerja dia tu.. Pastu sepatutnya dia kena tangguh lapor diri ke sekolah coz kerja dia banyak tertunggak (at lease kena tunggu sampai habis tempoh akaun kena bayar 2012) tapi boleh pula dia berkeras untuk terus melapor diri selepas 2 minggu Ai masuk kerja.. Dah la dia selalu tak datang kerja dalam masa dua minggu tu pun...
Huuuuhhhhhh.. Geram betul...
Hari ni sekali lagi Ai rasa geram sangat.. Minggu ni, Ai sibuk buat tuntutan imbuhan tahunan guru interim & guru bersara wajib yang mana imbuhan dibayar menggunakan baucer.. Boleh pula ada sorang cikgu ganti ni asyik call tanya dia punya gaji dah buat ke belum.. Ai rasa dah bagi tau dari 2 minggu lepas yang Ai dah buat.. Tak cukup dengan tu, wife dia pula call direct kat Ai pula petang tu.. Apa lagi, Ai terangkan lah, "Ai dah buat semua claim gaji, tuntutan keluar stesen, pindah rumah, keraian, dan sekarang tengah sibuk dengan claim imbuhan tahunan.. Ai dah buat, mungkin ketua kerani (CC) belum peraku.. Kalau dorang dah peraku pun, mungkin baucer tu masih belum status 8 (masih dalam semakan di KPM).." Then, boleh pula dia cakap, tak perlu la terangkan panjang-panjang semua tu, dia dah tau.. Habis tu, Ai cuma heran apsal ramai sangat orang call bertanyakan tentang claim cikgu ganti yang sorang tu???(ntah berapa orang call Ai asyik tanya pasal tu je, meluat pun ada juga)..
Then tak lama lepas tu, ada sorang cikgu pula call Ai tentang tuntutan perjalanan dia yang Ai kuiri.. Apa taknya, dia gi cantum semua tuntutan dari bulan 1 sampai bulan 3.. Ai minta dia asingkan tuntutan mengikut bulan yang sepatutnya.. Pastu dia pertikai, Ai lewat maklumkan pada dia.. Ai bengang la.. "cikgu jangan anggap Ai jaga sekolah cikgu je.. Ai kena jaga 23 buah sekolah dan jangan anggap Ai hanya perlu buat tuntutan perjalanan je.. ada banyak lagi tuntutan yang Ai kena buat, pindah rumah, keluar stesen, gaji guru ganti dan bermacam-macam lagi jenis tuntutan..".. Then cikgu tu, macam mengalah la bila Ai cakap macam tu.. huhuhu.. Nasib baik tu sekolah yang Ai jaga sementara je coz checkernya cuti bersalin.. Next month return balik sekolah tu..
Nota Jari: huhuhu.. Bermacam-macam kerenah manusia ni... Sabor je lah...
1 ulasan
sebenarnya, Ai jaga 28 buah sekolah masa tu (termasuk dgn sekolah checker yg bersalin)..tersalah kira la pl, ms tu..huhu..skrg kena jg 22 buah sklh coz 6 buah sklh dh plg balik pd checker cuti bersalin tu..
ReplyDelete