Darjat Hamba...

by - Monday, September 15, 2014

Tak dapat tidak sebagai manusia, kita akan mempunyai perasaan lebih bagus daripada orang lain.. Ada yang dengan nyata bersuluh mempamerkan perasaan begitu.. Namun terdapat segelintir yang masih mengawal perasaan tersebut.. Itulah sifat riak dan ujub..

Tidak kiralah pelajar dari universiti islam sekali pun, masih juga mempunyai perasaan seperti itu.. Ramai yang ingin menunjukkan diri mereka adalah yang terbaik, hebat dan lebih bagus daripada orang lain.. Ai ada coretkan hal ni dalam entry RAGAM..

Alhamdulillah, disebabkan pengalaman bekerja di UPNM, menjadikan Ai tidak cepat melatah dan tidak terkejut dengan perangai manusia yang sebegitu.. Yes, Ai have a degree but Ai work as admin clerck.. Adakah itu terlalu hina?? Ermmm... Rata-rata pegawai memang membeza-bezakan kami.. Seolah-olah kami (anggota pelaksana) tidak setanding mereka.. Walhal, kerani-kerani yang Ai kenal ramai yang mempunyai kelulusan.. Sekurang-kurangnya berkelulusan diploma / STPM dan ada juga yang sedang membuat PJJ.. Hanya peluang masih belum memihak kepada kami..

Tetiba teringat kepada soalan Bahagian C, Exam Online ritu.. Ada soalan; 'Saya tidak gemar bergaul dengan orang yang tidak setaraf dengan saya.'.. Soalan yang lain pula; 'Saya gemar bergaul dengan orang yang penting dalam sesebuah organisasi kerana saya akan kelihatan seperti mereka.'.. Apakah jawapan anda?? Ya, tidak pasti ataupun tidak?? Sekiranya anda seorang pegawai dan hanya bergaul sesama pegawai dan lebih suka memberi arahan kepada kerani.. Ini bermakna jawapan anda adalah YA..

Terdapat juga soalan; 'Saya tidak suka mendengar pendapat orang lain.'.. 'Orang bawahan perlu melaksanakan segala arahan saya.'.. 'Pandangan orang lain tidak akan mempengaruhi keputusan saya.'..

Sekirannya jawapan anda adalah YA bagi semua soalan di atas, anda adalah seorang bossy... Oleh itu, anda akan buat keputusan tanpa meminta pandangan ahli kumpulan.. Walau sekaya manapun anda jangan lupa ada orang masih susah walaupun telah puas berusaha.. Janganlah pula membangga diri dan menganggap doa anda lebih makbul daripada orang lain.. Sehingga kita terlupa pada hadith, Rasulullah s.a.w bersabda, maksudnya:
“Sesungguhnya Allah S.W.T tidak memandang kepada rupa paras dan harta benda kamu tetapi Allah hanya memandang kepada niat hati dan amalan-amalan kamu.”

Di sinilah kita boleh lihat, betapa pentingnya beriman kepada qada' dan qadar ALLAH.. Sekiranya semua orang beriman dengan qada' dan qadar, sudah semestinya tidak akan berlakunya penindasan dan penganiayaan terhadap yang lemah.. Serta sedar membantu mereka yang tidak berdaya adalah lebih mulia.. Oleh itu, nilaikan kembali diri anda.. Di manakah darjat anda ketika ini?? Adakah anda lebih berdajat tinggi kerana bergelar pegawai?? Adakah cleaner R&R berdarjat rendah kerana memcuci toilet selepas anda gunakan??


Nota Jari: Tajuk entry dicadangkan oleh HM.. hehehe..

You May Also Like



0 ulasan