Hilang Tak Berganti....
Sambungan daripada entry Pergi Tak Kembali sebelum ni, kali ni Ai nak share pula detik-detik terakhir kami adik beradik bersama mak...
17 Disember 2014
Selepas solat subuh, Ai baca surah yasin dan bermohon ALLAH permudahkan urusan kami.. Pukul 7am, my sis call minta Ai bawakan barang mak.. Ai tanya macam mana keadaan mak?? My sis cakap, mak tak boleh tidur dari malam tadi walaupun doc dah berikan ubat.. Tak sampai sejam selepas call yang pertama, my sis call lagi.. Kali ni my sis call sambil menangis, katanya mak sedang tenat.. Nurse nasihatkan my sis jangan tinggalkan mak (perlu sentiasa berada di sisi mak).. Ai tenangkan my sis dan berjanji akan datang segera.. Selepas selesai berhubung dengan my sis, Ai call bapa dan semua adik beradik Ai... Ai minta mereka semua pergi ke hospital dengan segera.. Yang mana bekerja, Ai suruh mereka minta kebenaran untuk balik.. Ai bimbang sekiranya, mereka tak sempat bertemu dengan mak.. Ai ponteng kerja untuk hari kedua.. Tapi Ai tak menyesal kerana kalau Ai pergi opis, kemudian nak berpatah balik pula ke hospital taiping akan memakan masa dan kos.. huhuhu..
Baby HK, Ai tinggal pada pengasuh.. Kami bawa HB sekali kerana abang ipar dan anak-anakya juga pergi ke hospital.. Ai sampai hospital serentak dengan Atam.. Asu, bapa, Along dan Apis dah lama sampai.. Oleh kerana bukan waktu melawat, bapa, Along dan Apis menunggu di kantin hospital.. Hanya Asu naik menemani my sis di atas.. Ai pun serba salah.. Macam mana nak masuk melawat mak.. Ai call my sis, then my sis maklumkan kepada nurse, kami semua dah sampai dan minta kebenaran untuk kami masuk melawat mak.. Kemudian nurse yang bertugas memaklumkan kepada guard di depan wad dan yang menjaga pintu masuk blok D untuk membenarkan kami semua masuk kerana mak sedang tenat..
Mujur semasa kami semua sampai, mak masih lagi boleh mengecam kami.. Ai arahkan Asu dan Atam zikir di kanan dan kiri telinga mak.. Yang lain-lain pula baca surah yasin.. Kemudian, HM bisik ke telinga Ai supaya kami adik beradik mohon ampun daripada mak seorang demi seorang.. Mak mengangguk lemah setiap kali kami memohon ampun.. Kemudian, HM bisik lagi ke telinga Ai minta bapa memaafkan semua kesalahan mak dan mohon mak maafkan kesalahan bapa.. Bapa pun segera berbisik di tepi telinga mak.. Mak mengangguk lemah lagi..
Kami sentiasa bergilir-gilir membaca yasin dan berzikir di telinga mak. Waktu melawat tengah hari, ramai yang datang melawat.. Sal juga datang bersama ibunya.. Ibu Sal kawan kepada mak Ai.. Keluarga mertua my sis, Apis dan Atam juga datang menziarah mak.. Tapi pada masa tu, mak dalam keadaan tidak sedar..
Pada sebelah petang, Ai kata kepada adik-adik Ai, "malam ni kita semua kena tunggu mak.. Kita kena gilir-gilir baca yasin dan berzikir".. Pada masa tu, Ai dah tak fikir tentang HB yang kena tunggu di luar wad kerana kanak-kanak bawah 12 tahun tak dibenarkan masuk oleh guard melayu yang bertugas sebelah petang.. Sedangkan guard India yang bertugas sebelah pagi tadi beri kebenaran kanak-kanak masuk dalam wad..
HM pujuk Ai, ajak balik hantar anak-anak dan balik mandi kerana kami dari pagi di hospital.. Ai berat hati nak tinggalkan Bonda.. Adik-beradik mak yang tinggal di selangor tiba masa maghrib.. Ai balik untuk mandi dan bawa baju untuk esok.. My sis pun ikut Ai balik.. Asu, Apis, Atam dan Mtam buat keputusan untuk tunggu mak..
Dalam perjalanan nak pergi semula ke hospital, 10.08pm tiba-tiba Atam mesej bagi tau denyutan jantung mak dah tahap 60.. Sedangkan sebelum Ai nak balik rumah tadi, denyutan jantung mak masih 98 - 100.. Ai yakin kami sempat sampai kerana kami dah dekat giant taiping.. Kemudian 10.20pm Atam mesej lagi beritahu mak dah berhenti bernafas.. Masa tu kami berada di traffic light di sebelah hospital..
Sampai je di blok D, guard tanya nak pergi mana?? Ai cuma cakap, "mak..mak..mak" kemudian terus berlari mendaki tangga ke tingkat 3.. My sis juga berlari di belakang Ai.. Mujur seorang guard tu kawan kepada Asu dan memang sedia maklum keadaan mak.. Dia pun ikut sama berlari untuk tengok keadaan mak. Tak lama selepas kami sampai, doc datang memeriksa dan mengesahkan mak pergi untuk selamanya pada pukul 10.28pm.. Kami semua menahan sebak, kami relakan pemergian mak kerana mak telah 2 bulan terlantar sakit.. Hanya Asu menangis dan ditenang oleh kawannya..
Kemudian kami berbincang adik beradik, Ai dan my sis akan uruskan bawa jenazah mak pulang ke rumah.. Asu, Apis, Atam dan Mtam balik membuat persiapan di rumah.. Lebih kurang pukul 1.30am, jenazah mak selamat tiba di rumah...
Hujung tahun 2011, bawa Bonda jejalan di kedah.. |
Pertengahan tahun 2012, bawa Bonda jejalan di Queensbay, penang... |
Majlis pertunangan Andak - 2012 |
Bawa Bonda jejalan di Tugu Negara - 2012 |
Majlis pernikahan Along - 2013 |
Kenduri di Klang - 2013 |
Majlis pertunangan Atam & Mtam - 2013 |
Nota Jari: Hari ni genap sebulan Bonda pergi meninggalkan kami.. Hilang yang tidak akan berganti selamanya...
2 ulasan
alfatihah... maaf lama x baca blog ai
ReplyDeleteTerima kasih..
Delete