Sambungan daripada entry Pergi Tak Kembali sebelum ni, kali ni Ai nak share pula detik-detik terakhir kami adik beradik bersama mak...
17 Disember 2014
Selepas solat subuh, Ai baca surah yasin dan bermohon ALLAH permudahkan urusan kami.. Pukul 7am, my sis call minta Ai bawakan barang mak.. Ai tanya macam mana keadaan mak?? My sis cakap, mak tak boleh tidur dari malam tadi walaupun doc dah berikan ubat.. Tak sampai sejam selepas call yang pertama, my sis call lagi.. Kali ni my sis call sambil menangis, katanya mak sedang tenat.. Nurse nasihatkan my sis jangan tinggalkan mak (perlu sentiasa berada di sisi mak).. Ai tenangkan my sis dan berjanji akan datang segera.. Selepas selesai berhubung dengan my sis, Ai call bapa dan semua adik beradik Ai... Ai minta mereka semua pergi ke hospital dengan segera.. Yang mana bekerja, Ai suruh mereka minta kebenaran untuk balik.. Ai bimbang sekiranya, mereka tak sempat bertemu dengan mak.. Ai ponteng kerja untuk hari kedua.. Tapi Ai tak menyesal kerana kalau Ai pergi opis, kemudian nak berpatah balik pula ke hospital taiping akan memakan masa dan kos.. huhuhu..