• Home
  • About
  • Contact
  • Book Cafe
  • Disclaimer
facebook twitter instagram Email

Si Pencari Pelangi

Perjuangan Mencari Redha Illahi. Sebuah blog peribadi.

1. Call isteri time waktu keje sebab nak cakap rindu.

2. Peluk isteri secara tiba-tiba.

3. Puji isteri cantik.

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan


 1.          Menjauhkan diri daripada syaitan dan menghancurkan kekuatannya.
2.           Menyebabkan seseorang cinta  kepadanya.
3.           Menjauhkan rasa kegelisahan dan kesedihan hati.
4.           Menjadikan hati lapang, gembira dan berseri-seri.
5.           Menguatkan tubuh dan hati.
6.           Menjadikan cahaya dalam rumah dan hati.
7.           Menarik rezeki.
8.           Mendapat kehebatan dan kegagahan (berkarisma & berwibawa)
9.         Zikir adalah sarana bagi kembali kepada ALLAH dan membuat seseorang itu berserah diri kepada-Nya.
10.        Mendekatkan seseorang kepada ALLAH.
11.        Zikir adalah pintu makrifat kepada ALLAH.
12.        Dengan berzikir, kehebatan dan kebesaran ALLAH dapat masuk ke dalam hati.
13.        Zikir membuatkan kita ingat pada ALLAH.
14.        Zikir dapat menghidupkan hati.
15.        Zikir adalah makanan bagi hati dan nurani.
16.        Menjauhkan diri dari kesusahan dan kesalahan.
17.        Menjauhkan diri dari perasaan takut dan was-was.
18.        Apabila seseorang berzikir mengingati ALLAH, empat penjuru ‘Arasy berzikir mengingatinya.
19.     Apabila seseorang berzikir mengingati ALLAH pada waktu senangnya, ALLAH mengingatinya pada saat dia berada dalam kesusahan.
20.        Zikir adalah sarana bagi menyelamatkan diri daripada azab ALLAH.
21.        Dengan berzikir, lidah seseorang jauh daripada ucapan-ucapan keji seperti mengumpat, memaki, berbohong, perkataan kotor dan juga perkataan sia-sia.
22.        Majlis zikir adalah majlis malaikat, manakala majlis lalai dan sia-sia adalah majlis syaitan.
23.        Dengan berzikir, seseorang menjadi lebih bahagia dan baik.
24.        Pada hari kiamat, orang yang selalu berzikir terhindar daripada bencana dan penyesalan.
25.        Zikir adalah pohon di syurga.
26.     Seseorang yang berzikir secara konsisten selamat daripada kealpaan yang menyebabkan kecelakaan dunia dan akhirat.
27.        Dengan berzikir, seseorang dapat mencapai kemajuan dan kejayaan.
28.        Nur zikir sentiasa bersama orang yang berzikir.
29.        Dalam hati manusia, ada bahagian yang boleh subur hanya dengan berzikir.
30.        Zikir dapat mengumpulkan kembali apa yang sudah bercerai, menceraikan apa yang terkumpul, mendekatkan yang jauh dan menjauhkan yang dekat.
31.        Zikir menggerakkan hati manusia daripada tidur dan menyedarkannya daripada kelalaian.
32.        Zikir adalah pohon yang berbuah makrifat.
33.        Zikir adalah ubat penyakit hati.
34.        Zikir adalah sumber kesyukuran.
35.        Yang paling mulia antara orang yang bertakwa di sisi ALLAH adalah orang yang asyik berzikir, kerana balasan takwa adalah syurga, sedangkan balasan zikir adalah penyertaan ALLAH.
36.        Zikir adalah sumber persahabatan dengan ALLAH.
37.        Allah menurunkan rahmat-Nya kepada orang yang berzikir dan para malaikat berdoa untuk mereka.
38.        Sesiapa yang mahu menikmati syurga, sedangkan ia masih berada di dunia, dia perlu menghadiri majlis-majlis zikir kerana ini adalah taman syurga di dunia.
39.        ALLAH membanggakan orang yang berzikir di hadapan malaikat.
40.        Orang yang berzikir masuk syurga dengan tersenyum.
41.        Zikir adalah pengganti dan pendorong bagi ibadat-ibadat nafilah.
42.        Sekiranya seseorang berzikir di atas gunung ataupun tanah datar, tempat itu pasti berasa bangga.
43.        Di dunia, wajah orang berzikir kelihatan gembira dan bercahaya semasa di akhirat.
44.        Zikir adalah nikmat pada hati dan kelazatan iman dalam jiwa.
45.        Menimbulkan kejernihan, kemanisan pada hati dan wajah.
46.        Zikir memurahkan rezeki.
47.        Dapat merasakan betapa besar, agung, hebat dan berkuasanya ALLAH.
48.        Mendapat pertolongan ALLAH apabila seseorang itu berada dalam kesusahan.
49.        Mendapat penghormatan dan doa daripada para malaikat.
50.        Mendapat cahaya daripada ALLAH dalam kehidupan di dunia, di alam barzakh dan juga titian sirath.
51.        Menjadi perisai daripada neraka jahanam.
52.        Mendekatkan diri kepada ALLAH bagi membuka pintu segala kebaikan.
53.        Menghilangkan kegelisahan dalam hati.
54.        Membersihkan hati daripada segala kekotoran dan penyakit.
55.        Menjauhkan diri daripada segala jenis ketakutan dan kebimbangan.
56.        Menghapuskan dosa-dosa kecil dan maksiat kecil.
57.        Terhindar daripada sifat munafik.
58.        Apabila seseorang itu menyertai majlis zikir, dia sebenarnya menyertai majlis yang dihadiri oleh para malaikat.
59.        ALLAH sentiasa mengingatinya seperti dalam penjelasannya, “Ingatlah Aku supaya Aku akan Mengingatimu.


RUJUKAN: DIARI HIDUP RASULULLAH S.A.W; TERBITAN: PTS MILLENNIA; M/S: 121-125
Share
Tweet
Pin
Share
7 ulasan
 Ali bin Syibl telah mengatakan dalam bait-bait syair gubahannya berikut:


Jika dirimu dilanda kesusahan
bisikkanlah harapan yang menjanjikan
maka dengan janji itu dirimu akan menjadi senang.

Perisailah dirimu dengan harapan
agar tidak berputus asa
hingga kecemasanmu lenyap dimakan waktu.

Tutupilah kesedihan dari teman-temanmu
kerana di antara teman-temanmu
ada orang yang dengki
dan senang dengan penderitaan orang lain.

Buanglah fikiran yang buruk terhadap segala sesuatu
kerana perkara ini akan membuat yang bersangkutan
mati sebelum waktunya.

Kecemasan itu tidak selamanya
mengongkong seseorang
sebagaimana kegembiraan pun
tidak selamanya menghiasainya.

Andai kata jiwa ini tidak pernah menyalahi akal
nescaya terasa tidak jernih kehidupan ini
bagi orang yang berwaspada.

Rujukan: Jangan Bersedih : Don't Be Sad; Terbitan:  Al-Hidayah; m/s: 885
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan

6 Jenis Perempuan Yang Wajib Dijauhi

Jauhi jenis perempuan-perempuan di bawah untuk dijadikan isteri nescaya kamu akan bahagia :

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Apa yang membuatkan kita akan tersenyum menghadapi apa jua takdir ALLAH??? Setelah melalui pelbagai dugaan sehingga saat ini.. Ai berasakan apa yang masih mampu membuat Ai tersenyum menghadapi takdir ALLAH adalah kerana Ai percaya & yakin di atas segala qada' & qadar-Nya.. Walaupun adakalanya amat perit untuk ditelan dan amat sukar untuk diluah..

Ramai yang berasa bangga dengan kemewahan, kekayaan, kejayaan & kesenangan hidup di dunia ini.. Sehingga ada pula yang terlupa diri dan memandang hina pada kemiskinan orang lain..

Mungkin ada yang terlupa bahawa kemewahan dan kemiskinan itu adalah Qada' & Qadar ALLAH yang tiada siapa dapat menghalangnya.. Kadang-kala si kaya terlupa, kekayaan itu adalah ujian daripada Allah untuk melihat sejauh mana keimanan dan ketaqwaan hamba-nya.. Adakah si kaya sedar dalam kekayaannya itu, terdapat bahagian si miskin?? Si kaya akan menganggap si miskin, orang yang malas berusaha kerana itu terus dihimpit kemiskinan dan hanya tahu meminta-minta..

Contohilah Saidatina Siti Khadijah Binti Khuwalid.. Walaupun dikurniakan harta kekayaan yang melimpah-ruah tetapi beliau menjalani kehidupan secara bersederhana serta begitu prihatin kepada nasib golongan yang daif.. (Rujukan: 10 Tokoh Idola Muslimah; Terbitan: PTS Millennia S/B; m.s: 18)

Biarpun bergelar wanita hartawan ternama, namun cara cara hidup beliau sederhana sahaja, baik daripada segi makan, minum, pakaian mahupun gaya hidup.. Beliau begitu prihatin terhadap golongan yang tidak berkemampuan seperti fakir miskin, ibu tunggal dan anak-anak yatim yang kelaparan.. Golongan seperti inilah yang sering kali mendapat perhatian dan diberikan bantuan.. (Rujukan: 10 Tokoh Idola Muslimah; Terbitan: PTS Millennia S/B; m.s: 19)

Si miskin pula, sentiasa berharap untuk menjadi kaya.. Ingin memiliki pelbagai benda yang ada di dunia..Sentiasa berusaha untuk mengecapi kemewahan yang diimpikan sehinggakan ada yang terhanyut dan sanggup melakukan apa sahaja demi mengejar kekayaan dunia..
Tirmizi, Baihaqi dan Mundziri ada merekodkan yang Aisyah pernah mendengar Nabi Muhammad berdoa; "Ya Allah, jadikanlah aku hidup sebagai seorang yang miskin. Cabutlah nyawaku dalam keadaan miskin. Kumpulkanlah aku pada hari kiamat nanti bersama golongan yang miskin." (Rujukan: Aisyah Keanggunan Sejati; Terbitan: PTS Millennia S/B; m.s: 35)

Mendengar doa itu, Aisyah r.a. bertanya, "Mengapa berdoa seperti itu, wahai kekasih ALLAH?".. Baginda menjawab, "Orang miskin akan masuk syurga 40 tahun lebih awal daripada orang kaya. Wahai Aisyah, jangan sekali-kali menolak orang miskin walaupun kamu hanya mampu memberinya separuh biji kurma. Wahai Aisyah, cintailah orang miskin dan dekatkanlah mereka kepadamu supaya ALLAH juga mendekatkanmu kepada-Nya pada hari kiamat nanti." (Rujukan: Aisyah Keanggunan Sejati; Terbitan: PTS Millennia S/B; m.s: 36)

Selain itu, terdapat juga insan yang bangga diri dengan kecantikan rupa parasnya dan memandang hina pada orang lain.. Kecantikan yang dikurniakan ALLAH juga adalah salah satu ujian-Nya.. Jangan menganggap kecantikkan wajah, mahupun tubuh anda itu hak milik mutlak anda.. Sesungguhnya, semua itu hanyalah pinjaman sementara.. Sekelip mata ALLAH boleh menarik semula anugerahnya itu.. Bersyukur dengan nikmat kecantikkan, bukanlah dengan mendedahkannya kepada umum sebaliknya menjaganya menutup aurat mengikut ajaran Islam..

Contohilah Nabi Yusuf Bin Yaakub.. Apabila meningkat dewasa, ketampanan dan budi pekerti Nabi Yusuf semakin terserlah bahkan menjadi buah mulut penduduk setempat.. Malah Zulaikha (ibu angkat baginda) turut menaruh perasaan terhadap baginda.. Demi untuk memelihara keimanan dari terjerumus ke lembah kesesatan dan godaan syaitan serta tipu daya wanita, Nabi Yusuf berdoa: "Wahai Tuhanku! Penjara itu lebih aku gemari daripada apa yang mereka ajak akan daku padanya." Hal ini telah disebut di dalam Al-Quran, Surah Yusuf ayat 33..

Doa Nabi Yusuf telah diperkenankan ALLAH, lalu Nabi Yusuf telah diperintahkan oleh raja untuk dimasukkan ke dalam penjara.. Baginda dipenjarakan bukan kerana kesalahan yang dilakukannya tetapi untuk mengelak daripada berlaku perkara yang tidak diingini disebabkan oleh fitnah yang ditimbulkan oleh wanita-wanita yang menaruh perasaan terhadapnya.. (Rujukan: Siri 3: Kisah 25 Rasul - Nabi Yusuf; Terbitan: Kiddibird S/B; m.s: 13)

Kesimpulannya, kemuliaan seseorang itu bukan bergantung kepada berapa banyak hartanya atau bagaimana rupa parasnya.. Sebaliknya lebih kepada budi pekertinya dan amal ibadatnya yang mencari keredhaan ALLAH semata..


Nota Jari: Sekiranya kita menghadapi dugaan selain daripada coretan di atas, carilah suatu kisah (nabi atau sahabat-sahabat baginda) yang mampu memotivasikan diri kita.. Agar kita akan selalu tersenyum pada takdir..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Objektif Pembelajaran :

1. Mengenal pasti ciri-ciri kerajaan demokrasi berparlimen di Malaysia
2. Membandingkan badan pemerintah dan fungsinya
3. Menyatakan proses pilihan raya
4. Menghuraikan kepentingan kerjasama antara Kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri memantapkan pentadbiran Kerajaan Persekutuan.
5. Menghuraikan fungsi lambang-lambang negara

Share
Tweet
Pin
Share
15 ulasan
Anak-anak adalah amanah dari ALLAH s.w.t. dan ianya sebahagian dari ujian ALLAH s.w.t. kepada kita hamba-hamba-Nya. Orang yang malang ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya tidak membawa kebaikan kepadanya di akhirat.

Rasulullah SAW diberitakan telah bersabda : "Tahukah engkau siapakah orang yang mandul." Berkata para sahabat : "Orang yang mandul ialah orang yang tidak mempunyai anak." Lalu Rasulullah SAW berkata : "Orang yang mandul itu ialah orang yang mempunyai ramai anak tetapi anak-anaknya itu tidak memberi kemanfaatan kepadanya sesudah ia meninggal dunia." - (Maksud Al-Hadith )

1. Kesilapan pertama: Kurang berdoa

♥ Kurang berdoa semasa mengandung.
Antara doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa mengandung ialah Saidul (penghulu) Istighfar Doa memohon rahmat (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 8-9) Doa memohon zuriat yang baik (Al-Quran Surah Ali 'Imran, 3 : 38) Doa agar anak mengerjakan solat (Al-Quran Surah Ibrahim, 14 : 40-41)

♥ Kurang berdoa semasa membesarkan anak.
Doa-doa yang digalakkan diamalkan semasa anak membesar ialah Doa agar anak patuh kepada ALLAH s.w.t. (Al-Quran Surah Al-Baqarah, 2 :128) Doa diberi zuriat yang menyejukkan hati (Al-Quran Surah Al-Furqan, 25 :74) Doa supaya nama anak membawa kebaikan kepadanya.

2. Kesilapan kedua: Banyak memberi belaian Tarhib (menakutkan) daripada Targhib (didikan atau motivasi) seperti: menakutkan anak-anak dengan sekolah, menakutkan dengan tempat gelap, menakutkan dengan hutan rimba atau bukit bukau, menggunakan kekerasan dan paksaan semasa menyuruh anak tidur.

3. Kesilapan ketiga: Tidak tegas dalam mendidik anak-anak, tidak menjadualkan kegiatan harian anak-anak, terlalu memfokuskan anak-anak kepada sesuatu aktiviti sahaja tanpa mengambil kira perasaan mereka.

4. Kesilapan keempat: Menegur anak secara negatif seperti mengeluarkan kata-kata kesat dan maki hamun kepada anak-anak (terutama semasa marah). Membandingkan anak-anak dengan anak-anak lain atau anak orang lain.

5. Kesilapan kelima: Memberi didikan yang tidak seimbang antara jasmani (physical), rohani (spiritual) dan minda (intelektual). Ramai yang lebih mementingkan pendidikan minda dari pendidikan rohani

6. Kesilapan keenam: Kurang memberi sentuhan kepada semua anak-anak sedangkan Rasulullah kerap dilihat mendukung cucu-cucunya dan mencium mereka. Diriwayatkan oleh Aisyah r.a. : Pada suatu hari Rasulullah SAW mencium Al-Hassan atau Al-Hussien bin Ali r.a. Ketika itu Aqra' bin Habis At-Tamimiy sedang berada di rumah baginda. Berkata Aqra' : "Ya Rasulullah! Aku mempunyai sepuluh orang anak, tetapi aku belum pernah mencium seorang pun dari mereka." Rasulullah melihat kepada Aqra' kemudian berkata : "Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi."-(Maksud Al-Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

7. Kesilapan ketujuh: Penampilan diri yang kurang anggun dan kurang kemas. Ibu bapa tidak menunjukkan cara berpakaian yang kemas dan yang menepati kehendak syarak bila berada di rumah, iaitu berpakaian secara selekeh atau berpakaian seksi dihadapan anak-anaknya.

8. Kesilapan kelapan: Susunan rumahtangga yang tidak kemas. Ini mengakibatkan anak-anak terikut-ikut dengan cara itu dan membesar menjadi pemalas dan selekeh.

9. Kesilapan kesembilan: Kurang menghidupkan sunnah di rumah seperti memberi salam, makan berjemaah, beribadah bersama-sama, dan sebagainya. Dalam menjawab salam, lazimkanlah menjawab salam dengan yang lebih baik dari salam yang diberi.

10. Kesilapan kesepuluh: Tidak menggantungkan rotan di tempat yang mudah dilihat oleh anak-anak. Dalam Islam, merotan anak dengan tujuan mendidik adalah satu sunnah.

11. Kesilapan kesebelas: Kurang mendedahkan anak-anak dengan model yang cemerlang seperti para ulama' dan orang-orang yang berhemah tinggi dan berakhlak mulia. Anak-anak juga patut didedahkan dengan sembahyang jemaah, kuliah agama dan aktiviti-aktiviti yang bersesuaian dengan akhlak Islam.

12. Kesilapan keduabelas: Bertengkar di depan anak-anak. Ini akan menyebabkan anak-anak rasa tertekan dan membenci salah seorang dari ibubapanya.

13. Kesilapan ketigabelas: Membenarkan orang yang tidak elok sahsiyahnya masuk ke dalam rumah kita, baik dari kalangan sahabat sendiri ataupun sahabat anak-anak, kerana ini akan memberikan contoh yang tidak baik kepada anak-anak yang masih membesar.

14. Kesilapan keempatbelas: Kurang mengawasi rancangan-rancangan yang ditonton samada dari TV ataupun video[1]. Pengawasan dalam hal ini adalah penting kerana kebanyakan rancangan dari media ini menonjolkan akhlak yang kurang baik seperti pergaulan bebas lelaki dan perempuan, pakaian yang tidak menepati syarak dan perbualan yang boleh merosakkan agama anak-anak.

15. Kesilapan kelimabelas: Terlalu bergantung kepada pembantu rumah untuk mendidik anak-anak. Sebagai ibubapa kitalah yang akan disoal di akhirat kelak akan anak-anak ini. Oleh itu adalah menjadi satu kepentingan kita untuk berusaha memastikan anak-anak terdidik dengan didikan Islam.
 
Kredit untuk Darulharis
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Menurut kata Mr. Wikipedia iaitu sepupu Mr. Google, Sistem barter merupakan sejenis bentuk perniagaan yang tidak menggunakan sebarang bentuk perantara pertukaran, di mana barangan atau perkhidmatan ditukar dengan barangan dan/atau perkhidmatan lain. Ia boleh jadi dibuat antara dua atau beberapa pihak. Melalui sistem ini mereka terpaksa membuat pilihan sesama mereka untuk mendapatkan barang perantaraan yang dapat membawa manfaat bersama antara mereka. Oleh sebab itu, barang-barang yang digunakan sebagai alat perantaraan itu berbeza mengikut suasana dan zaman. maka jelaslah di sini bahawa pertukaran adalah tidak mustahil tanpa wang dan tidak hairanlah manusia boleh menjalankan kegiatan perdagangan dengan sistem pertukaran barter.
Alkisahnya, Ai pun tak tahu la daripada mana HB belajar mengenai sistem barter.. Last Friday, Ai tanya HB nak pakai jam tak pergi sekolah (HB sekolah Tadika KEMAS) sebab sebelum tu dia ada cerita kengkawan dia pakai jam pergi sekolah.. Dia kata nak pakai.. So, Ai pun dengan senang hati pakaikan dia jam yang Ai belikan khas untuk dia dari sebelum dia masuk sekolah lagi.. Sebenarnya HB selalu juga pakai jam ke sekolah.. Cuma lately ni, Ai malas nak pakaikan..

Masa HM jemput Ai balik kerja, HB ikut sama.. Then Ai perasan dia main kereta mainan yang bukan milik dia.. Ye la, semua mainan dia Ai kenal sebab Ai yang belikan..
 
Umi : HB main kereta siapa tu??
HB   : Kereta kawan HB, la.. 
Umi : Kan Umi dah pesan jangan ambil barang orang..
Abi  : Dia buat sistem Barter dengan kawan dia..
Umi : Sistem Barter?? Dia tukar apa dengan kawan dia?? (dengan nada nak tergelak)
Abi  : Dia tukar dengan jam tangan dia, lah? (nada sedikit keras)
Umi : Haahhhhhh??? (nada terkejut + marah).. HB, Umi tak kira.. Nanti HB minta balik jam tu..

Hari Isnin, sekolah cuti.. Semalam pengasuh yang hantar HB ke sekolah.. Ai dah pesan dengan pengasuh HB minta tanyakan mana jam tangan HB pada budak tu.. Cikgu kelas HB cakap, dia check dalam beg budak tu tp takde mungkin ada pada ibu bapa budak tu la.. Tapi HB cakap jam tu abang kawan dia yang pakai.. Geram je rasa..

Geramnya sebab kereta yang dia sanggup tukarkan dengan jam dia tu, kereta mainan yang dah rosak (xde tayar) dan murah je.. Ai tak sempat nak snap pic car toy tu coz HB dah pulangkan pada budak tu.. Tapi yang Ai marah tu, jam tu masih tak tahu ada pada siapa.. Still belum dapat balik lagi.. Esok nak kena hantar HB and tunggu budak tu datang.. Nak tanya pada orang tua dia.. Kalau anak dia nak sangat jam tu, ambil je lah.. Tapi bayar balik kat Ai harga jam tu.. huhuhu.. Jam ori, tu.. Sedih betul..


Nota Jari: Haduiiiyaiiiiii... Macam-macam betul la karenah anak bujang yang sorang ni.. huhuhu..
Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Sering terjadi masa kini, ramai yang nampak keburukkan yang dilakukan oleh orang lain.. Kemudian mula menyebarkan tentangnya.. Tapi ada perkara yang sering dilupakan.. Iaitu pintu taubat sentiasa terbuka selagi mana nyawa masih di badan.. Pernah tak terfikir, kemungkinan orang yang diburuk-burukkan tu melakukan solat taubat dan Allah telah menerima taubatnya..

Share
Tweet
Pin
Share
No ulasan
Newer Posts
Older Posts

About me

Umi kepada Hamy, Hafiy dan Hana.. Isteri kepada encik kanda, MSI.. Mempunyai ijazah sarjana muda perbankan (kepujian) dan bekerja sebagai kerani kewangan.. Ini adalah kisah suka duka perjalanan hidup Ai..

Follow Me

  • facebook
  • twitter
  • instagram

Followers

Facebook

Sponsor

Popular Posts

  • Alas Sofa Patchwork..
  • Penjagaan Bayi Baru Lahir...
  • Pengalaman Temuduga: LHDN vs KASTAM..
  • BILLU
  • Rimas - The Fabulous Cat
  • Permulaan Baru
  • e-Tukar Bukan Guru...

Blog Archive

  • ►  2021 (3)
    • ►  March 2021 (1)
    • ►  January 2021 (2)
  • ►  2020 (10)
    • ►  July 2020 (1)
    • ►  June 2020 (1)
    • ►  May 2020 (1)
    • ►  April 2020 (4)
    • ►  March 2020 (1)
    • ►  January 2020 (2)
  • ►  2019 (1)
    • ►  May 2019 (1)
  • ►  2018 (74)
    • ►  December 2018 (1)
    • ►  October 2018 (7)
    • ►  September 2018 (3)
    • ►  August 2018 (6)
    • ►  July 2018 (2)
    • ►  June 2018 (12)
    • ►  May 2018 (11)
    • ►  April 2018 (9)
    • ►  March 2018 (14)
    • ►  February 2018 (3)
    • ►  January 2018 (6)
  • ►  2017 (45)
    • ►  December 2017 (1)
    • ►  October 2017 (1)
    • ►  September 2017 (6)
    • ►  August 2017 (2)
    • ►  July 2017 (2)
    • ►  June 2017 (2)
    • ►  May 2017 (3)
    • ►  April 2017 (4)
    • ►  March 2017 (8)
    • ►  February 2017 (9)
    • ►  January 2017 (7)
  • ►  2016 (50)
    • ►  December 2016 (4)
    • ►  November 2016 (3)
    • ►  October 2016 (2)
    • ►  September 2016 (2)
    • ►  August 2016 (2)
    • ►  July 2016 (5)
    • ►  June 2016 (2)
    • ►  May 2016 (6)
    • ►  April 2016 (4)
    • ►  March 2016 (14)
    • ►  February 2016 (3)
    • ►  January 2016 (3)
  • ►  2015 (30)
    • ►  December 2015 (1)
    • ►  November 2015 (2)
    • ►  October 2015 (2)
    • ►  September 2015 (3)
    • ►  August 2015 (2)
    • ►  July 2015 (4)
    • ►  June 2015 (6)
    • ►  May 2015 (6)
    • ►  April 2015 (1)
    • ►  March 2015 (1)
    • ►  January 2015 (2)
  • ►  2014 (43)
    • ►  December 2014 (3)
    • ►  November 2014 (3)
    • ►  October 2014 (3)
    • ►  September 2014 (7)
    • ►  August 2014 (2)
    • ►  July 2014 (5)
    • ►  June 2014 (7)
    • ►  May 2014 (3)
    • ►  April 2014 (3)
    • ►  March 2014 (4)
    • ►  February 2014 (1)
    • ►  January 2014 (2)
  • ▼  2013 (74)
    • ►  November 2013 (5)
    • ►  October 2013 (4)
    • ►  September 2013 (4)
    • ►  August 2013 (4)
    • ►  July 2013 (4)
    • ►  June 2013 (8)
    • ▼  May 2013 (9)
      • CIRI-CIRI SUAMI YANG SWEET DAN ROMANTIK
      • Kelebihan Berzikir...
      • Tetaplah Redha...
      • Memilih Isteri Solehah..
      • Tersenyum Pada Takdir...
      • Sistem Pemerintahan dan Pentadbiran Negara Malaysia
      • 15 KESILAPAN IBUBAPA DALAM MENDIDIK ANAK-ANAK
      • HB: Sistem Barter...
      • Insafi Diri....
    • ►  April 2013 (8)
    • ►  March 2013 (9)
    • ►  February 2013 (10)
    • ►  January 2013 (9)
  • ►  2012 (67)
    • ►  December 2012 (16)
    • ►  November 2012 (14)
    • ►  October 2012 (8)
    • ►  September 2012 (7)
    • ►  August 2012 (9)
    • ►  July 2012 (8)
    • ►  June 2012 (2)
    • ►  May 2012 (2)
    • ►  March 2012 (1)
  • ►  2011 (12)
    • ►  November 2011 (1)
    • ►  September 2011 (2)
    • ►  July 2011 (2)
    • ►  June 2011 (2)
    • ►  May 2011 (2)
    • ►  April 2011 (1)
    • ►  February 2011 (2)

Categories

  • Dapur Ai
  • M02B
  • Online Bookcafe

Contact Form

Name

Email *

Message *

Download


Created with by ThemeXpose