Sufina....

by - Wednesday, March 30, 2016

As'salam.. Pagi ni, Ai drive datang kerja coz HM nak guna motor.. So hari ni, Ai sempat sampai opis sebelum pukul 8am.. Yeeaaaaa... Hari ni boleh la Ai balik pukul 5pm.. Tapi kena singgah jumpa kawan kejap..

Entah macamna, tetiba je pagi tadi teringat kenangan cintun masa sekolah dulu.. Pengalaman cintun yang kedua.. Yang 1st, belum sampai mood nak cerita.. hahahaha.. Ok, 2nd love ni dengan budak muda 2 tahun dari Ai.. Muka dia sweet sangat, tinggi lampai.. Tingginya 182cm.. Kulit hitam manis.. Kalau tengok dia senyum, memang melted lah.. hehehehe.. Dah nama pun cintun, kan.. Memang angau lah jawabnya..


Kami berkenalan semasa buat persiapan untuk sukan sekolah tahun 1999.. Masa tu, Ai form 5, dia pula form 3.. Kami sama rumah sukan.. Asalnya dia merungut, dia nak joint rumah biru coz kat sana ramai aweks (katanya).. Then kakak form 6 kata; "kat rumah kuning ni pun ramai aweks..".. Dia balas; 'hhhuuuuhhh... kat sini aweks tua-tua.." Ai jeling geram dengar dia cakap macam tu.. Dia perasan Ai jeling kat dia.. Tapi mungkin dia tengok Ai nampak comel (hahaha.. mood perasan).. So dia datang dekat Ai dan mengusik semua benda yang Ai buat.. So dari geram jadi bergelak ketawa.. Dari situ Ai dapat tau namanya Sofian.. Dan dia tau nama Ai as Ina.. Lepas habis pesta sukan, kami pun balik kepada keadaan asal..

Walaupun macam tu, Ai macam dah tangkap cintun dengan dia.. So Ai lakar tulisan 'SUFINA' di atas meja Ai.. Dalam kelas, Ai duduk sebelah pintu.. So sesiapa lalu, memang akan nampak muka Ai dulu.. hahahaha.. Sama la macam kat opis ni.. Dah rasa macam minah pintu pula.. huhuhu.. Ok, sambung balik cerita.. Satu hari, kelas dia ada aktiviti di library.. Library berada di tingkat atas kelas Ai.. Masa tu Ai memang tengah fokus belajar.. Tapi rasa macam tak selesa coz rasa macam ada orang tengah perhatikan Ai.. Bila Ai pandang ke luar kelas, rupa-rupanya dia duduk di tangga sambil merenung Ai.. Punyalah rasa malu.. Patutlah kengkawan kelas macam kecoh-kecoh.. Coz dorang perasaan ada budak duduk perhatikan Ai..

Agaknya lepas Ai habis kelas, dia datang masuk ke kelas Ai.. Dan dia perasan ada tulisan 'SUFINA' atas meja Ai.. So dia pun tau Ai dalam diam memang suka kat dia.. Malunya.. Sambil taip ni pun rasa blushing je.. hahaha.. 

Di waktu yang lain, kelas Ai pula perlu pergi ke kelas dia untuk susun meja.. Coz kami akan ambil exam perakaunan (yang private punya).. Masa tu macam tak sangka boleh jumpa dia lagi.. Dia panggil Ai, nak minta no phone rumah.. Kawan dia temankan, Ai pula sorang je.. Kami jumpa di sebalik pintu.. Then ada bebudak lelaki kelas Ai perasan.. Dorang buat-buat kecoh panggil ustaz.. Ai punya ketar, rasa macam kena tangkap basah.. hahahaha.. Lepas dari tu, selalu la dia call Ai.. Atau kekadang Ai yang call dia.. Kami berhubung sampai la Ai masuk matrikulasi..

Pernah masa Ai balik cuti semester, dia tunggu Ai di stesen bas bagan serai.. Ai sampai lebih lambat dari jangkaan asal.. So dia macam nak bebal la juga coz tunggu berjam-jam.. Tapi elok nampak je Ai turun bas sambil senyum kat dia, terus dia melted.. hehehe.. Tu yang dia cakap la.. Dia kata rindu sangat kat Ai.. Dia memang tak sabar sangat nak jumpa Ai.. Dia tunjuk tangan dia, dia guris tangannya guna benda tajam.. Memang Ai nampaklah kesan calar bertulis 'SUFINA'.. Ai cuma kata, tak perlu lah buat macam tu.. Coz Ai tak tau nak rasa terharu ke nak rasa seronok bila dia sanggup buat macam tu??

Tapi kisah cintun ni tak panjang.. Ai pun tak tau di mana silapnya.. Akhirnya, kami putus macam tu saja.. Kami putus sebelum Ai berkenalan dengan T.. Sampai sekarang, Ai tak dapat cari dia.. Bukan nak menagih cinta lama.. Cuma untuk berkawan je.. Coz dia salah seorang yang pernah mewarnai kisah cinta Ai.. hehehe.. Hope kalau wife or kekasih dia baca ni, jangan marah, ye.. Ni kisah zaman muda mudi dulu..



Nota Jari: Dah peram story ni 2 minggu lebih.. Tak jumpa pic kenangan dengan dia.. So letak pic google je la..

You May Also Like



1 ulasan