Cinta vs. Masalah...

by - Friday, May 02, 2014

Pelbagai dugaan hidup yang perlu diharungi..
Bagaikan lena yang sering diganggu mimpi-mimpi ngeri..
Dinginnya malam menemani hati yang kepiluan..
Tiada luahan yang mampu diungkapkan...
 Hanya mampu memendam rasa...
Tidak terluah tersemat di dada..
Sebaknya hati menanggung dugaan..
Tiada air mata yang mampu menenangkan..

Beratnya jiwa menerima perkhabaran..
Walaupun hiba terpaksa redha dan bertahan..
Hati menangis, wajah tersenyum...
Tiada upaya, jiwa tergamam..

Cinta diharap, masalah yang menerjah..
Luka di hati kembali menyinggah..
Kasih sayang yang sentiasa didamba..
Dugaan pula yang sering menyelit tiba..

 Hanya bersabar menguatkan jiwa..
Percaya pada takdir ALLAH yang Maha Kuasa..
 Yakin bantuan kan sentiasa tiba..
Kerana DIA yang menyempurnakan segala HAJAT hamba-Nya...




Nota Jari: huhuhu..sedih.. Dugaan datang bertimpa-timpa.. Mujur ada si kecil yang dapat mendamaikan jiwa dan merawat hati...

You May Also Like



0 ulasan