Sumber Kekuatan Ai...
Wooowwww... Dah lama tak update blog.. huhuhu.. Malas sesangat walaupun banyak sangat story yang nak Ai coret.. Banyak sungguh dugaan dan cubaan daripada tahun lepas.. huhuhu..
Alkisahnya, cuti 3 bulan Ai tamat pada hari ini.. Maka esok bermulalah semula episod memerah keringat mencari rezeki (gaya ayat macam orang kerja noreh getah je.. hehehe).. Setelah puas berfikir dan mengambil kira faktor penjagaan baby HK, maka Ai buat keputusan untuk tinggal di kampung sehingga Ai dan HM dapat tinggal bersama semula.. HM tak dapat tukar penang, nampaknya Ai yang kena berkorban.. Sama ada berhenti kerja or tunggu sampai dapat kerja lain..
Sementara tu, terpaksalah redha untuk menempuh perjalanan yang jauh untuk ke tempat kerja.. huhu.. Tak daya nak bayangkan, macamna nak handle si kecil.. Dah seminggu Ai tak lena tidur fikir dan susah hati nak tinggal baby HK..
Ntah lah... Tak mampu dah nak menangis.. Rasa nak sangat menangis.. Nak lepaskan semua beban di dada.. Tapi tercari-cari di mana tersimpannya air mata.. Tak faham kenapa air mata tak mahu mengalir?? Sedangkan hati sangat gundah.. Sedangkan jiwa merintih.. Adakah kerana telah terlalu banyak dugaan yang dilalui dan dah terlalu banyak air mata yang telah tumpah, menjadikan Ai kuat??
Kekadang tanpa kita sedari.. Setiap dugaan yang menimpa kita, akan membuatkan kita semakin kuat menghadapi masa hadapan.. Ai harap Ai akan terus tabah dan lebih kuat demi anak-anak.. Kasih, sayang dan cinta kepada HB dan HK melangkaui perasaan terhadap HM..
Nota Jari: Ya ALLAH, semoga Ai terus tabah menghadapi dugaan ini..
6 ulasan
Hari tu kenapa pindah penang?
ReplyDeleteHM hanya ditumpangkan bertugas di KL since 2009.. So dia nak blk unit asalnya di penang..tapi bila Ai dah dpt tkr sini, orang atasan HM tarik dia terus ke sana.. Ai tak xblh nak story details coz takut melibatkan army law..
DeleteNaya la cmtu. Harap pk masak2 sblm buat kptsn. Percaya setiap anak yg dlahrkn Allah dah anugerahkn rezeki melalui parents
ReplyDeletethanksss.. sebab anak la, Ai masih bertabah.. dan sebab tu la, Ai namakan dia Fathathafiy Nur yang bermaksud Kegirangan (bagi) yang memuliakan Cahaya.. sebab dia hadir disaat Ai pelbagai dugaan melanda..walau tension macam mana sekali pun, bila pandang muka dia..terus rasa happy..klu buat muka sedih depan dia, dia yang akan menangis dulu..
DeleteCubalh mtk tkr ke kl blk. Biasanya isteri tentera, polis n doktor mudah dpt tkr
ReplyDeletesusah sikit..coz Ai memang dr KL.. baru setahun tukar penang..klu minta tukar blk KL mmg xdpt la.. so mengharapkan dapat kerja lain je sekarang ni.. or pegawai atasan HM tetiba mood baik utk lepaskan HM tukar ke penang.. Redha & tawakal je.. Pasti ALLAH takdirkan ini yang terbaik utk kami..
Delete