Nostalgia: Nasi Goreng Ikan Masin..

by - Sunday, September 22, 2013

Kenangan di universiti......
Ai mula belajar makan nasi goreng ikan masin masa study di UUM dulu.. Ada seorang kawan tu suka nak share (nak berjimat, kalau share bayar sorang separuh je) beli makan.. Ai tak kisah, sebab Ai bukan jenis makan banyak.. Biasanya bila kami bahagikan nasi, mesti bahagian Ai kurang daripada dia.. Dan setiap kali Ai balik kampung, mesti dia rasa rindu sebab takde kawan nak share beli makan.. hehehe.. 

Disebabkan berkongsi beli makanan dan Ai pula tak makan banyak, so Ai biarkan dia yang pilih menu goreng-goreng yang dia nak makan.. Dia pilih nasi goreng ikan masin dan kali pertama makan, Ai rasa sedap sangat.. Ye la, Ai kan jenis selera kampung.. Tak suka makan ayam, daging or ikan.. Ai suka makan ikan sepat, haruan dan seafood je.. So lepas dari tu, memang Ai setuju sangat kalau dia order nasi goreng ikan masin..

Kenangan semasa bertunang......
Biasa lah, adat masa bertunang mesti ada bertengkar.. Setiap kali Ai merajuk, HM akan datang ke rumah sewa Ai dengan membawa sebungkus nasi goreng ikan masin.. Memang lawak.. Housemate pun pecah perut gelak tengok hadiah yang HM bawa untuk pujuk Ai.. hehehe.. Selalu dalam tv bila pujuk girlfriend je belikan sejambak bunga, bagi coklat or teddy bear.. Tapi Ai tak suka tu semua!! Habis nak buat macam mana?? Nasi goreng ikan masin la jawabnya..

Kini....
Sekarang pun Ai masih suka makan nasi goreng ikan masin.. Lelagi nasi goreng ikan masin yang ada kailan.. Memang favourite Ai la.. hehehe..


Nota Jari: Tetiba teringat nostalgia nasi goreng ikan masin di waktu lunch ni...

You May Also Like



0 ulasan