J-Sign

by - Saturday, October 05, 2013

Actually, sebelum sibuk-sibuk bertukar ke penang bulan julai ritu, Ai ada appointment dengan HUKM.. Awal bulan 7, Ai perlu buat CT scan pada lutut.. Then 23.07.2013, jumpa doc untuk tau result ct scan..
Rupa-rupanya, tulang lutut Ai tak normal.. Coz tulang lutut Ai takde longkang/berlekuk.. Gambar rajah atas ni, keadaan tulang lutut yang normal.. Disebabkan tulang lutut Ai takde longkang/berlekuk, menyebabkan kepala lutut mudah beralih walau hanya dengan sentuhan ringan..

J-Sign adalah istilah yang digunakan dalam bidang perubatan merujuk kepada kemudah lenturan/pergerakan kepala lutut.. Boleh rujuk WIKIPEDIA dan YOUTUBE ni untuk tau secara terperinci..

Doktor pakar HUKM mencadangkan Ai perlu menjalankan pembedahan bagi membetulkan permukaan tulang lutut.. Kerana kalau dibiarkan, lama-kelamaan tulang rawan yang menyelaputi tulang lutut akan terhakis kerana kekerapan geselan.. Dan ini akan menyebabkan si pesakit (dalam kes ni, Ai lah orangnya) akan mengalami sakit yang berpanjangan.. So langkah yang terbaik adalah dengan membuat pembedahan bagi membetulkan permukaan tulang tersebut..

Pembedahan tersebut dijangkakan pada tahun hadapan kerana jadual pembedahan pada tahun ini telah penuh sehingga akhir tahun.. Then, Ai maklumkan pada doc, Ai akan berpindah ke Penang.. So doc buatkan surat rujukan ke Hospital Penang.. Tapi sampai ke hari ni, Ai masih belum hantar surat rujukan tu ke Hospital Penang.. huhuhu..

Lagipun HM & my mum tak setuju Ai buat pembedahan.. Katanya daripada sihat takut lepas operate jadi sakit lain pula.. huhuhu..



Nota Jari: Ai mengalami J-Sign di kedua-dua belah kaki.. Pergerakan yang banyak akan menyebabkan Ai mudah berasa lenguh/sengal & sakit di bahagian lutut..

You May Also Like



0 ulasan