Celcom PortaWifi....

by - Saturday, October 26, 2013

Sebelum raya puasa ritu, Ai jejalan kat Taiping Central.. Hajat mencari wifi broadband yang mudah dibawa ke mana-mana.. Di KL, kami menggunakan P1WiMax.. Memang puas ati la, walaupun tak selaju unifi.. Sejujurnya, ia memang sesuai dengan kemampuan kami..

Caj bulanan yang murah, iaitu serendah RM49 sebulan.. Tapi bila quota dah habis boleh top up & charge akan dikenakan pada bulan hadapan.. Kami mula melanggan P1 pada bulan 2/2011.. Masalahnya, liputan masih belum menyeluruh dan hanya tertumpu pada kawasan bandar sahaja.. Pernah beberapa kali bawa balik ke kampung di semanggol, namun malangnya langsung tidak mempunyai coverage di kawasan kampung Ai ni.. Sudahnya. setiap kali balik ke kampung, kami akan melanggan internet menggunakan no. h/p sendiri..

Masa mula berpindah ke penang, kami bawa bersama modem P1.. 'Coverage'nya kurang memuaskan kerana hanya mendapat signal merah.. Ini bermakna penggunaan akses internet jg turut terbatas.. Hanya boleh online mukabuku sahaja.. Then Ai dicide, biar HM bawa semula modem tersebut ke KL & uruskan untuk terminate..
 Di sebab itu, Ai mencari pencapaian internet yang baru.. Pada mulanya, berhajat nak beli package maxis.. Tapi maxis membuat pengasingan penggunaan data siang & malam.. Maksudnya limited usage la.. Then cuba tanya broadband celcom pula..

Ai cuma beli modemnya sahaja kerana tak nak terikat dengan kontrak.. Sim kad Ai cuma guna no. biasa.. Alhamdulillah, berpuas hati dengan 'coverage'nya, di penang dapat full line & kat kampung pun sama..



Nota Jari: Akses internet dah xde masalah.. Yang menjadi masalahnya, xde mood untuk mencoret..huhuhu..

You May Also Like



0 ulasan