Kenapa Ai????

by - Friday, March 04, 2016

As'salam.. Apa khabar semua?? Errrmmmm... Last week Ai rasa down sangat.. Biasalah hidup mesti ada gembira dan air mata.. Mungkin sebab dah lama tak buat solat sunat taubat.. Ye la, setiap hari mesti ada kesilapan yang kita dah buat.. So kena didik diri untuk buat solat sunat taubat secara berkala.. Barulah hati akan tenang.. Insya-Allah..

Biasa bila ada masalah, Ai akan pendam je.. Tapi last week, sembang-sembang dengan my pakcik.. Pandai pula dia korek.. Ceehhhh.. Tapi Ai tak cerita semua la.. Bahaya betul.. Agaknya sebab dia dah berusia jadi pandai tackle Ai untuk bercerita.. So lepas ni kena lebih berhati-hati.. Coz macam yang Ai selalu tulis dalam blog, bukan semua masalah boleh dikongsi dengan dunia.. Ada yang perlu dipendamkan, biarlah hanya Ai dan Allah sahaja yang tahu..

Ok.. Ai bukan nak cerita apa yang Ai sembang dengan my pakcik.. Hehehe.. Tapi nak story, pakcik baru tau Ai ada blog.. So gigih la dia belajar macamna nak buka view blog Ai... kuang3.. Memang nak gelak sakan ni.. hahahaha.. Dah boleh buka, dia duk cari entry yang ada sebut pasal dia.. Lagi sekali Ai gelak.. Memang dia pakcik yang rapat dengan Ai.. Tapi takde la setiap entry nak cerita pasal dia, kan!!?? Then boleh dia cakap, dia baca nak tengok ada salah perkataan ke tak?? Ceehhh.. Orang lain baca untuk menghayati cerpen Ai, dia pula baca sebab nak jadi cikgu bahasa melayu.. Tapi lepas tu dia cakap, Ai memang ada bakat menulis.. Suruh Ai terbitkan buat buku dan jual kat pasar malam.. Errrmmmm.. Ai pun tak tau nak nangis ke nak gelak dengar idea bernas dia tu.. Nasib la labu, ada pakcik yang macam ni.. Sabar je lah...

Then soalan dari pakcik yang layak masuk raja lawak ni, kenapa Ai?? Ai tu apa?? Takde kena mengena dengan nama Ai langsung.. Kalau guna ina, ok la juga.. Pastu apsal nama blog pelik sangat?? Susah nak eja dan nak taip.. Amboiiiiii..... Banyak betul soalannya..

Ai sebenarnya memang dah lama nak tulis entry pasal ni.. Alang-alang my pakcik dah tanya, so meh Ai explain sikit.. Haaaaahhhhh.. Entry ni pakcik wajib baca tau..

Kata Ganti Diri
Aku... Ai hanya guna kata diri Aku bila bercakap dengan Along dan my sis sahaja.. Selain tu Ai guna Aku apabila Ai bermonolog dan berdoa.. Monolog tu apa pula.. Monolog tu means bercakap dengan diri sendiri.. Contoh; "errrmmm.. malasnya nak gi kerja.. tapi aku kena juga gi kerja demi keselesaan hidup anak-anak.."

Akak... Ai guna ganti diri Akak bila bercakap dengan my mom, my dad dan adik-adik Ai.. My mom pun panggil Ai kakak walau pun sebenarnya Ai bongsu perempuan.. Cuma my dad tak panggil Ai kakak dan lebih selesa panggil nama Ai..

Cikna... Kata ganti diri bila berbual dengan anak-anak saudara Ai.. Kalau kengkawan perasan, email Ai adalah ciknahusna.. Cikna adalah pangkat Ai.. Husna adalah nama anak saudara Ai, anak my sis.. Tengok punya sayang kat anak saudara.. Buat email pun letak nama anak saudara.. hehehe..

Umi.. Kata ganti diri ni, memang sahlah Ai hanya guna apabila bercakap dengan anak-anak Ai.. 

Saya... Ai guna kata ganti Saya apabila bercakap dengan orang selain yang Ai sebut diatas.. Means dengan HM pun Ai guna Saya tanpa tambahan huruf 'ng' dibelakangnya..

Ai... Errrrmmmmm.. Memula berblog dulu, macam susah juga nak cari kata ganti diri yang sesuai.. Fikir punya fikir punya fikir.. Akhirnya dapat idea untuk guna perkataan 'I'.. Tapi bila tulis nampak macam L kecik or macam no 1.. So decide huruf 'I' dieja dalam bahasa melayu.. So jadilah Ai yang membawa maksud saya.. hehehe.. 

Hope pakcik puas hati dengan penerangan ni, ye.. Jangan pula malas baca coz panjang sangat.. hahahahaha.. Kalau nak tau kenapa nama blog Ai pelik sangat, boleh baca entry My Name Is Linz Kushina.. 



Nota Jari: Puas hati tak?? Banyak kali seru pakcik dalam entry ni... hahahaha...

You May Also Like



0 ulasan