Sembang Kosong...

by - Sunday, February 28, 2016

As'salam.. Apa khabar kengkawan semua?? Harap semuanya sihat.. 22/02 yang lepas adalah hari ulang tahun kelahiran HM.. hehehehe.. So dikesempatan ini Ai nak wish belated birthday to HM dengan ucapan; "SELAMAT BERTAMBAH UMUR.. BERUSAHALAH MENCARI BEKAL UNTUK AKHIRAT DISAMPING MENCARI BEKAL UNTUK DUNIA.."


Ok, kali ni Ai nak share sembang-sembang kosong Ai dengan seorang teman.. hehehehe.. Teman Ai ni tau Ai tak gemar memasak.. Hadiahkanlah kuali tefal dan periuk kaca vision, takde maknanya nak masak hari-hari.. hahahaha..

Ai mengaku, Ai memang tak gemar masuk dapur.. Masa HM nak tackle Ai dulu pun, Ai dah cakap awal-awal Ai tak suka buat kerja rumah, dia kata; "tak pe nanti saya buat semua tu..".. Ai bagi tau perkara tu kepada sesiapa je yang nak ngorat Ai.. Senang cakap Ai memang tak berlakon baik dan tak berpura-pura.. hehehe.. Ada seorang teman kata; "tak pe, nanti dah kahwin I bagi kat U sorang maid..".. Ai jawab balik; "errrmmm.. sekarang boleh la cakap macam tu.. esok-esok dah lama kahwin, mula la gaduh nak kahwin dengan maid coz hari-hari duk makan air tangan maid..".. hehehe..

Sebenarnya, Ai memang dah ada kriteria khas dalam memilih calon suami.. Antara kriterianya adalah; 

1. Mesti sayang pada Ai macam my mom sayang pada Ai atau lebih lagi.. Ai memang manja sangat dengan my mom.. Ai sangat suka baring di riba/peha my mom.. Kalau my mom baring, Ai suka baring sebelah my mom sambil berbual-bual.. My mom adalah kawan baik Ai.. My mom faham isi hati Ai.. My mom dapat rasa setiap suka dan duka Ai, walau pun Ai tak cerita..

2. Tak nak lelaki yang manja.. Kalau boleh like my dad boleh buat kerja rumah.. Dari kecil Ai tengok my dad masak dan tolong my mom buat kerja rumah.. So Ai dah biasa setiap dari kami ada tanggungjawab sendiri.. Lepas makan basuh pinggan sendiri dan kebanyakan hal kena urus sendiri memandangkan my mom bekerja.. Ai paling suka pajeri nenas masakan my dad.. Kalau raya pula, my mom urus masak ketupat, pulut, nasi impit.. My dad pula akan buat rendang & kuah kacang.. Ai?? hehehe.. Jadi tukang sibuk untuk meriahkan suasana je.. My sis la yang banyak menolong..

3. Mesti muda dari my sis (coz Ai dengan my sis beza setahun je) dan mesti tua daripada adik-adik Ai..  Coz senang dia boleh call my sis as kakak dan adik-adik Ai boleh panggil dia abang.. Bukan pe, my dad tua 14 tahun daripada my mom.. So macam susah pula bapa nak panggil kakak mak sebagai kakak.. Kebetulan pula kakak mak kahwin dengan lelaki yang muda dari mak.. Disebabkan my dad tua, so dia anggap my mom tu kakak kepada wife dia.. huhuhu.. Lagi pun mak kata, kalau kahwin dengan yang lebih kurang umur dengan Ai senang dia nak faham kehendak Ai.. Ye lah, sesama muda kan..

4. Tak nak yang merokok.. Ai memang cukup anti dengan orang merokok.. Adik-adik Ai memang Ai warning awal-awal jangan ada yang merokok.. Kalau Ai nampak, tak kira depan siapa, Ai akan terus tampar je.. hehehehe.. Adik-adik Ai memang tau perangai Ai.. Ai akan kotakan apa yang Ai katakan..

Ok.. Daripada 4 kriteria tu, cuma kriteria yang last je takde pada HM.. hehehe.. Tak pe lah.. Yang penting HM memenuhi kriteria no.1 & 2.. HM memang sangat-sangat menyayangi dan memahami Ai.. My mom pernah kata; sejak Ai kahwin, my mom jadi kurang memahami Ai, cuma HM yang betul-betul faham Ai.. My mom kata, HM tengok Ai diam je HM dah boleh tau Ai tengah fikir apa?? Errrmmm.. Macam psikik pula my Mr. Hubby ni.. hahahaha.. Tapi memang tak dinafikan kebenaran kata-kata my mom tu..

Teman Ai tu kata, lelaki biasanya bukan nak makan sedap-sedap.. Setakat wife goreng telur pun dah selera makan.. hehehe.. Ai cerita kat HM dan Ai kata; "setakat goreng telur pun nak minta wife goreng ke?? goreng lah sendiri.. bukan susah pun..".. Tapi pastu rasa macam kena kat batang hidung sendiri.. hehehe.. Ai pun sangat mengada-ngada.. Setakat nak makan telur goreng pun sanggup merayu-rayu + merengek-rengek kat HM minta tolong goreng kan telur.. huhuhuhu...

Masa Ai baru kahwin, HM bertugas di penang.. Ai jadi suri rumah je.. Tapi Ai tak masak.. HM yang akan masak.. Waktu petang, geng suri rumah kat kuarters tu suka la lepak sesama.. Memasing duk mengeluh suami minta dilayan macam raja.. Dah siap masak kena hidang pula.. Dorang demam pun kena buat semua tu, kalau tak suami dorang tak nak makan.. Tersentap juga Ai masa tu.. Dengan selamber Ai jawab; "errrmmm.. Ai rasa my Mr. Hubby yang kena joint ngumpat ni.. coz dia yang kena layan Ai macam tu..".. Perangai Ai memang sebijik macam suami dorang.. huhuhu.. Sian kat HM kan.. Nasib la labu..

So kesimpulannya, Ai bersyukur sangat dengan segala kurniaan Allah..


Nota Jari: hehehehe.. Kepada teman-teman yang sebut di atas, JANGAN MARAH AAAAAA..... 

You May Also Like



0 ulasan