Pertengkaran......
Setiap pasangan yang berkahwin akan
bertengkar.. Bak pepatah yang popular 'sedangkan lidah lagi tergigit,
inikan pula suami isteri'... Bertengkar adalah salah satu cara
berkomunikasi dan mengenali hati budi memasing..
Pertengkaran
berlaku kerana pasangan tidak pandai untuk meluahkan perasaan melalui
cara yang baik.. Mungkin juga kerana perbincangan secara aman tidak
dapat dilakukan.. Kerana sama ada anda atau pasangan anda tidak boleh di
bawa berbincang..
Tekanan
sama ada dari segi fizikal mahupun emosi yang melampau akan menyebabkan
wanita yang lemah lembut pun mampu untuk menjadi kuat dan teguh
(bertegang urat dengan pasangannya)..
Sekiranya
perbincangan antara anda berdua tidak membuahkan hasil, maka ada
baiknya anda meminta bantuan pihak ketiga untuk menjadi orang tengah dan
menasihati anda berdua.. Namun bukan semua orang mampu atau sanggup
untuk menjadi orang tengah dalam meleraikan pertengkaran anda..
Sekiranya
anda masih mampu bersabar, ada baiknya anda terus pertahankan mahligai
yang dibina.. Namun andainya, anda sudah tidak mampu bersabar.. Rujuklah
pada pejabat agama terlebih dahulu.. Dapatkan kaunseling daripada
mereka bagi mengatasi masalah yang anda hadapi.. Sekiranya selepas sesi
kaunseling dijalankan anda masih mahu meneruskan hasrat untuk berpisah
(menuntut fasak), pihak pejabat agama ada menyediakan khidmat bantuan
peguam (bagi kes-kes yang teruk contohnya suami pernah cuba mencederakan
anda, suami menagih sehingga mengabaikan tanggungjawab dan lain-lain)..
Tidak perlu bimbang, mereka tidak akan mengenakan sebarang charge
kepada anda..
Persoalannya,
sanggupkah anda untuk mengubah status kehidupan anda??? Banyakkanlah
berdoa kepada Allah, agar anda dapat membuat keputusan yang terbaik
untuk anda dan anak-anak...
Nota
Jari: Sorry andai maklumat kurang tepat.. Nukilan hanyalah berdasarkan
perbualan dengan seorang ibu yang sangat perihatin terhadap masalah yang
dihadapi oleh anaknya.. Semoga menjadi iktibar kepada kita semua..
1 ulasan
pertengkaran terhasil dari perasaan marah.. mengawal kemarahan dapat membendung pertengkaran yg tidak sihat..
ReplyDeletemutiara kata utk dikongsi bersama Ai..
"Yang bernama pendekar bukan orang yang banyak menjatuhkan lawan tetapi pendekar sejati ialah orang yang sanggup menguasai dirinya ketika sedang marah”.
(Riwayat Muslim)