Harta Yang Dipinjamkan....

by - Tuesday, September 09, 2014

Minggu ni dah 2 hari Ai merempit pergi kerja.. huhuhu.. Kereta problem, tetiba pagi semalam tak boleh nak start enjin..
Sebenarnya, lepas raya ritu, kereta Ai excident masa HM dalam perjalanan nak ambil Ai balik kerja.. huhuhu.. Kena langgar belakang.. Teruk juga la kemeknya.. Yang melanggar sanggup bayar RM200 je kalau nak settled luar.. So Ai ajak buat report polis je la.. Boleh claim insurans.. 
Kenalah hantar kereta masuk bengkel untuk penilaian insurans je.. Lepas agent insurans datang tengok, Ai boleh ambil balik kereta.. Tapi sementara tu, kenalah naik motor pergi kerja.. Sehari je Ai pergi kerja naik motor, esoknya mc 2hari..huhuhu.. Hujan lebat sepanjang perjalanan dari bagan serai ke georgetown.. Memang basah kuyup.. Menggigil kesejukan..

Entah berapa kali Ai berhenti berteduh sepanjang perjalanan tu.. Setiap kali berhenti berteduh, Ai berbelah bahagi sama ada nak teruskan perjalanan or berpatah balik.. Akhirnya, Ai teruskan juga..

Alhamdulillah, penilaian insurans tu tak mengambil masa yang lama.. So, Ai boleh ambil balik kereta sementara nak tunggu spare part sampai.. Last friday, Ai call bengkel tanya spare part dah sampai ke?? Katanya spare part dah sampai, so minggu ni kena hantar kereta masuk bengkel pula la...

Cadang nak hantar semalam.. Ai pergi kerja drive sendiri.. Balik kerja terus hantar kereta masuk bengkel.. Nanti HM ambil Ai kat bengkel.. Then, HM akan hantar dan ambil Ai kerja setiap hari sementara tunggu kereta siap.. Coz HM cadang nak cari kerja part time di georgetown. 

Tapi semua yang dirancang tak menjadi..  Tak semena-mena, Ai terpaksa rela menunggang sendiri ke opis.. Semalam takpe la, cuaca cerah sepanjang hari.. Hari ni, cuaca gerimis dari tol jawi ke tol juru dan hujan mulai turun dengan lebat selepas tol juru sehingga atas jambatan..

Menggigil kesejukan.. Tangan dan kaki dah mula rasa kebas-kebas.. Ya ALLAH, Ai teruskan juga perjalanan ke tempat kerja demi mencari nafkah untuk anak-anak yang Ai cintai..

Kengkawan opis semua kaget (or kagum???) membayangkan jauhnya perjalanan yang perlu Ai tempuh dengan menunggang motor.. Jauh perjalanan, risikonya pun banyak la..  Semua membayangkan betapa sakitnya pinggang dan betapa penatnya menempuh perjalanan yang jauh..

Yup, memang penat.. Memang sakit pinggang.. Tapi semua sakit dan penat lelah hilang sebaik sahaja sampai rumah.. Anakanda tercinta sedia menyambut kepulangan Ai.. Ya ALLAH, terima kasih kerana memberikan kepada Ai kekuatan ini.. Akan Ai cuba untuk terus bertahan demi menjaga 2 harta yang dipinjamankan ini..



Nota Jari: Anak-anak adalah harta yang paling berharga dalam hidup Ai..

You May Also Like



0 ulasan