Keluhan Hati...
Dalam entry sebelum ni, Ai ada story tentang Jauh Perjalanan yang perlu Ai tempuh untuk ke tempat kerja.. Pada bulan ramadhan ni, Ai akan bertolak ke tempat kerja sebelum azan subuh iaitu pada pukul 5.30am.. Ai akan sampai ke opis pada pukul 7.10 - 7.15am..
Ai akan solat subuh di opis.. Ada yang kata, sekarang ni subuh masuk awal so syuruk pun awal la.. Then suruh Ai berhenti solat di hentian juru.. Ada pula yang kata, solat subuh ke solat dhuha?? Errmmm... Bagi yang tak melaluinya, memang mudah berkata-kata...
ISLAM itu indah.. ISLAM itu tak pernah membebankan.. ISLAM itu mudah..
Ai memang tak berhenti solat subuh di hentian juru coz creepy.. Hentian tu kebanyakkan lori-lori je yang akan singgah.. Ai sesorang pula tu.. ISLAM mengajurkan kita menjaga keselamatan diri.. Dan Ai berasa tidak selamat untuk singgah di hentian yang rata-ratanya hanya ada lelaki.. huhuhu.. Ai tak minta orang sekeliling faham.. Kerana Ai tahu ALLAH yang lebih MEMAHAMI...
So apa jadi pada solat Ai?? Ada yang dengan yakin mengatakan solat Ai tak sah... Errrmmmm... Bagi Ai, biarlah apa orang nak kata.. ALLAH lebih MENGETAHUI dan ALLAH maha ADIL.. Biarlah DIA yang menentukan untuk menerima atau tidak ibadat yang Ai lakukan..
Kerana ujian dan dugaan ini datang daripada-Nya.. ALLAH maha PENGASIH dan maha PENYAYANG.. Ujian dan dugaan ini bukan kerana murka-Nya tapi kerana kasih-Nya yang ingin menguji keimanan hamba-Nya..
Ai harap sangat Ai akan terus tabah menghadapi ujian dan dugaan ini.. Demi anak-anak yang amat Ai cintai.. Ai sanggup berkorban demi kebahagiaan mereka, demi keselesaan hidup mereka.. Sebolehnya, Ai tak nak mereka lalui keperitan hidup yang telah Ai lalui..
Nota Jari: Manusia memang suka menilai dan menghukum kerana anggap merekalah yang terbaik..

0 ulasan